11.1.10

Siapakah Kita Sebenarnya?

.

.
Siapakah kita, kita tidak hidup untuk bersendirian kerana Tuhan itu ada?
.

Siapakah kita, kadang kita membuat jalan sendiri sedangkan jalan terbaik telah tersedia?
.

Siapakah kita, kita hanya pandai mengeluh sedangkan nikmat Tuhan sentiasa ada?
.

Siapakah kita, kita selalu lupa padaNya sedangkan Dia tidak pernah lupa memberi denyutan pada nadi kita?
.

Siapakah kita yang mahu membanggakan diri dengan kemewahan sedangkan semuanya itu berasal dariNya?
.

Siapakah kita yang sering menyuarakan kekecewaan padaNya sedangkan saat kegembiraan sedikit pun tidak teringat padaNya?
.

Siapakah kita yang sering melanggar batas yang sudah ditetapkan, sedangkan Tuhan telah mencipta hukumNya dengan sempurna dan menjanjikan redha pada yang mahu mengikutiNya?
.

Siapakah kita mahu menentukan nasib ditangan sendiri sedangkan pancaindera pun kurnia yang diberikanNya?
.

Siapakah kita yang selalu membezakan miskin dan kaya, pandai dan bodoh, cantik dan buruk, sedangkan Tuhan memandang kita sama dan hanya iman juga ketaqwaan yang membezakannya?
.

Siapakah kita mahu membenci makhluk lain sedangkan kita juga makhluknya?
.

Siapakah kita mahu melawan takdir sedangkan kita belum tahu apa yang berlaku dihadapanNya?
.

Siapakah kita untuk diberi pujian sedangkan pujian kita untukNya pun masih belum mencukupi?
.

Siapakah kita untuk merasa sempurna sedangkan diri masih berdoa meminta padaNya?
.

Siapakah kita yang mahu hidup tanpaNya sedangkan Dia tidak pernah lari dari mendengar rintihan dan doa hambaNya?
.

Siapakah kita yang mahu berputus asa dari rahmatNya sedangkan kita terus diberi nafas agar segera bertaubat kepadaNya?
.

Siapakah kita mahu menganiayai orang lain dengan kejam sedangkan setiap perbuatan kita akan dihakimiNya?
.

Siapakah kita yang mahu meninggalkan sujud kepadaNya sedangkan dosa tidak pernah lari dari hambaNya?
.

Siapakah kita mahu meletak harapan pada manusia sedangkan harapan dari Allah s.w.t tidak pernah mengecewakan?
.

Siapakah kita untuk terus menuruti kehidupan nafsu dunia sedangkan Allah s.w.t menetapkan mati itu pasti dan akhirat akan menanti?
.

Siapakah kita untuk berbahagia di dunia tanpa mengenang dosa sedangkan Tuhan tidak pernah lupa?
.

Siapakah kita untuk terus berlagak biasa tanpa memikirkan dimana tahap iman kita?
.

Bukankah kita cuma hambaNya...yang tercipta dari tanah?
Tuhan kurniakan agama sebagai petunjuk jalan manusia
Namun manusia sentiasa menganggap remeh agamanya
Tuhan kurniakan akal untuk berfikir kekuasaannya
Namun manusia sentiasa lupa
Janji Allah pasti terlaksana!
Hukum Allah tetap berlaku!
Tatkala Allah berkata "Kun fa ya kun"
Maka bila jadi akan jadilah!
.


Kita cuma HAMBA ALLAH
Apabila maut datang tiba-tiba
Solat adalah tiang penyangga
Berukhwah mengingatkan kita
Syahadah membetulkannya
Zakat membersihkan kita
Keampunannya insyaAllah pada taubat nasuha
Kita memang lemah kerana Allah kekuatan kita
Lalu tanyakanlah dirimu
Siapakah kita di mataNya?


.

