9.4.10

...malang tak berbau

.
video
.
Setiap kejadian itu telah ditentukan sejak azali lagi
dan diketahuiNya sebelum masa berlakunya..
Justru itu kita perlu berpegang teguh
kepada ketentuan dan ketetapan Allah swt..
Bersyukur terhadap nikmat dan insaf
serta bersabar terhadap segala musibah..
Walaubagaimanapun, kita masih boleh berusaha
dan berdoa dengan limpah rahmatNya
Allah mampu mengubah takdir kita..
.

10 comments:

  1. Salam sahabatku..

    Musibah jangan dicari.

    Rasulullah pernah bersabda, "Tambatlah unta kamu terlebih dahulu dan kemudian barulah bertawakal kepada Allah". (riwayat Tarmizi)

    Baginda SAW mendidik kita supaya musibah jangan dicari. Malah Baginda menyuruh kita mencari jalan bagaimana hendak mengatasi musibah sebelum ia menimpa.

    Oleh itu menjadi kewajipan kepada kita semua untuk berikhtiar dan berusaha sedaya upaya mengelak dan menjauhkan diri daripada kemungkinan berlakunya musibah, malapetaka atau bencana yang boleh mengancam nyawa dan juga keselamatan harta benda.

    ReplyDelete
  2. Salam! dari pakcik,
    Dalam Surah AlHadid:22`Tiada suatu bencana yg menimpa dibumi dan pada diri mu sendiri melainkan telah tertulis dlm kitab (LauhulMahfudz) sebelum Kami menciptakannya` Mmg telah tertulis takdir (ketentuan) kita diakhirat nanti dimana sebahagian adalah berpetunjuk dan sebahagiannya telah hak keatas mereka dlm kesesatan (Surah AnNahli:36) Takdir yg telah ditentukan krn pemilihan kita semasa di dunia dimana diberi 2 pilihan (Surah AlBalad:10) iaitu jalan kesukuran dan jalan kekufuran (Surah AlInsaan:3). Oleh krn malang tidak berbau, kita tidak tahu penghujung hayat kita maka sepatutnya kita telah bersiap sedia dari skrg, kelak jgn kesal sampai tak kesudahan. Dgn adanya AlQuran, sebenarnya kita telah tahu ketentuan nasib kita diakhirat nanti melalui `ilmal yakin (AlQuran) bukan melalui ainul yakin (Surah AtTakathur:5-7). Jgn sampai kita sendiri mengiktirafkan dosa2 kita sebaik saja nampak neraka Sa`ir kerana ketika itu adalah Hari2 Allah bukan hari2 kita lagi utk berkuasa( Surah Ibrahim:5). Malangnya dah berbau... Wallahualam

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Setuju dengan Abd Razak..jika dah tahu bahaya menanti jgn cari nahas. Mcm remaja merempit dijalan juga la kan...

    ReplyDelete
  4. W'salam sahabatku :)

    Setuju dgn sahabat..musibah jgn dicari..maut jgn ditempah..

    Dan menjadi tanggungjawab kita utk menyempurnakan usaha dan ikhtiar itu..

    Seterusnya bersyukur apabila usaha yg dilakukan itu berjaya dan bersabar apabila gagal..

    ReplyDelete
  5. W'salam Pakcik Tajnur,

    T/kasih banyak2 atas perkongsian ayat2 Al Quran..sejujurnya saya amat menghargainya..

    Allah swt menganugerahkan nikmat akal yg perlu dimanfaatkan sebaik mungkin..Dengan akal kita dpt membezakan yg baik dan buruk.. menilai yg manfaat dan bahaya..

    Seharusnya manusia mempergunakan akalnya utk membuat pilihan itu..

    ReplyDelete
  6. Salam Maiyah,

    Sememangnya ngeri menengoknya..

    ReplyDelete
  7. W'salam Shaniza,

    Memang mencari nahas nampaknya..silap2 menempah maut.. Bahaya dah tak nampak bila kehendak dan kemahuan mengatasi segalanya..

    ReplyDelete
  8. Dah tahu merbahaya....tp nak cuba jugak....mmg sengaja mencari bala. Smoga Allah jauhkan kita dari segala gejala buruk dgn byk berdoa n muhasabah diri.....

    ReplyDelete
  9. Salam Ibuhani,

    T/kasih atas pesanannya..
    Sesungguhnya setiap yg baik itu datangnya dari Allah swt dan setiap yg buruk itu adalah dari kesilapan diri sendiri..

    ReplyDelete