29.7.10

Jagalah...

.
.
.
Nasihat ahli hikmah...
.
.
Jagalah olehmu lapan kalimat, nescaya Allah swt akan menjagamu:
.
.
Pertama
Bila engkau sedang solat,
jagalah hatimu..
.
.
Kedua
Bila engkau sedang berada di rumah orang lain,
jagalah matamu..
.
.
Ketiga
Jika engkau berada di tengah umat manusia,
jagalah lidahmu..

Keempat
Jika engkau berada di meja perjamuan,
jagalah perutmu..
.
.
Kelima & Keenam
Ingatlah akan dua hal iaitu mengingati Allah swt
dan mengingati kematian..
.
.
Ketujuh & Kelapan
Lupakan dua hal iaitu melupakan kebaikanmu
kepada orang lain
dan melupakan
keburukan orang lain kepadamu..

.
.
.
Semoga bermanfaat dan membawa keberkatan bagi
melangkah kehidupan yang masih tersisa ini.

.
.
Semoga Allah swt sentiasa memberi taufik dan hidayahNya
dalam mengamalkannya..
InsyaAllah


25.7.10

Lihatlah ke dalam DIRI mu...

.
.
.
"Jika engkau ingin mengetahui kedudukanmu disisi ALLAH swt,
.
maka perhatikanlah bagaimana kedudukan ALLAH
.
pada dirimu...

.
.
Lihatlah kekuatan hubungan nuranimu denganNYA,
.
Perhatianmu pada hal-hal yang diredhaiNYA,

.
Kebencianmu pada segala sesuatu yang dimurkaiNYA,

.
Bantuanmu pada hamba-hambaNYA

.
Dan usahamu untuk menjauhi makhlukNYA yang buruk.

.
Inilah cara untuk mengetahui kedudukanmu disisi ALLAH...

.
.
Janganlah engkau ukur kedudukanmu
.
atau kedudukan orang lain disisi ALLAH

.
dengan amal-amal lahiriah...

.
.
Amal-amal lahiriah tidak dapat dijadikan pedoman,
.
sebab orang baik dan jahat juga mengamalkannya."

.
.
- Al-Habib Muhammad ibn Abdullah Al-Aydrus




20.7.10

* Mutiara Kata *

.


* Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

* Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup, semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

* Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu

* Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya

* Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik

* Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan

* Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…

* Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya

* Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu

* Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

* Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian

* Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

* Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging

* Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan

* Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali

* Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal tetapi ianya akan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya

* Orang sibuk sebenarnya tidak cekap tetapi orang yang cekap tidak sibuk

* Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja

* Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang

* Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri

* Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu

* Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati

* 1000 mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan

* Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan

* Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia

* Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu

* Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian

* Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang mengganggu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil

* Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja

* Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecap bahagia

* Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat

* Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya

* Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.

* Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia

* Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan

* Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

* Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan

* Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu

* Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman

* Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan

* Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan

* Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas

* Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan

* Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi

* Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut

* Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah-tengah pipi masyarakat

* Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya

* Seandainya hidup ini punca perpisahan… biarlah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memberi erti yang nyata

* Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dengan buah

* Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran

*
Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu

* Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali

* Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa

* Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda

* Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain

* Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan-agungkan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan

* Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya

* Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan

* Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat

* Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya

* Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah

* Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinya setiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar-benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat

* Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya

* Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan

* Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran

* Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat

* Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli

* Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang

* Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya

* Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan

* Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik

* Semalam adalah suatu kenangan, hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan

* Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan-kawan dan lawan

* Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal

* Menerima pasangan hidup secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun

* Terburu-buru dengan perasaan sering dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan

* Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian biar berpanjangan

*
Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata-kata kerana ia dibungkus dengan gula-gula yang lebih manis dari racun

* Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga-bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan

*
Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih saying adalah suatu pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian

* Apalah gunanya ilmu jika tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan Al Quran dan Sunnah

* Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain

* Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya

* Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran

*
Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat

* Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat

* Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan

* Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu-kayu keimanan yang kukuh

*
Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati yang tertutup

* Hati si siteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya

* Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.

* Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu

* Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu

* Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur tetapi setiap mata terbuka, belum bererti ia melihat

* Kejayaan adalah suatu perjalanan bukannya suatu destinasi

* Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira

* Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup

* Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil

* Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan



p/s....semoga ada manfaatnya...

16.7.10

...disitulah jatuhnya pandangan ILLAHI

.

