19.6.11

Zaman yang paling Rasulullah SAW takuti





Bismillahirrahmanirrahim...


Daripada Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah SAW bersabda :

"Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah".

Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi SAW menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai". (HR Ibnu Majah)



Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan di sanjung dan dibesar-besarkan.

Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.



18.6.11

Kasih akan Al Quran...

.



Bismillahirrahmanirrahim...


Al Quran itu seumpama kekasih. Mungkin itulah tamsilan mudah untuk menerangkan perkaitan Al Quran dalam kehidupan kita seharian.

Ternyata, apabila sesuatu itu menjadi kekasih hati kita, maka pelbagai cara kita menzahirkan rasa cinta yang begitu mendalam apa bentuk dan cara sekalipun. Dan sememangnya jika kita bercinta dengan sesuatu itu mengharap cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan!

Dari itu, marilah kita merenung sejauh mana hati kita benar-benar mencintai Al Quran kalam Allah Yang Maha Agung.



Kekasih Yang Terlalu Istimewa


Sekeping warkah daripada orang yang kita cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kali dibaca. Namun, hakikatnya akan timbul juga rasa jemu kelak. Tidakkah ia hanya sekadar bahasa yang tidak memiliki sebarang keistimewaan?

Berbanding Al Quran, biarpun kita membacanya berulangkali, tidak sedikit pun kita akan merasa jemu apatah lagi membencinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah (zikrullah). Ketahuilah dengan mengingati Allah itu , tenang tenteramlah hati manusia"
(Surah Ar Rad: 28)

Malah dijanjikan oleh Allah SWT sesiapa yang ikhlas mengharap keredhaan Allah. Dengan memperbanyakkan zikrullah (mengingati Allah) maka dia akan memperolehi ketenangan yang membahagiakan. Dan zikrullah yang paling afdal (terbaik) itu ialah membaca Al Quran.


Seterusnya Allah SWT juga menyatakan keistimewaan kekasih ini iaitu Allah SWT menurunkan dengan sebaik-baiknya perkataan.

FirmanNya:

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan pelbagai cara) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Allah mereka menjadi seram kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.
(Surah Az Zumar: 23)

Kitab suci itulah hidayah petunjuk Allah SWT. Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al Quran itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.



Kekasih Yang Perlu Dimuliakan


Al Quran juga merupakan kekasih yang perlu dimuliakan kerana sifatnya yang berkat dan banyak manfaatnya. Dengan itu Alah SWT telah menyeru kita agar mematuhi kandungan kekasih itu kerana dengan itu kita akan memperolehi keberkatan daripada-Nya,

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan ini sebuah kitab (Al Quran) yang Kami turunkan, yang ada berkatnya (banyak manfaatnya), oleh itu hendaklah kamu menurutnya dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat." (Surah Al An'am: 155)

Malah Allah swt juga menggariskan adab-adab bagaimana memuliakan kekasih kita ini. Antaranya ialah apabila kita mendengar bacaan Al Quran, maka kita perlu mendengar dan berdiam diri,

FirmanNya:

"Dan apabila Al Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat"
(Surah Al A'raf: 204)



Kekasih Yang Setia


Kesetiaan dalam percintaan adalah jaminan kebahagiaan hati. Begitulah juga seandainya kita menjalinkan cinta bersama Al Quran. Namun begitu, orang yang bercinta dengan Al Quran akan sentiasa mengukur kesetiaan dirinya terhadap Al Quran. Lalu apakah ukurannya?

Bukankah qiamullail itu adalah satu pengukur yang paling relevan? Ini kerana kesukaran untuk menunaikan ibadah pada malam hari dengan tidur yang sedikit itu menggambarkan pengorbanan.

Firman Allah SWT:

"Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Antaranya ada golongan yang telah (memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada Agama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh berbuat. Segala pekara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh" (Surah Ali Imran: 113-114)

Malah At Tabrani meriwayatkan daripada Sahl bin Sa'ad r.a Rasulullah SAW bersabda:

"Kemuliaan seorang mukmin ialah qiamullail (bangun pada waktu malam untuk beribadat)"

Baginda juga menceritakan tentang kelebihan dan ganjaran yang diperolehi seseorang yang berqiamullail dan membaca al-Quran.

"Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca sepuluh ayat, dia tidak tertulis daripada kalangan orang-orang yang lalai. Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seratus ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang beribadat. Sesiapa yang melakukan qiamullail dengan membaca seribu ayat akan ditulis daripada kalangan orang yang berlaku adil."
(Riwayat Abu Daud)



Kekasih Yang Perlu Dibelai Sentiasa


Kekasih yang perlukan belaian bermaksud kita perlu menjaganya dan sentiasa mendampinginya. Dari itu, Rasulullah SAW sering memberi amaran dan memerintahkan agar umatnya menjaga Al Quran dan tidak melupakannya.

Daripada Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:

"Dibentangkan kepadaku pahala umatku, sehingga pahala hasil perbuatan seseorang yang membuang kotoran daripada masjid. Dibentangkan juga kepadaku dosa-dosa umatku. Aku tidak dapati dosa yang lebih besar daripada satu surah atau satu ayat yang dikurniakan kepada seseorang kemudian dia melupakan". (Riwayat Abu Daud dan At Tirmizi)

Selain itu, kita membelai kekasih ini dengan sifat kita berlumba-lumba untuk membacanya pagi dan malam malah berasa iri hati dengan "kegilaan" orang lain membaca Kalamullah itu.

Dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Hasad (iri hati) itu tidak dibenarkan melainkan dua pekara, seseorang yang dirahmati Allah dengan bacaan Al Quran dan terus berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seorang lagi yang dilimpahkan dengan harta yang banyak oleh Allah dan dia membelanjakannya siang dan malam".

Hasad dan iri hati semestinya dilarang oleh Allah SWT. Bagaimanapun ulama mentafsirkan hasad di sini sebagai 'ghitbah' yang dimaksudkan sifat ingin berlumba-lumba. Sifat ini menggambarkan keinginan memperolehi sesuatu sama seperti orang itu dan berlumba-lumba untuk lebih terhadapan dalam beramal.

Semoga kita akan terus konsisten atau beramal secara berterusan untuk menjaga hubungan baik kita bersama Al Quran. Bukankah dia kekasih yang membahagiakan?



Keutamaan Membaca Al Quran

* Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.

* Pahala membaca Al Quran, 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali.

* Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.

* Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.

* Pahala membaca satu huruf al-Quran,
Dalam sembahyang - 100 kebajikan
Di luar sembahyang berwudhuk - 50 kebajikan
Tanpa wudhuk - 10 kebajikan

* Pembaca Al Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus menurut Ibnu Abbas.

* Untuk selamat daripada api neraka.

* Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.

* Di hari kiamat, Al Quran menjadi pembela.

* Pembaca akan memperolehi keamanan.

* Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.

* Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin.



Membacanya Adalah Ibadah..

Memahaminya Adalah Ubat..

Mengikutinya Adalah Petunjuk..

Menghayatinya Adalah Iman dan Taqwa..


.





15.6.11

Subhanallah...syahdunya





Syahdu kan suara adik ni ?

Sekarang kita lihat pula video dibawah ini...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Subhanallah...keistimewaan anugerah ALLAH SWT