25.6.09

Abu Ubaidah Kehilangan Giginya

Buat teman teman yang suka membaca kisah -kisah para sahabat r.a... ikutilah salah satu kisah yang bagi saya amat menyentuh hati..

Semasa peperangan Uhud, pada suatu ketika Rasulullah (s.a.w) telah diserang dengan hebatnya oleh pihak musuh di mana dua lengkaran di topi besi baginda dipukul dengan kerasnya lalu terlekat di kepala (atau muka) baginda. Abu Bakar dan Abu Ubaidah (r.a) telah berkejar untuk menolong baginda. Abu Ubaidah segera menarik lengkaran -lengkaran itu dengan gigi beliau. Semasa mengeluarkan lengkaran besi yang pertama itu salah satu daripada gigi beliau telah tercabut. Tanpa mengindahkan giginya itu, beliau sekali lagi menggunakan giginya untuk mengeluarkan lengkaran itu tetapi satu lagi giginya tercabut semasa usaha ini. Sebaik sahaja lengkaran itu dapat dikeluarkan darah mulai keluar dari tubuh Nabi (s.a.w). Malik bin Sanan (r.a) ayah kepada Abu Said Khudri (r.a) menjilat darah itu dengan bibir-bibirnya. Ketika itu Rasulullah (s.a.w) bersabda:

" Api Neraka tidak akan menyentuh orang yang mempunyai darah saya bercampur dengan darahnya "

Persoalannya....

Sejauh manakah kasih sayang kita kepada Rasulullah (s.a.w) ?

Layakkah kita untuk mendapatkan syafaatnya ?

23.6.09

Pendinding Diri

Pendinding diri bertujuan untuk mengelakkan diri dari gangguan makhluk halus, sihir orang dan santau. Di sini ada beberapa tip yang boleh dikongsi yang saya dapatkan dari seorang ustazah.

1. Amalkan memakan buah kurma ajwa (buah kurma nabi) sebanyak 7 biji setiap hari.

2. Amalkan berwudhu sebelum tidur.

3. Jangan meninggalkan solat.

4. Mengamalkan solat tahajud.

5. Amalkan membaca doa perlindungan sebelum masuk tandas.

6. Amalkan membaca Al Fatihah, Al Kursi, Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas sebelum tidur.

Diharap rakan rakan blogger dapat menambah beberapa tip lagi buat manfaat kita bersama.
Semoga kita senantiasa mendapat perlindungan dari yang Maha Melindungi.
InsyaAllah...