31.12.12

Tiang kekufuran


       Tiang kekufuran  

       Sombong 
Sombong akan menghalangi seseorang dari ketundukan.
Jika tiang kesombongan itu runtuh,
dia akan mudah untuk melakukan ketundukan kepada Allah. 

Dengki
Dengki akan menghalangi seseorang dari kesediaan
untuk menerima nasihat dan memberi nasihat.
Jika tiang kedengkian itu tumbang,
dia akan mudah untuk menerima dan memberi nasihat.  

Amarah
Amarah menghalangi diri untuk bersikap adil.
Jika tiang amarah itu roboh,
dia akan mudah untuk bersikap adil dan tawadhu. 

Syahwat
Syahwat akan menghalangi jiwa untuk mencurahkan
waktu dalam rangka ibadah.
Jika tiang syahwat itu jatuh,
dia akan mudah untuk bersikap sabar, menjaga kehormatan diri dan beribadah.


 Memindahkan gunung dari tempatnya menetap lebih mudah 
dibandingkan melenyapkan keempat hal ini
dari diri orang yang telah terjangkiti empat penyakit itu.



16.12.12

Rahmat Al Quran




Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Perumpamaan seseorang mukmin yang membaca Al Quran adalah seperti limau manis, berbau sedap dan rasa limau itu manis. Perumpamaan seseorang mukmin yang tidak membaca Al Quran adalah seperti buah tamar, sungguhpun tidak mempunyai bau namun berasa manis. Perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca Al Quran adalah seumpama buah ‘peria pahit’, buah itu tidak mempunyai bau dan berasa pahit. Perumpamaan orang munafiq yang membaca Al Quran adalah seperti bunga ‘raihanah’, berbau harum, tetapi berasa pahit.”  (HR Bukhari, Muslim, Nasai dan Ibnu Majah)

 “Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah, lalu di antara mereka membaca kitab Allah dan mempelajarinya kecuali turun kepada mereka ketenangan yang diliputi rahmat, dikelilingi malaikat, dan Allah SWT menyebut-nyebut nama mereka di sisi makhluk yang ada dekat denganNya.”  (HR Muslim)

 “Orang yang mahir (membaca, menghafal, memahami, tadabbur, dan mengamalkan) berinteraksi dengan Al Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan taat, sedangkan yang membaca Al Quran dengan terbata-bata dan ia merasa sulit, ia mendapatkan dua pahala.”  (HR Muslim)


Pesan Imam Al-Ghazali:

“Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak ditemui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika tidak ditemui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kamu sudah tidak mempunyai hati!”


Aisyah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Membaca Al Quran di dalam solat adalah lebih afdhal (berharga) daripada membaca Al Quran di luar solat, membaca Al Quran di luar solat lebih baik daripada tasbih dan takbir (memuji Allah), tasbih adalah lebih tinggi daripada sedekah, sedekah adalah lebih baik daripada puasa sunat dan puasa sunat adalah penghalang daripada api neraka.”
(HR Al Baihaqi)


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.:

“Barangsiapa mendengar satu ayat daripada Kitab Allah SWT, maka dicatatkan untuknya hasanah berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat daripada Kitab Allah SWT, maka ayat itu merupakan nur baginya kelak di hari kiamat.”


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW  bersabda:

“Hai Abu Hurairah, pelajarilah Al Quran dan ajarkanlah kepada manusia, dan hendaklah kau selalu begitu hingga datang maut menghampirimu dalam keadaan begitu maka para malaikat berduyun-duyun ke makammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyun-duyun ke Baitullah Al Haram.”


11.12.12

Apakah rakyat Palestin tidak perlu pembelaan?




Bila orang alim berbicara...

Tiada jihad di Palestine sebab kekuatan tak balance. Kalau kita nak serang orang, kekuatan kita kena dua kali ganda dari orang yang kita ingin perangi.

Tidak guna berjihad sebab tiada persediaan dari segi ketenteraan, senjata, persediaan rohani [akidah] dan persediaan zahir.

Salah boikot perniagaan Yahudi kerana barangan yang dijual itu halal, bukan haram.

Tidak salah menjalankan perniagaan dengan Yahudi kerana Rasulullah SAW pun melakukan urusniaga dengan Yahudi. Asalkan dalam perkara2 yang halal.

Boikot dilakukan secara tidak konsisten dan sekejap2. Tidak ada kesan.

Menganiaya orang2 Islam yang bekerja di syarikat2 Yahudi kerana menjejaskan pendapatan mereka.

Cadangan nak boikot barangan halal tidak kena dengan caranya. Itu namanya  kebodohan sebab tak kena cara.

Cara yang terbaik untuk memerangi musuh2 Islam ialah kena bersedia dengan segala dengan apa yang kita mampu.

Rakyat Palestin kena keluar dari Palestin sebab Nabi SAW keluar dari Mekah.

Rakyat Palestin kena tinggalkan tanah milik mereka untuk mengatur strategi memerangi Yahudi.

Orang2 yang menasihat rakyat Palestin suruh berjihad dan dia duduk rumah goyang kaki sebenarnya bukan bagi nasihat sebaliknya merosakkan rakyat Palestin. Asas kepada alasan ini ialah kata ustaz, rakyat Palestin tak mampu berjihad. So nasihat itu tidak sepatutnya.


Jawapanku...


''Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah usahaku untuk memerangi kekejaman Yahudi itu berjaya atau tidak, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk menghentikan keganasan itu…''

Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti..
- Ustaz Pahrol Mohd Juoi 


2.12.12

Bertafakkurlah..




Sabda  Rasulullah SAW
“Bertafakkur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.” 
(Riwayat ad-Dailani)


Bertafakkur tentang ayat-ayat Allah SWT di dalam Al Quran, 
hasilnya akan tercapai tauhid yang yakin kepada Allah SWT.

Bertafakkur tentang nikmat-nikmat yang Allah SWT telah kurniakan, 
hasilnya akan lahir rasa cinta dan bersyukur kepada Allah SWT.

Bertafakkur tentang janji-janji Allah SWT yang Maha Benar, 
hasilnya akan lahir rasa cinta kepada kebahagiaan di Akhirat.

Bertafakkur tentang ancaman dan azab Allah SWT yang amat pedih, 
hasilnya akan lahir tindakan berwaspada dan menjauhi perkara maksiat
serta akan mengagungkan kedudukan Allah SWT di dalam hati.

Bertafakkur tentang sejauh mana kita telah mentaati
perintah dan arahan Allah SWT 
serta segala kebaikan yang Allah SWT telah berikan kepada diri kita, 
hasilnya akan lahir perasaan takut kepada kekuasaan Allah SWT di dalam hati.



15.11.12

** HIJRAH **




“Sesungguhnya hijrah ada dua unsur.
Satu daripadanya ialah kamu meninggalkan kejahatan 
dan kedua kamu berhijrah kepada Allah  dan Rasul-Nya.
Dan tidak terputus hijrah selagi taubat diterima.
Taubat akan terus diterima sehingga matahati terbit dari barat.
Apabila matahari telah terbit dari barat,
akan dicopkan ke atas setiap hati manusia apa yang telah ada padanya.
Peluang beramal sudah tiada lagi.”
(Riwayat Ahmad)


30.10.12

Ampunan Allah teramat luas




Sabda Rasulullah SAW:

Ketika Allah SWT selesai mencipta makhluk, Allah menulis dalam kitab-Nya, Dia menulis untuk Dzat-Nya sendiri dan kitab itu diletakkan disisi-Nya diatas Arasy dan isi tulisan-Nya adalah: Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku.  (HR  Bukhari)

Sesungguhnya Allah lebih gembira atas taubatnya seorang hamba daripada orang yang kehausan lalu menemukan air, dan lebih gembira dari wanita mandul yang dapat melahirkan anak, dan lebih gembira dari orang yang kehilangan barang lalu menemukannya. Barangsiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatat amalnya, semua anggota tubuhnya, dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang telah dikerjakannya.  (HR  Abu Abbas)

Raih dan capailah pintu taubat selama pintu itu terbuka bagimu, kerana dalam waktu dekat pintu itu akan tertutup.

