5.4.10

Yang Seharusnya Melekat Di Diri Kita

.
. .
Tulus
.
Tulus merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain merasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita. Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.
.
Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang merugikan diri sendiri.
.
.
Rendah diri
.
Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar dilakukan manusia . Hanya orang-orang yang berjiwa mantap mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.
.
Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap seperti ini memberi akibat terhadap dua situasi.
.
Pertama, membuat orang lain yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk merasa segan dengan kita.
.
Kedua, membuat orang lain yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa segan apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?
.
.
Setia
.
Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharapkan, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.
.
.
Berfikiran positif
.
Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk. Orang seperti ini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.
.
.
Selalu ceria
.
Bukankah semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.
.
.
Bertanggungjawab
.
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh. Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan. Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyedari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.
.
.
Percaya kepada diri sendiri
.
Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah swt, menghargai dirinya dan menghargai orang lain. Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.
.
.
Pemaaf
.
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi kesulitan dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.
.
.
Selalu menganggap semuanya mudah
.
Orang yang menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mau khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepala dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kemampuannya.
.
.
Empati
.
Empati adalah sifat yang sangat mengkagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan saja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain. Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.
.
.

8 comments:

  1. Salam sahabatku..:)

    Moga sahabat sentiasa sihat..

    Janganlah kita membangga diri dengan ilmu yang banyak dan tinggi sehingga meletakkan orang lain semuanya bodoh dan jahil.

    Janganlah kita bertakbur menimbulkan kerosakan di muka bumi ini, apabila ada segolongan manusia yang seagama menghulurkan tangan untuk bermaafan demi agama Islam yang murni.

    Kesombongan bukan sahaja merugikan manusia di dunia malah mengheretnya kepada kehinaan di akhirat, walaupun sombong itu hanya sebesar zarah.

    ReplyDelete
  2. sikap yg perlu ada.. akan tenteram hidup

    ReplyDelete
  3. ermm.. betultu ari. Berfikir positif.

    p/s- Bila kat tengah panas suka bayangkan berada di tepian pantai .. hirup udara pagi yang segar.. hehe

    ReplyDelete
  4. W'salam sahabatku :)

    Betul tu..sombong, bongkak dan membangga diri adalah sifat2 org yg takabbur dan membesarkan diri..

    Sesungguhnya Allah swt menutup hati org2 sebegini..

    Saya sihat disini...moga sahabat juga sihat2 disana.. :):)

    ReplyDelete
  5. Salam Maiyah,

    ...Dan juga sifat yg menjadikan seseorang itu cemerlang :)

    ReplyDelete
  6. Salam Rashid,

    Sentiasa programkan minda kita dgn gambaran, fikiran dan bisikan yg positif..utk meningkatkan potensi diri..

    p/s Suka jugak duk tepi pantai sambil makan keropok lekor... sungguh mendamaikan

    ReplyDelete
  7. salam..
    Adakah akak pun tergolong dlm golongan 'tulus' atau apa? (lihat entry terbaru akak)

    ReplyDelete
  8. W'salam Shaniza,

    Akak seorang yg tulus lagi ikhlas..bukan pembodek spt yg diperkatakan orang..:)

    ReplyDelete