13.5.14

mintalah kepada ALLAH...walaupun garam





Abu Al-Ghifari berkata, Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu mengenai apa yang disampaikan daripada Tuhannya, sesungguhnya Dia berkata, “ Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan diriku daripada berlaku zalim dan Aku haramkan kamu melakukan kezaliman. Oleh itu, janganlah kamu saling zalim-menzalimi antara satu sama lain.

Wahai hamba-hambaku, kamu cenderung melakukan kesesatan, kecuali orang yang Aku berikan petunjuk.
Mintalah petunjuk daripadaku supaya Aku tunjukkan jalan yang benar.

Wahai hamba-hambaku, kamu adalah orang yang lapar, kecuali orang yang Aku beri makan.
Mintalah makanan daripadaku supaya Aku beri kamu makanan.

Wahai hamba-hambaku, kamu adalah orang yang tidak berpakaian, kecuali orang yang Aku beri pakaian. Mintalah pakaian daripadaku supaya Aku berikan pakaian.

Wahai hamba-hambaku, kamu melakukan kesilapan siang dan malam, sedangkan  Aku mengampunkan dosa-dosamu.
Mintalah ampun daripadaku supaya Aku ampunkan dosa-dosa kamu.

Wahai hamba-hambaku, kamu tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepadaku mahupun kebaikan kepadaku.

Wahai hamba-hambaku, sekalipun daripada orang yang paling awal sehingga orang paling akhir, baik manusia mahupun jin, semuanya bertaqwa sebagaimana ketaqwaan orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu, hal itu tidak menambah walau sedikit pun kekuasaanku.

Wahai hamba-hambaku, sekalipun daripada orang yang paling awal sehingga paling akhir, baik manusia mahupun jin, semuanya berdiri di satu tanah lapang lalu semuanya  memohon kepadaku dan Aku pun menunaikan semua permintaan itu, hal itu tidak mengurangi sedikit pun apa yang ada di sisiku sebagaimana tidak berkurangnya air laut yang melekat pada jarum yang dimasukkan ke dalamnya.

Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya amal-amal kamu, Akulah yang menghitung untuk kamu dan Aku akan sempurnakannya untuk kamu. Oleh sebab itu, bagi sesiapa yang mendapat kebaikan, hendaklah dia memuji Allah. Sebaliknya, sesiapa yang mendapat selain daripada itu, jangan dia menyalahkan sesiapa melainkan dirinya sendiri.

Hadith Riwayat Nawawi


La haula wala quwwata illa billah..


4 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Moga sahabat sihat hendaknya dengan izin~Nya..

    Dalam apa jua perkara, tiada lain selain dari Allah kita mohon pertolongan...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusssalam..

    Moga sahabat sihat sejahtera juga dalam limpahan rahmat dan kasih sayangNya..

    Ya..mintalah kepada yang menjadikan langit dan bumi serta seisinya dan ambillah waktu untuk berdoa krn ia adalah sumber ketenangan.

    ReplyDelete
  3. Assalamualikum kak arianni
    semoga sentiasa dlm rahmat dan berkahNya...

    Remember Allah ... and Allah will remmber you.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Atie dear..

      Yes..remember Allah always :):):)

      Delete