Raihlah kebaikan selama mampu melakukannya dan masuklah kedalamnya dengan membawa hati yang bertaubat, kemudian berlarilah kepintu doamu kerana pintu itu ada untukmu.

Janganlah putus asa dari rahmat Allah, kerana sesuatu yang sedikit namun mencukupi, itu lebih baik daripada sesuatu yang banyak tetapi melalaikannya. Itulah bukti bahwa kebaikan tidak akan rosak dan dosa tidak akan dilupakan.

Jangan lalai dari memohon ampunan setiap saat kepada Allah, dimana kezaliman yang tidak diampuni Allah adalah syirik.

Kezaliman yang tidak akan dibiarkan tanpa ditanyai adalah kezaliman yang dilakukan terhadap hamba Allah lainnya.

Dan kezaliman yang diampuni tanpa ditanyai adalah kezaliman atas dirinya sendiri dengan dosa-dosa kecilnya.



24.10.12

Istimewa 9 Zulhijjah




*  Pembebasan dari api neraka
 
" Tidak ada hari yang Allah membebaskan ramai hamba-hambanya dari api neraka lebih ramai dari hari Arafah. Allah hampir dengan hambanya dan berbangga-bangga dengan mereka kepada malaikat dengan firmannya, "Apakah yang mereka mahu"

*  Limpahan rahmat dan pengampunan dosa

"Wukuf yang kamu lakukan pada hari Arafah, sesungguhnya Allah Taala turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firmannya, "Hamba-hambaku yang datang dari segenap pelusuk dunia yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu tubuh mereka, semata-mata mengharapkan SyurgaKu. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih di lautan nescaya akan Ku hapuskan kesemuanya.

Allah Taala berfirman, "Keluarlah kamu dari Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka"

*  Kelebihan berpuasa pada hari Arafah

Diriwayatkan dari Qatadah bahawa seorang lelaki telah berkata. "Wahai Rasulullah, beritahu kami mengenai kelebihan berpuasa pada hari Arafah". Baginda telah bersabda bermaksud, "Aku berharap agar Allah Taala akan menghapuskan dosa pada tahun yang sebelum dan selepasnya"

*  Sebaik-baik doa, doa hari Arafah

"Sebaik-baik doa adalah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan bagiNya kepujian dan Dia berkuasa keatas setiap sesuatu"

*  Wasiat Rasulullah SAW di Arafah



25.9.12

Gandum @ Jerami



Mengapa ada perbezaan antara seorang muslim dan seorang kafir. Seorang muslim akan masuk syurga manakala orang kafir akan masuk neraka. Seorang muslim akan memperoleh keselamatan dari Allah sedangkan orang kafir tidak. Padahal seorang kafir juga adalah keturunan Adam seperti kita semua. Mengapa darjatnya rendah dan darjat kita tinggi? Di manakah keadilan Allah?

Persoalan yang pernah ditanya oleh Nabi Musa as kepada Allah.

Allah Yang Maha Bijaksana tidak terus memberikan jawapan bahkan mengarahkan Nabi Musa as agar menanam gandum. Maka Nabi Musa menjalankan perintah Allah itu.
Dimulakan dengan membajak hingga menuai. Setelah dituai, gandumnya disimpan dan jeraminya dibakar.

Lalu Allah berkata: "Wahai Musa, kenapakah gandum engkau simpan dan jerami pula engkau bakar? Bukankah kedua duanya itu milikmu? Di manakah keadilanmu wahai Musa?."

Dengan pertanyaan Allah itu, maka Nabi Musa pun fahamlah bahawa gandum dan jerami itu miliknya. Sudah tentu baginda berhak lakukan apa sahaja pada apa yang dimilikinya. Baginda juga tahu baik buruk pada barang milikannya itu.

Inilah jawapan kepada soalan di atas. Allah berhak lakukan apa sahaja dan DIA Maha Mengetahui apa yang dizahirkan dan apa yang disembunyikan.

Sedarlah bahawasanya kita tidak boleh bertanya mengapa Allah menjadikan sesuatu. Itu semua adalah di bawah pengetahuan Allah semuanya.

Orang muslim dan orang kafir kedua-duanya adalah manusia, kedua-duanya adalah hamba Allah. Tetapi yang satu, berkedudukan mulia kerana ia mengakui Allah dan mematuhi perintah perintahNya sedangkan yang satu lagi kufur kepada Allah.

Beruntunglah yang menjadi gandum dan sengsaralah yang menjadi jerami.

Yakinlah sepenuhnya bahawa kurnia Allah yang terbesar di dunia ini yang diberikan kepada hamba hambaNya adalah agama Islam.

“... Pada hari ini, telah Aku sempurnakan agamamu untukmu dan telah Aku cukupkan  nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu ..."
(Surah Al Maidah: 3)


4.9.12

kembali fitrah...




Ku angkat munajat kepada Ilahi

semoga Syawal menjadikan kita lebih mengerti

akan diri dan kehidupan nan hakiki

Syawal membawa diri kembali ke fitrah

kepada jiwa yang menyerah

berjanji kepada Nya di alam arwah

"Alas tu birabbikum qalu bala syahidna"

semoga Ramadhan yang mencanai perisai

akan terus membentengi diri dan menjadi rantai

untuk diri patuh tunduk memenuhi ikrar




**  Kembara Bahasa **



16.8.12

Terima kasih Ramadhan...




 Hadirmu menjadi penyuluh kepada sekelian umat manusia

Bulan yang menutup segala  pintu kekufuran

Dibuka seluasnya pintu keampunan

Segala kejahatan didalamnya diampunkan bagi mereka yang bertaubat

Tiada doa yang dimohon didalamnya melainkan didengari Nya

Tiada amalan yang dilakukan melainkan ianya diangkat

Tiada kebaikan yang dilaksanakan melainkan ianya digandakan oleh Nya

Rahmat Allah  kepada sesiapa yang memintanya

Maka bertaqwalah hanya pada Allah swt



11.8.12

Dia dekat denganmu..




Sedarlah wahai hati yang resah
Dia sentiasa dekat denganmu
Dikala engkau berduka
Kau membaca kalam wahyu Nya
Nescaya engkau akan merasakan
Dia sedang berkata-kata denganmu

Masya Allah, ketika itu
Tangisanmu menjadi lagu
Kerana engkau tahu
Dia dekat sekali disisimu

Jika ingin berbicara dengan Nya
Dirikanlah solat
Bila inginkan Dia menyapa
Bacalah Al Quran




3.8.12

jalan yang mana...




Jalan menuju ke Syurga mudah
Ikut dan patuh arahan Allah...

Jalan menuju ke neraka pun mudah
Langgar dan ingkar segala arahan Allah...

Jalan mana yang lebih mudah dipilih bergantung pada
sama ada hati timbul perasaan takut pada Allah ataupun tidak...

Jika hati dan jiwa dekat dengan Allah 
Segala kelakuan dan pertuturan kita adalah untuk Allah, 
maka mudah mengikut jalan ke Syurga...

