21.10.14

Berjalanlah dengan rendah hati..

Assalamualaikum..


Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad

Duhai diri..
Tetaplah rendah hati..
Begitu banyak orang sombong di luar sana. 
Tolong jangan jadi seperti mereka. 
Kita punya Tuhan, maka bersikaplah selayaknya manusia ber-Tuhan.
Kepintaran fikiran bisa jauh menembus tinggi di atas langit.
Bisa dalam menembus kedalaman bumi.
Tapi biarkan hati dan kakimu tetap pada pijakannya 
Agar kau selalu ingat dari mana asalmu.

"Berjalanlah dimuka bumi dengan rendah hati, dan apabila orang jahil menyapa, ucapkanlah kata-kata yang baik."  (Surah Al Furqaan: 63)

Nota diri:
Tetaplah rendah hati walau setinggi mana kedudukan kita  INGAT ^_^

La haula wala quwwata illa billah..


2.10.14

Istimewanya Hari Arafah

Assalamualaikum...


Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad

Keistimewaan hari Arafah

* Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu Qatadah r.a berkata, Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa hari  Arafah, kemudian baginda bersabda, "Puasa itu (puasa hari  Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”" (HR Muslim)

* Amalan terbaik yang disukai Allah SWT kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas r.a berkata bahawa Nabi SAW bersabda,
"Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah SWT selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah)."  Para sahabat bertanya: "Walaupun berjihad di jalan ALLAH?"
Rasulullah SAW bersabda:  "Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid)." (HR  Al Bukhari)

* Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.
Dari  Aisyah r.a berkata bahawa Rasululllah SAW bersabda,
"Tidak ada hari yang lebih ramai Allah SWT membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari  Arafah." (HR Muslim)

La haula wala quwwata illa billah..

p/s   selamat berpuasa hari Arafah...