11.2.11

Ya Rasulullah Ya Habiballah...


~ Bismillahirrahmanirrahim ~


"Dan Allah telah menghantar kepada mereka rombongan burung-burung yang berpasukan yang melontar mereka dengan batu-batu dari jenis yang dibakar keras, lalu Allah menjadikan mereka hancur seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat" (Surah Al Fil: 3-5 )


Di mana akhirnya tentera Habsyah yang bergajah itu musnah dihujani oleh butiran batu tersebut. Sesungguhnya peristiwa ini adalah juga mukjizat sempena kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita sambut dan rayakan setiap kali mengingatinya dibulan Rabiul Awwal.


"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang sebaik-baiknya iaitu mereka yang menghendakkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat kelak serta sering menyebut dan mengingati Allah dengan sebaik-baiknya" (Surah Al-Ahzab: 21)


Di antara yang terpenting untuk menjadi perhatian kita sebagai umat Muhammad SAW dan manusia seluruhnya. Al-Quran menegaskan:


"Tidak kami utuskan kamu (Muhammad) melainkan membawa rahmat ke dunia seluruhnya" (Surah Al-Anbia: 107)


Sebagai umat dan kita yang ada sekarang telah dipusakakannya kepada kita dua perkara iaitu Al-Quran dan As-Sunnah untuk panduan kita meneruskan jihad selaku umat pilihan dan bertanggungjawab sebagaimana firman Allah SWT:


"Dan demikianlah Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil supaya kamu layak menjadi pemimpin umat manusia dan adalah Rasul itu menjadi saksi atas kebenaran tugas kamu"
(Surah Al Baqarah: 143)


Dalam menghadapi pergolakan yang semakin hangat dan mencabar hari ini sudahlah sampai masanya kita setiap umat Islam membuat analisa pengkajian dan perhitungan bahawa setakat mana dan sejauh manakah kita telah menunaikan tugas dan tanggungjawab kita sebagai umat pilihan dan umat yang paling baik?


Bagaimanakah kita hendak melaksanakan tugas sebagai pemimpin kiranya diri kita sendiri tidak boleh memberikan contoh dan tauladan kepada orang lain.


Jawapan kepada tanda tanya ini adalah disebabkan kesalahan kita sendiri. Kita tidak benar-benar memahami ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.


Kalau perjuangan Rasulullah dan para sahabat baginda adalah meletakkan kepentingan Islam di atas segala-galanya tetapi kita umat Islam di hari ini mungkin meletakkan kepentingan-kepentingan diri di atas kepentingan-kepentingan lain.


Oleh yang demikian sempena bulan Rabiul Awwal ini marilah kita kembali kepada ajaran Allah dan rasulnya dalam ertikata yang sebenar.


"Apa yang diberikan Rasul kepadamu terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggallah. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukumannya"
(Surah Al-Hasyr: 7)


Wallahualam..




video

6 comments:

  1. السلم عليكم ورحمة الله

    Sahabatku yang dihormati, moga sihat hendaknya..

    Alhamdulillah syukur kerana kita dipilih oleh Allah untuk jadi umat Rasulullah s.a.w.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam :)

    Sahabatku yang dikagumi, moga sihat juga hendaknya disana..

    Ya, bersyukur kita adalah sebaik-baik umat menurut Al Quran. Justeru itu, wajiblah bagi kita sebagai umat yang baik ini untuk terus berusaha sekuat tenaga mempertahankan kedudukan mulia yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ariani..

    pertama kali saya singgah di sini..moga ariani sihat selalu..

    syukur kita menjadi umat nabi junjungan mulia...
    YA HABIBI YA RASULULLAH..


    salam kenal ya..moga ukhuwah bertaut..

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Adinda Amy Sensei..

    Terima kasih sudi singgah sini :)
    Moga cik Amy sihat juga disana dan ukhumah yg dijalin akan berpanjangan..

    Ya,syukur alhamdulillah..mudah-mudahan kita dapat menzahirkan kecintaan kpd baginda Rasulullah SAW dalam kehidupan kita.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt
    Surah AlJUmaah:2هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬ Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah [As Sunnah]. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.
    Asalnya huruf2 dlm bahasa Arab, mmg tiada titik sehinggakan sehandal mana org skrg tidak mampu utk membaca AlQuran termasuk org Arab sendiri ttp org dahulu mampu. Lahirnya Rasulullah saw dikalangan Arab yg kesusasteraan yg sgt tinggi namun mrk faham apa yg diwahyukan adalah darii Allah SWT. Cuma mrk buta dari segi tauhid Uluhaiyyah, Rububiyyah dan AsmauwaSiffat mengenai Allah SWT. Keadaan Arab Jahiliyyah penuh dgn kesyirikan, mengubahsuai syarit Nabi Ibrahim a.s., penuh kezaliman dan dosa2, pemuka2 Quraisy mengubah undang2 mengikut keperluan sendiri dsbnya. manusia hidup dlm kegelapan dan jauh dari petunjuk Allah SWT. Surah AsSyura:52وَكَذَٲلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحً۬ا مِّنۡ أَمۡرِنَا‌ۚ مَا كُنتَ تَدۡرِى مَا ٱلۡكِتَـٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَـٰنُ وَلَـٰكِن جَعَلۡنَـٰهُ نُورً۬ا نَّہۡدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَا‌ۚ وَإِنَّكَ لَتَہۡدِىٓ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu [Al Qur’an] dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab [Al Qur’an] dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.
    Dengan kesungguhan Rasulullah saw menanamkan AlQuran dan menghidupkan ruh dlm dada2 org beriman sehingga menepati kehendak Allah SWT dan Ia redha kpd mrk. Tetapi liku2 perjuangan yg dilalui, tidaklah semudah dewasa ini sehingga digambarkan oleh Allah SWT bahawa Rasulullah SAW telah mengharungi pahit maung ketika menghadapi rintangan dan mehnah umat sezamannya. Apa yang dilalui oleh Rasulullah saw boleh dilalui oleh umat islam sekarang cuma dlm situasi berbeza. Surah AtTaubah:128لَقَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولٌ۬ مِّنۡ أَنفُسِڪُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡڪُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬ Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan [keimanan dan keselamatan] bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu’min. Wallahualam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam Tajnur..

    Alhamdulillah,syukran atas perkongsiaan ilmu yang bermanfaat :)

    Alangkah bertuahnya kita dikurniakan seorang Rasul yang amat mengasihi, menginginkan kebaikan dan keselamatan umatnya dan sentiasa berusaha memberi petunjuk agar mereka terselamat dari kesesatan dan kerosakaan.

    Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu.
    (HR Bukhari dan Muslim)

    ReplyDelete