Jika sebaliknya, mudah terbabas,
terlanjur dan mendekati rasuah dan maksiat,
segala perkara yang berupa jalan mudah ke neraka...


12.7.12

Ahlan Ramadhan...





Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan  terakhir bagi kita 
agar kita mampu bersungguh-sungguh dalam mencari barakah ALLAH  swt. 
Sesungguhnya, kematian itu akan menjemput bila-bila masa. 
Kematian bukan bererti kita sakit dan menemui mati, 
tetapi malaikat menjemput kita kerana ALLAH  
agar kita dapat dinilai sejauh manakah amalan kita 
di dunia ini demi ISLAM..


17.5.12

Takut hanya kepada ALLAH





Ya ALLAH  sungguh aku mohon pada  Mu,
agar aku hanya takut pada  Mu,
dalam keadaan sepi maupun ramai



4.5.12

Duhai Hati Allah sedang mengajarmu




Hati adalah alat bagi mengingat dan berzikir kepada Tuhan.
Tempat untuk kita sedar dan insaf bahawa Allah itu wujud dan kita ini hamba dan ciptaannya.

Hati adalah tempat untuk merasa bertuhan.
Untuk merasakan bahawa Allah Maha Berkuasa, Maha Agung, Maha Hebat dan Maha Kaya.
Untuk merasakan Allah itu  Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Untuk merasakan Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan sebagainya.
         
Hati yang berzikir kepada Tuhan ialah hati yang merasa bertuhan iaitu merasakan segala sifat-sifat Tuhan yang Maha Sempurna.

Hati yang rasa hebat, gerun dan takut kepada Allah.

Hati yang rasa dilihat, diawasi dan dikawal oleh Allah.

Hati yang merasakan Tuhan ada peranan dalam hidupnya dan dalam pentadbiran alam ini.

Hati yang merasakan bahawa tidak ada sesuatu jua pun yang terlepas dari pengetahuan dan penguasaan Tuhan.

Hati yang merasa bersyukur di atas segala nikmat Tuhan.

Hati yang merasa sabar dengan ujian Tuhan. 
Yang merasa perlu kepada Tuhan dan yang merasakan bahawa akhirnya nanti kesemua ciptaan ini akan kembali Tuhan.


28.4.12

Indahnya kasih sayang...




Sabda Rasulullah SAW

“ALLAH  SWT mempunyai 100 rahmat (kasih sayang), dan menurunkan 1 rahmat (dari 100 rahmat) kepada jin, manusia, binatang, dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan (ALLAH SWT) menangguhkan 99 bagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada Hari Kiamat nanti.”
(HR Muslim)



27.4.12

20.4.12

Buktikan kesyukuran kepada ALLAH SWT





Pada zaman Sayyidina Umar Al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang bermaksudnya:

"Ya ALLAH! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"

Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika Sayyidina Umar sedang melakukan tawaf di Kaabah. Sayyidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya:

"Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya ALLAH! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada ALLAH?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku  takut dengan penjelasan ALLAH seperti 

Firman-Nya  yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami  telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur". (Surah Al A'raaf: 10)

Aku memohon agar ALLAH memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada ALLAH.

Jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar Al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri:

"Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu".

Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran dan nikmat dianugerahkan ALLAH  SWT. Syukur bukan hanya meliputi perkara nikmat, kita juga perlu bersyukur apabila terlepas daripada bala, malapetaka dan bencana.

Pelbagai nikmat dianugerahkan ALLAH  SWT terhadap hamba-Nya. Keseluruhan nikmat dikurniakan perlu ada bukti yang memperlihatkan kesyukuran. 

Bukti mensyukuri nikmat harta adalah apabila seseorang hamba itu membelanjakan hartanya di jalan ALLAH  SWT.

Bukti mensyukuri nikmat kekuasaan diperoleh oleh pemimpin adalah menjadi pemimpin yang adil dan berusaha sekuat tenaga memberikan kesejahteraan kepada orang dipimpinnya. 

Bukti mensyukuri nikmat ilmu adalah mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.

Begitulah bukti mensyukuri nikmat yang lain dengan menggunakannya kepada jalan ALLAH  SWT. Banyak pengajaran ditunjukkan oleh ALLAH  mengenai mereka yang diazab kerana tidak mensyukuri nikmat-Nya.

Antaranya, Firaun ditenggelamkan bersama bala tenteranya kerana kufur terhadap nikmat kekuasaan. Qarun ditenggelamkan ke dalam perut bumi bersama harta bendanya kerana kufur terhadap nikmat harta. Hamman diseksa kerana kufur nikmat kecerdikan ALLAH  SWT berikan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Sesungguhnya ALLAH  mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan. Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka ALLAH  akan pindahkan nikmat itu kepada kaum yang lain pula.” (Hadis riwayat At-Thabrani)

Berdasarkan peristiwa dirakamkan dalam Al Quran, ia membuktikan nikmat ALLAH SWT yang tidak disyukuri akan dimusnahkan mengikut kadar kekufurannya. Sesungguhnya sangat banyak nikmat yang ALLAH  kurniakan tanpa kita sedari.

ALLAH  menyatakan, jika kita cuba menghitung nikmat dikurniakan kepada kita, nescaya tidak dapat dihitung dan terhitung. 

Firman ALLAH  SWT yang bermaksud: 
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” 
(Surah An Nahl: 18)

Mereka yang tidak bersyukur dengan nikmat dikurniakan ALLAH, sedikit atau banyak, mereka itu masih jauh dengan rahmat ALLAH.

Firman ALLAH  SWT yang bermaksud: 
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Bersyukur hendaklah diterjemahkan dalam seluruh amalan kehidupan seharian. Orang yang bersyukur pasti ibadahnya bertambah, seluruh hidupnya mengarah kepada tuntutan ibadah diperintahkan ALLAH  SWT.

Kerap kali kita memikirkan sesuatu yang telah hilang sehingga lupa mensyukuri apa yang ada di depan. Kita merasa sedih kerana kekurangan material padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan.

Oleh itu, renungkanlah supaya kita sentiasa bersyukur dan janganlah kita termasuk golongan mereka yang ingkar. 

Firman Allah yang bermaksud: 
“Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya.” (Surah An Nahl: 83)

Justeru, sentiasalah bersyukur kepada ALLAH  SWT tanpa bertangguh-tangguh. Jika kita menerima nikmat ALLAH  keseluruhannya wajiblah kita menerima Islam keseluruhannya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sedikit itu. Aaamiiin...


16.3.12

Pendirian





"Jika kamu seorang yang mempunyai pandangan,maka jadilah juga seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya suatu pandangan itu akan menjadi rosak, hanya kerana kamu berbelah bagi"

Abu Tayyib Al-Mutanabbi (915 ~ 965M)



Guna jari






11.3.12

Subhanallah...bila ayat2 Al Quran sentiasa di bibir





Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al Quran  dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan.
SubhanAllah, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah  SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.

Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan  "apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti ". Betapa malunya kita dihadapan Allah  SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah  SWT  di Akhirat nanti.

Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah  SWT nanti.  Amin Ya Rabbal Alamin..



8.3.12

Kasihi ibu sayangi ayah




Ya  ALLAH...
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahkanlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka
Lembutkanlah hatiku untuk mereka


Ya  ALLAH...
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku
Berilah pahala yang besar
Atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku
Ampunilah dosa-dosa mereka
Atas kesusahan yang mereka deritakan keranaku
Dan peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku


Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung
Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Amin Ya Rabbal Alamin..


27.2.12

Bijak lagi berhemah...OLEYY!!