12 comments:

  1. salam.....Arianni,

    setiap kali saya memandang cermin, saya selalu bertanya, siapakh aku yg sebenarnya, pelik jugak, takkan lah tak mengenali diri sendiri kan..

    namun bila ditanya "siapakah kita di sisi Allah SWT banyak yg boleh kita huraikan..

    yg pasti kita ialah "Kita" ini sebenarnya adalah ruh... roh yang dihembuskan oleh Sang Maha Pencipta kala sejak di dalam kandungan bonda kita lagi.Roh yang kebingungan kala pertama kali harus berhadapan dengan dunia saat kita lahir k dunia, kala secara tiba-tiba harus berada dalam suatu perangkat yang dinamakan tubuh badan kita..

    sipakah kita yg sbenarnya? kita ialah hamba kpada Pencipta Kita, Allah SWT..

    ReplyDelete
  2. kenali diri kita dan kita akan dpt mngharunginya

    ReplyDelete
  3. W'salam anaklaut,

    Memang benar kita adalah hamba kpd Pencipta kita..apabila roh ditiupkan pd jasad yg lemah maka menjelmalah menjadi makhluk yg mulia..
    Kemuliaan ini menyebabkan para malaikat diperintahkan oleh Allah bersujud bg menghormati manusia.. sbg khalifah iaitu pemikul amanah di mukabumi..
    "(Ingatlah) semasa Tuhanmu menjelaskan kepada malaikat, "Sesungguhnya aku akan menciptakan manusia daripada tanah. Apabila aku sempurnakan kejadiannya dan aku tiupkan kepadanya roh(ciptaan)ku, hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya"
    (Surah Sad:71-72)

    ReplyDelete
  4. Salam Maiyah,

    Sabda Rasulullah s.a.w :
    "Siapa kenal diri, maka dia kenal Allah"
    Mengenali diri dgn mengenal keimanan kita, nafsu dan sifat2 hati kita..dpt meletak kita sbg hamba yg taat pd perintah Allah s.w.t

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Arianni...

    Tak terkata siapa kita di mata Allah kerana hanya Allah yg mengetahuinya... moga 2 kita sentiasa di mata Allah...menjadi hamba yg taat kepadanya... amin..

    ReplyDelete
  6. W'salam Atie,

    Betul tu Atie..hanya Allah yg lebih mengetahui segala-galanya..
    T/kasih atas doanya :))

    ReplyDelete
  7. Salam..
    Kita bukan apa2 tanpa kurnia dan izin-Nya.

    ReplyDelete
  8. W'salam Shaniza,

    Benar tu..kita tiada apa2..terlalu besar anugerah dan kurniaan Allah kpd manusia..
    Anugerah terbesar yg dimiliki manusia berbanding makhluk lain adalah akal..
    Apabila anugerah ini tidak digunakan sebaik mungkin hilanglah keunggulan kita..dan pada akhirnya kita seperti binatang..

    ReplyDelete
  9. Salam...:)

    Ketika kita cuma mencari kebahagiaan untuk meletakkan diri kita dalam keadaan selesa di muka bumi ALLAH ini....tanpa kesakitan, tanpa kesengsaraan, tanpa keluh kesah...tiba di satu peringkat, kesenangan kita direnggut dalam sekelip mata sahaja....
    maka...penilaian apakah kita terhadap yang ESA?

    Maaf lambat kali ini kerana baru kembali dari luar negara :)

    ReplyDelete
  10. Salam sis,

    Dahulu selalu bapa saya pesan;

    kenali dari mana asalmu, akan kau tahu haluan mana harus kau tuju.

    Nice post sis. I like.

    ReplyDelete
  11. W'salam Razak :)

    Hanya yg redha kpd ketentuan Allah s.w.t akan menerima dgn tabah apa yg ditakdirkan..
    Jiwa terus tenang dan tidak bersungut atau membangkang..krn dia tahu Allah berkuasa melakukan sesuatu menurut kehendaknya..
    Tiada siapa pun blh menentang atau membangkang kekuasaannya..

    Awak tidak lambat wahai sahabat..
    Sibuk yer..Selamat kembali :))

    ReplyDelete
  12. W'salam Iris,

    Memang benar..sekiranya kita tahu bhw kita hanya hamba kpd Pencipta kita..maka kita akan tunduk dan patuh kpdNya..
    Mematuhi jalan terbaik yg telah tersedia olehNya..

    T/kasih sudi singgah :)

    ReplyDelete