2.10.14

Istimewanya Hari Arafah

Assalamualaikum...


Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad

Keistimewaan hari Arafah

* Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
Dari Abu Qatadah r.a berkata, Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa hari  Arafah, kemudian baginda bersabda, "Puasa itu (puasa hari  Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”" (HR Muslim)

* Amalan terbaik yang disukai Allah SWT kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas r.a berkata bahawa Nabi SAW bersabda,
"Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah SWT selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah)."  Para sahabat bertanya: "Walaupun berjihad di jalan ALLAH?"
Rasulullah SAW bersabda:  "Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid)." (HR  Al Bukhari)

* Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.
Dari  Aisyah r.a berkata bahawa Rasululllah SAW bersabda,
"Tidak ada hari yang lebih ramai Allah SWT membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari  Arafah." (HR Muslim)

La haula wala quwwata illa billah..

p/s   selamat berpuasa hari Arafah...

2 comments:

  1. Wa'alaikumusalam..

    Moga dirimu sentiasa dalam rahmat dan redha Allah SWT...aamiin

    Istimewanya Umat Rasulullah s.a.w. diberi ganjaran sebegitu besar, dan sebaiknya peluang yang ada harus kita raih dengan bersungguh-sungguh sebagai tanda kecintaan kita kepada Allah dan Rasul..

    ReplyDelete
  2. Sahabatku..

    Terima kasih atas doanya..moga dirimu juga sentiasa beroleh rahmat dan redha Allah SWT..aamiin

    Benar tu..sebaiknya laksanakanlah dengan penuh keikhlasan semata mata untuk mencari keredhaanNya..

    ReplyDelete