Tengahari itu kami berehat sebentar melepaskan lelah setelah travel beratus kilometer ke Kuala Lumpur. Sebelah petangnya ada lagi 2 program besar menanti dan perlu berada semula di Perak pada waktu Isya' sebelum meneruskan ekspedisi dakwah ke bumi Kedah keesokan harinya.

Peluang berehat seketika itu memang sangat mustahak demi mengekalkan kesegaran untuk mengharungi jadual padat kami pada hari itu.

Di saat berehat itu, kami didatangi seorang lelaki Eropah, memperkenalkan dirinya sebagai Frank Michel. Rupanya beliau merupakan first secretary kedutaan German di Malaysia. Beliau menghampiri kami kerana tertarik kepada lambang jemaah Islam yang tertera di jaket yang kami pakai.

Peluang keemasan ini kami gunakan sepenuhnya untuk menerangkan dasar Islam serta polisi jemaah dakwah kami ini. Ternyata beliau seolah-olah mendengarnya buat kali pertama.

Kami tidak hairan dengan keadaannya itu. Maklumat sebenar Islam telah lama disorokkan, hanya perkara berkaitan solat, puasa, haji dan zakat sahaja yang sering dikaitkan dengan Islam, sedangkan Islam itu adalah cara hidup dan lebih dari 5 rukun Islam itu sahaja.

Justeru, soalannya berkaitan dengan perkara selain 5 rukun Islam terutamanya berkaitan hukum hudud sudah boleh dijangka bentuk nada soalannya.

"Kenapa Islam minta potong tangan orang yang mencuri? Tidakkah itu sangat kejam?" soal lelaki German itu dengan nada separuh provok dan ingin tahu.

Suasana menjadi diam seketika.


Setelah diam buat beberapa ketika, saya membalas soalannya dengan nada yang sangat lembut dan senyuman yang tidak lekang di bibir, "Soalan anda itu sangat menarik!". Saya menunjukkan minat kepada soalan provokasinya itu.

"Dalam Islam, kita mengutamakan keadilan. Kepada siapa sahaja, samada seorang lelaki atau wanita, kanak kanak atau dewasa, sihat atau sakit, tanpa mengira kaum dan warna kulit" saya memulakan muqaddimah. Dia mendengar dengan penuh minat sambil mengangguk angguk kepala.

"Begitu juga keadilan bagi orang telah kehilangam barangnya kerana dicuri. Haknya perlu dibela. Keadilan perlu ditegakkan" saya mula masuk ke topik perbincangan.

Tiba-tiba lelaki German itu mencelah, "Betul, saya setuju keadilan perlu ditegakkan. Tapi takkanlah sampai kena potong tangan?" soalnya lagi.

Saya tersenyum. Teringat perbincangan dalam kelas Syariah saya tempoh hari dalam madah Siasah Syariah. Suasana hampir serupa kerana kami telah mensimulasikan suasana dialog seperti ini dalam kelas. Lucu juga rasanya bila tiba tiba terbayang lelaki German di hadapan saya sekarang ini seperti kawan sekelas yang merupakan orang Banjar berasal dari Bagan Serai!

Saya mengawal semula eksperisi muka agar kelihatan tenang dan tidak menyinggung perasaan lelaki German itu.

"Tuan, salahkah doktor kalau dia mengarahkan pesakit diabetis untuk dipotong kakinya? Jika tidak salah, mengapa?" soalan retorik dilontarkan.

Cepat-cepat lelaki German itu menjawab, "Sudah tentulah tidak salah. Sebab doktor itu tahu apa yang terbaik untuk pesakitnya. Dia ahli dalam bidang perubatan"

Saya bertanya lagi, "Eh, bukankah kaki itu sangat berharga dan penting untuk kegunaan seharian?"

"Memanglah penting, tapi ia sudah berpenyakit, jika tidak dipotong, akan merebak dan membahayakan anggota lain pula. Silap silap membawa maut pula" petah lelaki German itu menjawab.

Saya sekali lagi tersenyum. Alhamdulillah, sudah nampak sinar di hujung dialog ini.

Segera saya menyambung bicara, "Jika demikian, begitulah dengan si pencuri tadi, dia adalah seorang manusia yang "berpenyakit" dan ubat kepada sakit itu ada pada pembuat manusia itu, iaitu  ALLAH. Dan ALLAH  tentukan bahawa cara mengubatnya ialah dengan memotong tangan si pencuri".

"Tapi kenapa perlu potong, tak bolehkah jika kita penjarakan sahaja. Tangan tu penting untuk kegunaan seharian" bentaknya.

Saya tenang mendengar respon spontannya.

"Tuan, jika dalam kes diabetis tadi, bukankah doktor itu tidak salah apabila memotong kaki pesakitnya, begitulah dengan kes curi ini. Ia jika dibiarkan akan membarah, akan menggangu ketenteraman anggota masyarakat yang lain. Dan yang menariknya, bukan semua kes curi kita akan potong tangan. Barang curian yang terdedah kepada curian seperti ditinggalkan di tempat terbuka, harga barang curian yang murah seperti gula gula seringgit, keadaan masyarakat yang dhorurat seperti kebuluran yang melampau, semua ini tidak tergolong dalam kes potong tangan apabila mencuri" panjang lebar saya terangkan.

Lelaki German itu kelihatan terkejut dan kemudiannya nampak kelegaan di wajahnya. Kelihatan sangat puas dengan jawapan yang diberikan. Maklumat ini tidak pernah dia dengar dari media perdana. Senyuman terukir di wajahnya menghapus semua kerutan di dahi.

Saya menghabiskan sedutan terakhir air jus oren di depan saya dan bangun meminta diri ke masjid kerana mahu menunaikan solat Jumaat.

Tiba- tiba dia bangun menghalang, "Ustaz, boleh tak saya ikut serta ustaz ke masjid?" tanya penuh mengharap sambil memegang lembut tangan saya.

"Kenapa ya anda mahu ikut kami ke masjid?" saya meminta kepastian.

"Saya mula berminat dengan Islam. Saya mahu belajar mengenai Islam"  jawabnya penuh semangat.

Saya tersentuh dengan jawapannya. Terharu sehingga terasa bergenang air mata ini.

Saya merangkul tangannya erat seraya berkata, " Let's go my brother," dengan senyuman puas di bibir.





**  Tidak Pilih Selain Hukum ALLAH  **



21.2.12

Insan contoh




Maka ketahuilah, menghormati manusia kerana ilmu agamanya yang tinggi adalah lebih baik 
dari menghormati pangkat anugerah manusia di dunia yang nyata hanya sementara sahaja...




19.2.12

Ingatlah...




Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. (Surah Al Hujurat: 12)




15.2.12

Jadikan Percakapan Satu Zikir



Assalamualaikum...

Hari ini percakapan dunia kita sudah menjadi kebiasaan dan sudah sebati serta sudah menjadi darah daging kita. Dalam keadaan tidak sedar, kita hari ini telah mengagungkan dunia melalui percakapan kita. Nauzubillah...apa yang sepatutnya kita agungkan hanyalah  Allah SWT!

