23.1.10

Wasiat Rasulullah s.a.w

.
.
~ Bismillahirrahmanirrahim ~
.
.
Rasulullah s.a.w bersabda:
.
"Ada enam perkara baik tetapi enam perkara lainnya lebih baik daripadanya.
.
Keadilan itu baik,
tetapi keadilan yang dijalankan oleh seorang pemimpin itu lebih baik.
.
Sabar itu baik,
tetapi sabar yang dilakukan oleh orang fakir itu lebih baik.
.
Wara' itu baik,
tetapi wara' yang dilakukan oleh seorang ulama itu lebih baik.
.
Sifat dermawan itu baik,
tetapi kedermawanan yang dilakukan oleh orang kaya itu lebih baik.
.
Taubat itu baik,
tetapi taubat yang dilakukan oleh seorang pemuda itu lebih baik.
.
Malu itu baik,
tetapi malu yang disandang oleh seorang wanita itu lebih baik.
.
.
Seorang pemimpin yang tidak adil seperti awan tanpa hujan.
Orang fakir yang tidak sabar seperti lampu yang tidak ada sinarnya.
Seorang ulama yang tidak memiliki sifat wara' seperti pohon
yang tidak ada buahnya.
Orang kaya yang tidak dermawan seperti tanah yang gersang.
Pemuda yang tidak mahu bertaubat seperti sungai yang tidak ada airnya.
Dan wanita yang tidak mempunyai sifat malu seperti masakan
yang tidak ada garamnya."
.
.
Rasulullah s.a.w bersabda:
.
"Allah menciptakan malaikat di bawah 'Arasy'. Malaikat tersebut bertasbih dalam seluruh bahasa. Apabila pada malam Jumaat, Allah memerintahkannya
untuk turun dari langit ke bumi dan melihat penduduk bumi sambil berkata:
.
Wahai anak-anak yang berumur dua puluh tahun,
janganlah kalian terpedaya oleh tipuan dunia.
.
Wahai orang yang berumur tiga puluh tahun,
carilah rezeki Allah dan pergunakanlah akalmu.
.
Wahai orang yang berumur empat puluh tahun,
berbuatlah baik dan berusahalah bersungguh-sungguh.
.
Wahai orang yang berumur lima puluh tahun,
tidak ada lagi uzur bagimu.
.
Wahai orang yang berumur enam puluh tahun,
apa yang telah engkau siapkan untuk bekal akhiratmu?
.
Wahai orang yang berumur tujuh puluh tahun,
sudah dekat waktu panen bagi orang yang menanam tanaman.
.
Wahai orang yang berumur lapan puluh tahun,
taatilah Allah di bumiNya.
.
Wahai orang yang berumur sembilan puluh tahun,
telah tiba waktunya untuk sampai pada akhir perjalanan,
maka persiapkanlah bekal.
.
Wahai orang yang berumur seratus tahun,
Hari Kiamat telah datang kepadamu, tetapi kamu tidak menyedarinya.
.
.
Kemudian malaikat itu berkata: "Kalaulah bukan kerana orang tua yang rukuk, para pemuda yang khusyuk dan anak-anak kecil yang sedang menyusu ibunya, pasti azab telah ditimpakan kepada kalian sekeras-kerasnya."
.
.
.
~ Wallahualam ~

.

8 comments:

  1. Salam..
    Terima kasih atas perkongsian ilmu ini...
    Sesungguhnya Rasulullah SAW pembawa cahaya menerangi kegelapan termasuk kegelapan hati...

    ReplyDelete
  2. salam.. rasa tenang setiap kali baca ttg Rasulullah.. makasih info ni

    ReplyDelete
  3. W'salam Shaniza,Mamawana & Maiyah,

    Sama2 kasih..mudah-mudahan kita beroleh manfaat darinya..

    ReplyDelete
  4. TQ utk peringatan seperti ini :)

    ReplyDelete
  5. Salam!
    Hadith Rasulullah secara umumnya terbahagi kpd 2 jenis: a) Membenarkan apa yg diturunkan dr AlQuran b) Perkara2 sunat dan anjuran yg dilakukan.Ini berdasarkan diriwayatkan oleh AtTarmizi,"Sunnah mu ada dua jenis sunah, Yang pertamanya sunah yg berasal dai AlQuran, mengambilnya berpetunjuk dan meninggalkannya sesat manakala yang keduanya bukan berasal dari AlQuran, mengambilnya berpahala tetapi meninggalkannya tiada dosa/kesalahan.
    Wasiat Rasulullah yang paling afdal adalah yg ada kaitan dgn AlQuran itu sendiri seperti dalam Surah AlAn`aam:153 Wallahualam

    ReplyDelete
  6. W'salam pakcik Tajnur,

    T/kasih sekali lagi atas perkongsian ilmu..begitu jelas sekali..moga kita sentiasa berpegang kpd Al Quran dan Sunnah..

    ReplyDelete