6.1.12

Rasa Bertuhan





Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya
Lembut jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku dengan Tuhannya



Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar
Pendengaran, penglihatan dan pengetahuan-Nya



Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia tawadhuk
Merendah diri di bumi Tuhannya



Jika manusia rasa bertuhan hidup dihatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat



Aduh kalau tuhan sentiasa dihati
Perasaan bertuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayang-Nya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazab-Nya



Begitulah kalau seseorang hamba
Mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhannya
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia ditangannya