Firman Allah SWT :

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah lalu peringatkanlah (manusia). Dan tuhan engkau, hendaklah engkau besarkan. Dan pakaian engkau, hendaklah engkau bersihkan. Dan perbuatan dosa, hendaklah engkau tinggalkan. Dan janganlah engkau memberi (kerana hendak) mendapatkan balasan yang lebih banyak. Dan kerana (memenuhi perintah) Tuhan engkau, hendaklah engkau bersabar. (Surah Al Mudathir : 1-7)

Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Perbaharuilah iman kamu sekalian. Sahabat bertanya: Bagaimanakah caranya memperbaharui iman kami? Ujar baginda: Hendaklah kamu memperbanyakkan ucapan La Ilaha illallah.” (HR Ahmad)


Berkata Imam Al Ghazali :
“Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”


Oleh sebab itulah kita perlu ubah percakapan kita daripada percakapan yang sia-sia dan keduniaan kepada percakapan yang membesarkan Allah SWT dan percakapan yang haq iaitu perkara yang kita tidak nampak seperti kubur, mahsyar, mizan, titian sirat, syurga dan neraka,  untuk datangkan keinsafan dan peringatan buat diri kita.


Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu manusia yang mendapat pahala, manusia yang selamat daripada dosa dan manusia yang binasa. Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik. 


Berkata Saidina Ali bin Abi Talib :  "Sikap seseorang tersembunyi di bawah lidahnya"


Kita dapat mengenali peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik-baik sahaja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.




Kata-kata  Muhammad B Abdullah Al-Abid,

Sesiapa yang meninggalkan penglihatan yang tidak perlu, 
maka ia mendapat taufik untuk khusyuk. 

Siapa yang meninggalkan sombong, 
diberi taufik untuk bertawaduk

Siapa yang meninggalkan bicara yang tidak penting, 
maka ia mendapat hikmah

Siapa yang meninggalkan makanan yang berlebihan, 
maka diberikan taufik untuk merasakan lazatnya ibadah, 

Siapa yang meninggalkan senda gurau, 
diberi wibawa dan keindahan

Siapa yang meninggalkan tertawa, 
maka ia wibawa dan hebat!


8.2.12

Moga Ikhlas Milik Kita




Semua murabbiku berpesan pada suatu perkara yang sama, sedangkan aku berjumpa mereka pada waktu dan tempat yang berbeza. Seolah hati mereka begitu kuat bertaut!

“Ikhlaskan hati kalian. Allah pasti mengatur pertolongan untuk kalian!”


Mungkin ayat dan susunan perkataan berbeda, namun semua mereka menyeru dan menasihati kami satu perkara yang maha penting dalam perjuangan - KEIKHLASAN!!

Ikhlas, hakikat yang sukar

Dalam Risalah Taalim, As Syahid Imam Hassan al Banna menyatakan dengan jelas perihal ikhlas,

Apa yang saya maksudkan dengan ikhlas ialah saudara muslim itu meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan hanya untuk Allah, mencari keredhaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna dia merupakan pejuang fikrah dan akidah bukan memperjuangkan matlamat dan kepentingan peribadi.

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan. (Surah Al An'am: 162-163)

Dengan ini saudara muslim akan memahami maksud apa yang sering dilaungkannya:

“Allah matlamat kami” dan “Allah Maha besar dan segala puji bagi Allah”


Inilah pengertian mudah ikhlas itu sendiri.

Hakikat betapa sukarnya untuk mendapat keikhlasan ini diakui seorang ulama yang bernama Sufyan Ats Tsauri. Beliau pernah menyatakan,

“Sesuatu yang paling sulit bagiku untuk aku luruskan adalah niatku, kerana begitu seringnya ia berubah-ubah.”

Namun begitu, ia adalah suatu hal yang mesti kita bajak dan pasak dalam jiwa walau sukar sekalipun. Tanpanya amalan kita adalah sia-sia, menjadi debu-debu yang berterbangan.

Haruskah menyemai benih ikhlas?

Ya, benih-benih ikhlas itu harus benar kita tanam dan menyuburkannya dalam jiwa kita yang tandus ini. Agar, saat kita dipanggil berjumpa denganNya kelak dalam keadaan tersenyum. Bahagia.

Bagaimana ?


Satu, sembunyikan segala amal kebaikan.

Kebaikan yang kita lakukan harus disembunyikan lagak si pencuri menyembunyikan harta curiannya. Amalan yang dilakukan tanpa diketahui manusia lain ternyata lebih senang untuk menumbuhkan ikhlas atasnya, kerana itu rahsia antara diri dan Allah  sahaja.

Sungguh beruntung mereka yang berbuat demikian. Kerana janji Rasulullah SAW, di antara tujuh golongan yang mendapat naungan Allah SWT adalah mereka yang bersedekah dan menyembunyikan sedekahnya tersebut hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.

Sedekah hanyalah simbolik kepada kebaikan lain. Jadi, rahsiakan amalan kebaikanmu.


Dua, merasa amal yang kita lakukan hanya secuil berbanding sahabat lain.

Benar,sekiranya kita merasakan amalan kita ini hanyalah ibarat zarah kecil berbanding sahabat lain maka perasaan bangga padanya akan lenyap. Perasaan rendah diri pula akan mengambil ruang itu, InsyaAllah.


Tiga, takut segala amal tidak diterima Allah SWT.  Allah SWT berfirman,

“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (kerana mereka tahu bahwa) Sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka.” (Surah Al Mu'minun: 60)


Dalam Tafsir Ibnu Katsir menghuraikan ayat ini Allah SWT menjelaskan bahwa di antara sifat-sifat orang mukmin adalah mereka yang memberikan suatu pemberian, namun mereka takut akan tidak diterimanya amal perbuatan mereka tersebut.

Bila jiwa sebegini ditanam, nescaya diri tidak lut oleh kejian malah pujian manusia. Mereka hanya mengharapkan amalannya diterima Allah rabbul jalil.


Akhir, berdoalah!

Berdoalah agar Allah SWT menempatkan ikhlas itu dicelah hati kita. Dan menjauhi rasa riak yang akhirnya menjadi kita syirik padaNya.

Berdoalah dengan doa yang telah Nabi ajarkan pada kita,

“Ya Allah, aku memohon perlindungan kepada-Mu dari perbuatan menyekutukan-Mu sementara aku mengetahuinya, dan akupun memohon ampun terhadap perbuatan syirik yang tidak aku ketahui.” (Hadits Shahih Riwayat Ahmad)


Penutup

Rasulullah SAW bersabda,

“Berkaitan dengan ikhlas, aku bertanya kepada Jibril a.s , apakah ikhlas itu?

Lalu Jibril berkata,“Aku bertanya kepada Tuhan yang Maha Suci tentang ikhlas, apakah ikhlas itu sebenarnya?“

Allah SWT yang Maha Luas Pengetahuannya menjawab,“Ikhlas adalah suatu rahsia dari rahsia-Ku yang Aku tempatkan di hati hamba-hamba-Ku yang Kucintai.“(H.R Al-Qazwini)


Maka, mudah-mudahan ikhlas itu menjadi milik kita yang menjadi rahsia kita dan Dia.



4.2.12

Kau Istimewa



Dinihari di Madinah al Munawwarah 
Ku saksikan para sahabat berkumpul di masjidmu
Angin sahara membekukan kulitku
Gigiku gemertak..kakiku bergoncang..hatiku tak keruan.