.
~ Bismillahirrahmanirrahim ~
.
.
Sabda Rasulullah saw:
"Sesungguhnya Allah tiada melihat kepada rupa kamu dan amalan kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan niat kamu"
.
.
Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.
.
.
Sabda Rasulullah saw:
"Perhatikan! Sesungguhnya di dalam badan seseorang ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh anggota badan dan apabila ia rosak maka akan rosaklah sekalian anggota badan. Ketahuilah, itulah yang dikatakan hati"
(HR Bukhari dan Muslim)
.
.
Justeru manusia melalui pertimbangan akalnya harus berusaha menjuruskan hatinya kearah kebaikan, sebab hati jika tidak dikawal akan menjadi lebih keras daripada batu. Al Quran mengambarkan bahawa hati yang keras dan busuk hati itu merujuk kepada hati bangsa Yahudi.
.
.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah:74,
"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi...
.
.
Hati dibaratkan oleh Rasulullah saw sebagai raja kepada pancaindera iaitu sebagai pemerintah kepada akal dan kehendak. Sebab itu hati penyebab manusia itu menjadi baik atau buruk.
.
.
Hendaklah hati itu menjaga pemikiran akal dan tuntutan kehendak supaya tidak melampaui batas agama Islam untuk menjadikan manusia itu berakal. Jika manusia tidak menggunakan akal dengan sebaik-baiknya, manusia itu selayaknya berstatus haiwan malah lebih rendah dari binatang.
.
.
Firman Allah dalam Surah Al A'raf:179,
"Dan sesungguhnya Kami jadikan neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya bagi memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan bagi melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan bagi mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
.
.
Melalui hati manusia diuji samada menjadi baik atau jahat.
.
"....itulah orang-orang yang diuji hati mereka oleh Allah untuk bertaqwa"
(Surah Al Hujurat :3)
.
"Demikianlah Allah mengunci mati hati orang-orang yang tidak (mahu) memahami"
(Surah Ar Rum :59)
.
.
Sekeras-keras batu lama kelamaan akan berubah bentuk dengan cuma titisan air tetapi bagaimana dengan...
.
.
1- Kekejaman manusia membunuh sesama manusia tanpa belas kasihan dengan menggunakan senjata-senjata yang canggih untuk melawan mereka yang bersenjatakan ketulan batu-batu kecil. Betapa keras dan busuknya hati manusia ini.
.
2- Manusia yang terus melakukan kerja mungkar atau kejahatan hingga ke akhir hayat. Betapa kerasnya hati mereka ini.
.
3- Manusia dari berumur 12 tahun faham bahawa solat itu wajib dan mendengar azan hingga berusia 50 an masih belum menentu ketekunan mendirikan solat.
.
4- Sikap manusia yang tidak mahu memaafkan kerana keras hati.
.
.
Allah swt berfirman menceritakan tentang Nabi Ibrahim a.s :
"Dan janganlah Engkau menghinakan aku pada hari kebangkitan. Iaitu hari yang tiada berguna hartabenda dan anak-anak. Melainkan orang yang mendatangi Allah dengan hati yang bersih"
(Surah As Syu'araak :87-89)
.
.
Pengubat Hati
.
.
Walaupun penawarnya pahit namun semua itu perlu ditempuh jua. Apakah ubat hati?
.
.
1- Hadiri majlis ilmu iaitu ilmu yg memberi manfaat
.
Ilmu adalah cahaya hati. Majlis ilmu adalah ‘taman syurga’ di dunia. Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga sepertimana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit. Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu.
.
.
2- Amalkan ilmu dan dirikan solat
.
Ilmu adalah imam, amal adalah makmumnya. Mulalah mengamalkan latihan-latihan asas dan teras untuk merawat hati. Ubat hati ialah zikrullah – ingat Allah. Dan cara mengingati Allah yang paling utama ialah mendirikan solat. Solat juga dikatakan berasal dari ‘silah’ (penghubung) antara hamba dengan Tuhan.
.
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Sedangkan merebut cinta makhluk pun susah, apalagi mencari cinta Allah. Tentulah lebih susah. Tidak ada jalan mudah, itulah jalannya… jalan mujahadah.
.
.
3- Berpantang
.
Seperti sakit fizikal yang perlu pada pantang larangnya, begitu jugalah ‘sakit hati’ ada juga pantang larangnya. Dalam usaha penyembuhan ‘sakit hati’ elakkan perkara-perkara yang boleh menyuburkan hawa nafsu.
.
.
4- Cari perkumpulan yang baik
.
Perkumpulan yang mengaturkan program-program yang baik dan Islamik. Ini adalah sebagai alternatif kepada program yang negatif.
.
.
Hati-hati menjaga hati...
Disitulah jatuhnya pandangan ILLAHI...
.
.
.
p/s...ungkapan yang sungguh bermakna...

12.7.10

Mengapa manusia menentang Allah swt?



~ Bismillahirrahmanirrahim ~

" Sesungguhnya tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah (beribadat) kepadaKu "
(Surah Az Zariyat : 56)


Hakikatnya, manusia diciptakan oleh Allah swt adalah untuk beribadat, untuk mengabdikan diri kepada Allah, dengan kata lain untuk tunduk dan patuh pada perintah Allah swt.

Mari kita menyingkap pandangan ulama berhubung faktor yang menyebabkan penentangan manusia terhadap Allah swt
selaku Pencipta mereka.


1- Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.

2- Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun iman yang enam.

3- Jahil mengenai Allah, suruhan dan laranganNya, pahala dan dosa serta Syurga dan Neraka.

4- Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.

5- Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah swt.


6- Berputus asa dari rahmat Allah (kasih sayangNya).

7- Tidak mempercayai qadha' dan qadar Allah malah mempertikainya.


8- Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya.

9- Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia).

10- Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam.


11- Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak.


12- Terlibat dalam perkara-perkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah swt.


13- Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya.


14- Suka bergaul (bercampur) dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang soleh.


15- Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka.

16- Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep sebenar seperti melabelkan orang Islam yang berjanggut dengan pengganas dan lain-lain.


17- Bergelumang dengan ada-adat yang menyalahi hukum Syariat Islam.


18- Meninggalkan tugas utama Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar.



Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah
Tuhan Semesta Alam

2.7.10

Marah Itu Umpama Api Di Dapur Hati



Marah itu umpama api di dapur hati..

Jangan terlalu nanti hangus, jangan tiada nanti dayus..


Setiap orang pasti ada rasa marah. Marah itu fitrah manusia yang dibekalkan Allah swt dalam setiap diri manusia. Cuma apakah marah itu akan membawa kepada kebaikan kalau kita dapat mengawalnya. Apakah ia membawa kepada kemusnahan kalau kita gagal mengawalnya.


Rupa-rupanya marah itu bukan untuk dihapus tetapi marah itu untuk diurus.
Bagaimana kita menguruskan kemarahan kita?


Marah itu adalah perasaan, sebab itu untuk berjaya dalam hidup ini, kita mestilah mencuba bersungguh-sungguh supaya perasaan bekerja untuk kita bukan kita bekerja untuk perasaan kita.


Ada kajian yang menunjukkan perasaan marah itu akan lebih memudaratkan dalam diri kita sendiri berbanding dengan orang yang kita marah. Sebab itu awas kalau kita terlalu marah-marah kita sebenarnya membakar diri kita sendiri. Kita akan lebih terbakar berbanding dengan orang yang kita marahkan.


Marah itu daripada api. Sifat tabie kemarahan itu ialah ia membakar dan panas. Dalam kajian sains, apabila sesuatu benda bersifat pepejal, cecair atau gas dipanaskan, molekul-molekul didalamnya akan berlaga sesama sendiri dan menjadi tidak stabil.


Begitulah juga dengan hati kita, ia menjadi tidak stabil semasa kita marah. Oleh sebab itu apabila marah ini berasal daripada api dan syaitan juga berasal daripada api, maka itu kita mudah dikuasai syaitan.


Jadi berhati-hatilah dalam mengawal kemarahan. Jangan kita terlalu nanti hangus, jangan tiada nanti kita menjadi dayus.


Mengapa Allah swt mengurniakan rasa marah ini didalam diri manusia. Rupa-rupanya marah itu juga satu anugerah daripada Allah kerana dengan adanya rasa marah, timbul dalam diri kita hendak memperjuangkan sesuatu.


Dalam Islam misalnya ada perkara-perkara yang sangat penting seperti agama, nyawa, harta, keturunan dan sebagainya. Kalau perkara-perkara ini diperkotak-katikkan dan diancam, kita mesti rasa marah.


Apabila agama Islam dihina, syariat diperkotak-katikkan dan umat Islam ditindas, marah kerana benar dan besar adalah marah yang terpuji.
Tapi sayangnya kita selalu marah pada perkara-perkara yang kecil dan remeh temeh. Kita akan menjadi marah bila diri kita dikritik atau dikata. Ini adalah marah yang dikeji.


Padahal menurut Imam Ghazali, salah satu cara kita melihat aib kita ialah dengan mendengar apa kata musuh kita. Seharusnya kita membuka pintu hati kita dan menilai kritikan atau kejian musuh kita.


Apakah benar ada pada diri kita. Kalaulah kritikan itu sesuatu yang benar, Alhamdulillah..hakikatnya Allah menegur kita melalui musuh kita.
Selagi kita ada ruang untuk menegur, selagi itulah kita ada ruang untuk memperbaiki diri kita.


Namun mungkin kita ada berhadapan dengan kritikan yang tidak benar atau tidak adil iaitu kritikan yang bukan membina tetapi meruntuh.
Maka anggaplah ia sebagai ujian. Sebenarnya orang itu hendak menguji kita.
Jadi marilah kita mengenalpasti kemarahan kita.


Apakah marah yang terpuji yang patut diteruskan atau marah yang dikeji yang bersifat peribadi lagi remeh temeh yang harus dihentikan dengan serta merta.




Mari kita tuluskan marah kita kerana Allah swt.
Mari kita luruskan marah kita berpandukan syariat yang dibenarkan oleh Allah.
Mari kita uruskan marah kita pada tahap dan kadar mengikut batas-batas akhlak Islamiah.