Tiba-tiba pintu hujrahmu terbuka 
Engkau datang, Ya Rasul ALLAH
Ku pandang dikau..ku dengar salam bersahut-sahutan.
Kau tersenyum, ya Rasulullah..wajahmu bersinar
Angin sahara berubah menjadi hangat
Cahayamu menyelusup seluruh sendi dan darahku


“Assalamualaikum ayyuhan Nabi Warahmatullah
Assalamualaikum ayyuhan Habibullah”


Dinihari Madinah berubah menjadi siang yang cerah
Ku dengar engkau berkata:
Adakah air pada kalian?
Ku lihat pantas gharibahku
Para sahabat sihat memperlihatkan kantong kosong
Tidak ada setitis pun air, ya Rasulullah
Ku sesali diriku
Mengapa tak kucari air sebelum tiba di masjidmu
Alangkah bahagianya, jika ku basahi wajah dan tanganmu
Dengan percikan air dari gharibahku
Ku dengar suaramu lirih
Bawakan wadah yang basah
Inginku meloncat mempersembahkan gharibahku
Tapi… ratusan sahabat berdesakan mendekatimu
Kau ambil gharibah kosong..Kau celupkan jari-jarimu
Subhanallah!!! Kulihat air mengalir dari sela-sela jemarimu
Kami merapati, berebut berwudhu dari pancuran sucimu
Kulihat Ibnu Mas’ud mereguk sepuas-puasnya
Betapa sejuk air itu ya Rasulullah
Betapa harum air itu ya Nabiyullah
Betapa lazat air itu ya Habibullah….


Alangkah bahagianya solat di belakangmu
Ayat-ayat suci mengalir dari suara baidurimu
Melimpah syahdu mendamaikan sanubari
Adakalanya menyusup sendu ke jiwa, oh terasanya…..
Sesudah solat, kau pandangi kami dengan redupan kasih
Masih dengan senyuman sejuk menawan kalbu
Cahaya di wajahmu ya Rasulullah, tak mungkin ku lupakan
Ingin kubenamkan setitis diriku dalam samudera dirimu
mahu kujatuhkan sebutir debuku dalam saharamu yang tak terjangkau


Ya Rasulullah… ya Habibullah…
Ku dengar kau berkata lirih penuh persoalan:-
Siapakah makhluk yang imannya paling mempesona?
Malaikat, Ya Rasul ALLAH!
Bagaimana Malaikat tidak beriman,
Bukankah mereka berada di samping ALLAH?!
Para nabi, ya Nabiyullah!
Bagaimana pula para nabi tidak akan beriman,
Bukankah kepada mereka ternuzulnya wahyu Tuhan?!
Kami , para sahabatmu…?
Bagaimanalah kalian tidak mungkin beriman,
Bukankah aku di tengah-tengah kalian?!
Telah kalian saksikan kehadiranku bersama pedoman nan nyata
Kalau begitu, siapakah mereka wahai kekasih ALLAH???


Langit Madinah bening..bumi Madinah hening..kami termanggu
Siapakah gerangan yang imannya sungguh mempesona?
Ku tahan nafasku, ku hentikan detak jantungku, ku dengar sabdamu:-
Yang paling menakjubkan imannya
Mereka yang datang sesudahku
Beriman kepadaku
Padahal tidak pernah melihat dan bertemu denganku
Yang paling mempesona imannya
Mereka yang tiba setelah aku tiada..itulah ikhwanku!
Yang membenarkanku..mempercayaiku tanpa pernah berjumpa
Bukankah kami ini saudaramu juga, ya Rasulullah?
Kalian sahabat-sahabatku…
Saudaraku adalah mereka yang tidak pernah sekali berhadapan denganku
Mereka beriman pada yang ghaib, mendirikan solat
Menginfaqkan sebahagian rezeki yang dikurniakan Tuhan!


Kami terpaku…
Langit Madinah bening..bumi Madinah hening
Ku dengar lagi engkau berkata:
Alangkah bahagianya aku mampu menemui mereka…
Suaramu parau, butir-butir air matamu bergenang
Engkau menangis, ya Rasulullah
Engkau rindukan ummatmu, ya Nabiyullah
UMMATI…UMMATI…UMMATI


Ya ALLAH…
Airmata ini tak mampu untuk ku tampung lagi
Di sini terhenti kata sabda Kekasih-Mu
Berdosanya aku pada insan pilihan-Mu bernama MUHAMMAD itu
Akulah ummatnya yang tidak tahu mengenang budi
Membalasi jasanya,apatah lagi berkorban demi Dia
Dia mendambakan pertemuan dengan kami, ummatnya!
Tapi kami….. oh! Malunya padamu ya Sofiyullah…..


Aspirasi Daripada Hadis Mutafaqun’alaih;
Olahan Semula: Saruman Namus & Abban Malena


**Syafaatkan kami....Ya  RASULULLAH**




29.1.12

Anak aset ke Syurga






Satu video yang sungguh menginsafkan. Renungan buat diri ini dan anda semua.


Kejahilan yang tercela adalah apabila seseorang itu jahil terhadap kewajipan-kewajipan yang diperintah Allah SWT mengetahuinya. 

Selamatkan diri dari belenggu kejahilan kepada cahaya ilmu pengetahuan. Tidaklah wajib untuk meluaskan diri dalam ilmu pengetahuan, tetapi yang wajib adalah mempelajari kadar yang perlu, yang tidak boleh tidak anda mesti mengetahuinya.


20.1.12

Mengapa kita perlu berpolitik?



Ingin saya kongsikan bersama anda soal jawab agama yang sungguh menarik, yang rugi kalau tak dibaca sehingga ke penghujungnya. Diharapkan dapat membuka minda dan hati kita. Mengapa kita sebagai umat Islam yang sayangkan agamanya perlu berpolitik dan menyokong Parti yang menegakkan ISLAM.

Assalamualaikum wbt....
Ustaz,


Saya ni bukanlah mewakili mana mana parti politik dan saya ada soalan penting untuk ditanya kepada ustaz. Saya harap sangatlah ustaz dapat menjelaskan persoalan saya ni berdasarkan hujah dan dalil naqli Al Quran dan juga hadis soheh.


Adakah menubuhkan sesuatu parti politik itu haram? Setahu saya di Arab Saudi tiada parti politik kerana katanya ia boleh memecahbelahkan umat. Jadi apakah hukumnya penubuhan parti politik ini? Kerana setahu saya semasa zaman nabi terdahulu tiada seorang nabi, para anbiya dan syuhada yg menubuhkan parti utk mendaulatkan Islam.Malahan penubuhan parti politik ini pun sebenarnya bukan datang dari Islam malahan ianya diasaskan oleh org kafir!


Lagipun, bukannya saya ni jahil sangat mengenai keadaan politik di negara ini. saya tahu bahawa pihak pemerintah pun banyak menyeleweng dari Islam! Umat Islam hanya akan bersatu dibawah kalimah Laailahaillalah dan tiada pertikaian pun mengenainya! Tapi saya agak ragu ragu dgn memperjuangkan Islam ini dgn menubuhkan parti! Mengapa tidak boleh kita perjuangkan Islam melalui cara dakwah spt pertubuhan tabligh tersebut?


Lagipun, saya dapati bahawa cara mereka berdakwah ialah dgn memantapkan iman dan amal. Saya berkata sedemikian kerana inilah baru kali pertama saya mengikuti tabligh selama 3 hari bertempat di Naza Plantations, Raub, Pahang. Sepanjang saya mengikuti tabligh tersebut, banyak perkara telah saya belajar. Tujuan tabligh inipun sebenarnya bukannya utk hanya berdakwah pada org, tapi utk mentarbiahkan diri sendiri, agar iman dan amal dapat dimantapkan. Saya dapat merasakan sendiri persaudaraan Islam dan Allah telah merahmati dan memberkati kami dgn memberikan pengertian sebenar tentang hakikat kehidupan!!


Dan apa yg menakjubkan hati saya ialah ada diantara jemaah tabligh ini ada yg sebelum ini tak pernah sembahyang dan tak FAHAM apa itu agama pun, Menangis kerana keinsafan dan mula faham akibat daripada usaha Ustaz yg memberikan syarahan, bayan dan majlis taalim mengenai Iman dan Amal!!


Dan saya pun berfikir semula tentang usaha Parti Pas khususnya.banyak yg berbicara mengenai kepentingan kembali pada Al Quran dan As sunnah. Memang betul, usaha itu perlu disokong, tapi, kebanyakan masy. kita hari ini tak paham kenapa kena kembali pada Al Quran dan Sunnah, Sebab apa ustaz, saya percaya kerana iman dan amal mereka sendiri AMAT RAPUH!! Salah satu perkara yg amat amat ditekankan semasa tabligh itu ialah SEMBAHYANG BERJEMAAH. Kita boleh lihat betapa kosongnya masjid dan surau hari ini!! Jadi tak hairanlah masy. kita terus berada dalam kelalaian!!


Saya percaya jika pihak PAS menekankan usaha iman dan amal ini dalam dakwah dan ceramah mereka, insyaallah masy. akan mula paham!


Jadi saya amatlah berharap pada ustaz utk menerangkan kepada saya mengenai persoalan diatas. Saya yg tak ada ijazah agama ni tak tau apa pun! Kalau boleh penjelasan itu jangan lah terlalu bias. Pegang pada kebenaran..


Jazakallahu khairan kathira.
Muhammad Syafiq


Jawapan Ustaz Ali Muda


Wa`alaikumussalam warahmatullah.
Alhamdulillah, sdr telah diberi taufik oleh Allah s.w.t. utk memahami Islam atau sebahagian drp Islam. Daripada seorg yg kurang faham apa peranan agama menjadi seorg yg merasakan kemanisan hidup beragama. Bersyukur juga kerana sdr telah terlibat dgn salah sebuah pergerakan yg cintakan Islam dan ingin melihat Islam didaulatkan di bumi Allah s.w.t. ini, w/pun dgn caranya yg tersendiri.


Persoalan sdr ini berfokus kpd cara utk menegakkan Islam, setelah sdr bersetuju bahawa pemerintah umat Islam hari ini tidak boleh diharapkan utk mendaulatkan Islam secara syumul. Persoalannya apakah boleh Islam diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik, yg menurut sdr, tidak pernah dilakukan oleh para nabi dan Nabi Muhammad s.a.w. Arab Saudi juga, menurut sdr, mengharamkan penubuhan parti politik kerana boleh memecahbelahkan umat.


InsyaAllah, saya akan menjawab persoalan sdr ini dgn cara akademik/ilmiah berdasarkan hujah tanpa bias kpd mana2 pihak, w/pun sdr sendiri telah menunjukkan kecenderungan sdr kpd satu pihak. Harapan saya, jika jawapan saya ini tidak menjurus kpd kecenderungan sdr, janganlah sdr anggap saya bias. Maka sukalah saya tegaskan bahawa saya juga tidak menganggotai mana2 parti politik kerana saya ingin bebas membuat penilaian berdasarkan ilmu yang saya belajar. Jika ilmu saya mengatakan 'itu', maka tiada siapa berhak menidakkan kebenarannya melainkan dgn hujah ilmu juga, bukan dgn sentimen, fanatik, prasangka dan sebagainya. Mungkin orang lain berpendapat berlainan berdasarkan ilmu juga, maka saya terima hal itu atas prinsip 'al-khilaf al-masyru`' (khilaf yg dibenarkan syarak), jika ia berada dlm lingkungan perkara cabang atau ranting (furu`), bukan pokok (Usul). Dan ILMU yg saya maksudkan ialah kefahaman yg mendalam terhadap sesuatu persoalan, dgn perantaraan alat2 yg disepakati utk menuju kpd kefahaman itu.


Jika persoalannya ialah berkaitan hukum atau pandangan Islam dlm sesuatu perkara, maka sudah pasti alat2 yg wajib utk menuju kpd kefahaman yg sebenar ialah kefahaman asas terhadap sumber Islam iaitu nas2 Al-Quran dan hadis (yg sahih) serta perbahasan ulama yg muktabar ttgnya. Oleh kerana nas2 Al Quran, hadis dan perbahasan ulama muktabar itu kebanyakannya dalam B. Arab, maka kefahaman mendalam dlm bahasa itu adalah satu keperluan yg wajib. Tidak cukup setakat itu, kefahaman yg mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah dgn Al Quran dan hadis (iaitu ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga suatu yg mesti dan wajib.


Berbalik kpd persoalan sdr, apakah masyru` (dibenarkan syarak) penubuhan parti politik utk menegakkan Islam?


Sdr beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah2:


(1) Di Arab Saudi tiada parti politik kerana menurut mereka parti politik boleh memecahbelahkan umat,


(2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada zaman dulu yg berjuang menegakkan Islam melalui parti politik,


(3) Parti politik berasal drp sistem kafir,


(4) Parti politik boleh digantikan dgn cara berdakwah kpd iman dan amal, spt yg dilakukan oleh Jamaah Tabligh.


Demikian hujah2 sdr. Tetapi saya ada hujah2 lain yg menunjukkan penubuhan parti politik Islam sebg suatu yg masyru` bahkan dituntut dlm zaman sekarang. Hujah2 saya spt berikut:


1) Tiada nas s/ada dlm Al Quran, hadis atau kata2 ulama terdahulu yg muktabar bahawa penubuhan parti politik itu dilarang syarak. Dlm syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yg berbunyi "Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua perkara di dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas2 yg melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau makruh, ataupun apabila datangnya nas2 yg menyuruhnya, maka ia pun bertukar menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan itu, dgn sokongan nas2 yg lain, yg difahami oleh ulama yg berkecimpung dlm bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul al-Fiqh), dgn sokongan ilmu yg luas ttg hadis Nabi s.a.w., yg merupakan praktis kpd seluruh hukum Islam yg wujud sebelum kemangkatan baginda.


Oleh kerana tiada nas yg melarang, maka penubuhan parti politik adalah harus. Itulah asal dan dasarnya.


2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yg berjuang utk mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar drp asal dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak wajib. Ini berdasarkan nas Al Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dlm perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong dlm perkara dosa dan permusuhan…" (Al-Maidah: 2). Jika parti Islam bertujuan utk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan haram, sedangkan ia bertepatan dgn kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada satu nas pun yg melarangnya.


3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kpd nas yg lain, kita dapati penubuhan parti politik dlm sebuah negara demokrasi spt Malaysia adalah dituntut oleh syarak. Ada nas yg bermaksud "Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yg berjuang di jalan-Nya dlm satu saf (barisan/front/ organisasi) seumpama sebuah bangunan yg berdiri teguh…" (Al-Saf: 4). Alangkah bodohnya umat yg ingin melihat Islam tertegak di muka bumi, tanpa membuat persediaan yg lebih baik drp kaum yg ingin merobohkan Islam atau yg berpura-pura cinta Islam (spt yg sdr sendiri faham), ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan yg setanding dgn musuh itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dgn mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yg tersusun dan sistematik drp para pejuang? Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat melainkan setelah banginda bekerja keras siang malam dgn tulang empat kerat.


Kalaulah musuh ada barisan/front/ organisasi yg memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah sistem ciptaan org kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yg berkuasa mencipta undang2 ke atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dll diduduki oleh puak yg benci kpd Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja (terlihat kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)? Realiti dan hakikatnya, sama ada rakyat suka atau tidak, org yg menduduki kerusi2 eksekutif itulah yg mencipta, menggubal, meminda atau membatal undang2 sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dlm pilihanraya 'demokrasi'. Bila mereka memiliki kuasa itu, persetankan sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka telah diberi mandat selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!! (W/pun mandat itu diperolehi secara penipuan spt undi pos yg menjadi taboo kpd pembangkang) . Bila mereka kata kita tak boleh laksanakan hukum jenayah dlm Al Quran (hudud), rakyat (termasuk org yg cintakan Al Quran dan Islam spt sdr) terpaksa terima. Bila mereka kata harga barang itu ini dinaikkan, semua rakyat terpaksa bayar w/pun perit. Bukanlah susah utk mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan harga barang itu dgn sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yg entah betul ke tidak. Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar perjanjian yg mereka sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebg kerajaan pusat.


Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pd hari ini, kenapa pejuang Islam perlu mengasingkan diri dan lari drp merebut peluang utk melaksanakan Islam melalui kuasa? Apakah Nabi s.a.w. mampu melaksanakan Islam tanpa kuasa yg diusahakan? Bukankah perpindahan dr Mekah ke Madinah (Hijrah) itu sebg satu strategi utk mempraktikkan Islam melalui kuasa politik/pemerintaha n di sebuah negara yg bebas dan berdaulat (w/pun bukan secara parti politik spt hari ini)? Secara logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa berhijrah mendapat sebuah negara yg berkuasa politik? Adakah Islam akan boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebuah negara dan isitem yg beas dan tersendiri? Bukankah baginda telah boleh berdakwah, beriman dan beramal di Mekah? Kalau dah boleh, kenapa sibuk2 mengajak para Sahabat r.a. berhijrah? Sedangkan beramal di Mekah itu mendapat pahala yg paling besar?


Jawapan kpd soalan2 di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi utk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dlm konteks M`sia dan kebanyakan negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.


Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal spt solat, zakat, haji, zikir atau baca Al Quran shj. Kalau itulah shj Islam, Nabi s.a.w. tak perlu berhijrah, sebab semua itu boleh dilakukan di Mekah, dgn pahala yg paling besar lagi. Itu semua amal individu, kalau tak ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat2 itu. Tetapi Islam lebih luas drp itu. Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yg tidak boleh dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau kuasa berdaulatkan Al Quran dan Sunnah, spt suruhan melaksanakan hudud (sistem kawalan jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total tanpa campuran riba, suruhan jihad memerangi musuh yg mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan segala yg diharamkan Allah s.w.t. (spt arak, judi dll) dan menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya (tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara yg bukan bertujuan jahat) dan yg paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat kpd sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana mereka bernegara dan kuasa sekular. Org bukan Islam, khususnya kuasa2 barat semakin memandang lekeh kpd Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular berkuasa kini. OIC? ...diketawakan saja!! Malaysia negara contoh?? …nampaknya lebih kpd syok sendiri!!


4) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka tak mungkin hanya dgn berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal ibadat individu (solat, zakat, haji, zikir, baca Al Quran dan seumpamanya) ; tak mungkin dgn cara itu saja negara Islam akan tertegak spt Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di Madinah al-Munawwarah. W/pun saya tak nafikan amalan2 itu juga adalah baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka pendek dan panjang, lebih dekat kpd sia2. Apakah amal sebegitu telah menepati kehendak Allah s.w.t. kita berjuang dlm satu saf/barisan/ front/organisasi seperti sebuah bangunan yg terpacak teguh tanpa goyah dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yg jelas atau yg spt musang berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yg syumul bawaan Nabi s.a.w., kita masih asyik berbalah ttg apakah boleh berparti politik.


Maka dlm konteks hari ini, berparti politik utk menegakkan Islam adalah lebih dekat kpd wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yg berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yg tidak akan sempurna perkara yg telah wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya). Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) s/ada dlm bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad, dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yg telah pasti berdasarkan nas2 yg telah sedia ada dlm Al Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak dpt dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yg memimpin. Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem Islam itu wajib hukumnya.


Dlm konteks hari ini, negara, kuasa dan sistem itu tak akan dapat dicapai melainkan dgn cara2 spt: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam w/pun demokrasi palsu), revolusi (spt Iran 1979), reformasi (spt Indonesia, Filipina). Dua cara terakhir itu boleh mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka hendaklah dielakkan selagi ada jalan yg lebih selamat, iaitu pilihanraya demokrasi.


Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti politik berdaftar, maka menjadi kewajipanlah kpd pejuang Islam utk mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yg khusus utk menegakkan Islam. Kalau tidak, tak boleh masuk pilihanraya. Kalau tak boleh masuk pilihanraya, tak mungkin akan dapat duduk di kerusi eksekutif itu. Kalau tak duduk, tak mungkin berkuasa dlm realiti negara hari ini!! …………Ada sesiapa lagi yg nak menidakkan realiti semasa secara membuta tuli???


5) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih, bertanggungjawab macam al-Khulafa' al-Rasyidin) , memang tak perlu kpd parti2 politik, sebab memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan kebertanggungjawaba n spt para khalifah yg dipuji oleh Al Quran dan mendapat didikan secara langsung drp Nabi s.a.w. itu? Tak ada!!… termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau dah macam khalifah, tak kan dia benarkan tanahnya digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebg pangkalan utk menyerang saudara Islamnya di Iraq. Sebaliknya, ketidakwujudan parti politik langsung spt di Saudi lebih membawa kemudaratan kpd umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa berani menegur.


6) Tidak semua perkara yg dicipta oleh org bukan Islam/kafir itu haram diguna pakai oleh umat Islam (spt sistem pilihanraya dan parti politik). Yg menjadi haram sesuatu perkara itu bukan sebab ianya dicipta oleh org bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas yg mengharamkannya.


7) Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat, maka kita pun tak boleh buat. Nabi s.a.w. tak buat jalan raya berturap, bangunan tinggi2, pejabat agama, masjid surau yg banyak, tabung haji, dsb.nya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas alasan baginda tak buat? Jadi kalau baginda tak buat parti politik yg sama sebijik macam hari ini pun, apa salahnya kita kreatif sikit dlm perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?


8) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik saja, mereka juga mendukung agenda dakwah, iman dan amal. Bahkan dakwah, iman dan amal yg lebih luas lagi drp yg tak berparti politik. Cuma kalau ada sikit2 kelemahan tu, memang manusia tak ada yg sempurna. Perbaikilah mana2 yg tak sempurna tu, setelah sedar dan tahu dasarnya betul dan tepat dgn kehendak Islam. Jgn kerana beberapa kelemahan itu, kita pun turut memusuhinya atau lebih sedih lagi kita pergi sokong parti jahiliyah pula. Ini yg parah nih!!


Kalau Jamaah Tabligh amat menitikberatkan pasal solat secara berjemaah di masjid (dan inilah yg sepatutnya), ajaklah ahli2 parti Islam berjemaah sama. Jgn kerana beberapa kerat yg tak berjemaah (atau yg tak solat pun ada), maka Tabligh terus hukum ahli parti Islam sebg tak beramal. Cuba Tabligh pergi dengar kuliah2 ilmu para pemimpin parti Islam itu, bukankah mereka berdakwah kpd iman dan amal juga?? Bila dah ramai sangat tu, biasalah ada yg nakal seorg dua. Itu perlu ditegur dan dinasihat, bukan dihukum jahat terus. Ahli Tabligh pun ada yg masih tak selayaknya. Kalau Tabligh kata mereka berusaha meningkatkan diri dlm jamaah, begitu juga ahli2 parti Islam. Oleh itu, bekerjasamalah. Jgn hentam menghentam atau undi parti sekular pulak. Daftarlah sebg pengundi yg sah dan berilah undi utk parti yg memperjuangkan Islam.


Sekian jawapan saya seikhlasnya, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.