4.2.10

Ketika Hati Sudah Menjadi Batu

.

.
~ Bismillahirrahmanirrahim ~
.
.
Abu Hurairah berkata,
"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tenteranya.
Jika raja itu baik, maka akan baik pulalah tenteranya.
Jika raja itu buruk, maka akan buruklah pula tenteranya"

.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali. Antaranya..

1. Malas melakukan ketaataan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat atau merasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah.

Allah s.w.t telah menyifatkan kaum munafikin dalam Surah At Taubah:54,

"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta mereka) melainkan dengan rasa enggan"

2. Tidak merasa menghayati dengan ayat Al Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca Al Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya.

Sedangkan Allah s.w.t memberi ingatan dalam Surah Al Qaf: 45,

"Maka beri peringatanlah dengan Al Quran orang yang takut dengan ancaman Ku"

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segalanya ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia saja.

Akhirnya jadilah ia seorang yang dengki, ego dan individualistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa padahal cukuplah kematian sebagai peringatan.

Firman Allah s.w.t dalam Surah At Taubah: 125,

"Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?"

.

Persoalannya sekarang, kenapa hati keras membatu?

Pertama adalah kerana tidak diberikan makanan dan santapan rohani yang sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan minum, begitulah hati. Jika tidak diubati ia bukan saja akan sakit malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia" (Surah Al Ra'd: 28)

Kedua adalah kerana tidak lagi berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata" (Surah Al Zumar: 22 )

.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 hal

Wajahmu dengan linangan airmata keinsafan

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu

Dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu

.

~ Wallahualam ~

23 comments:

  1. Salam! Dari Pakcik Tajnur.
    Kenapakah qalbu keras membatu? Dlm Surah AlHadid:16,`...maka telah berlalu masa yg panjang atas mrk sehingga keras qalbu(hati), kebanyakan mrk adalah org2 fasik` Apabila jarak masa diantara kita dgn Rasulullah saw telah jauh ditambah pula dgn runtuhnya kerajaan Islam Uthmaniah diTURKI pada 1925. Disinilah ujian2 dan fitnah kelalaian manusia meninggalkan AlQuran dan berpaling dari peringatan Allah spt dlm surah Thoha:124,`Brgsiapa berpaling dai peringatanKu (AlQuran), maka sesungguhnya bagi dia penghidupan yg sempit` Wallahualam

    ReplyDelete
  2. rugilah andai sudah tertutup rapat pintu hati.. apalagi dah mnjadi batu.. beerti tiada hidayah yg akan menyuluh

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Hati yg keras boleh dilembutkan dengan sentiasa berzikir mengingati Allah...

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Arianni

    semoga kita bukanlah dari kalangan manusia yg dah jadi batu hatinya.... semoga hati ini sentiasa mencintai akan Allah. SWT. yg maha pemurah dan mengasihani....

    ReplyDelete
  5. W'salam Pakcik Tajnur,

    T/kasih atas perkongsian ayat2 Al Quran..memang benar kehidupan manusia akan sengsara sekiranya berpaling dr peringatan Allah iaitu Al Quran..
    Sebab itu tidak heran sekarang ni macam2 ujian dan kesusahan yg berlaku..

    ReplyDelete
  6. Salam Maiyah,

    Ketika hati sudah menjadi batu..ia tidak akan merasa hiba lagi bila disebut soal mati dan tidak gentar mendengar janji2 balasan dr Allah dan ancamanNya mengenai akhirat..

    ReplyDelete
  7. W'salam Shaniza,

    Betul tu..dgn zikrullah hati yg keras menjadi lembut..hati yg mati menjadi hidup..
    Dan zikir adalah menyebabkan Allah s.w.t ingat kepada seseorang yg ingat kepadaNya spt disebutkan dlm Al Quran
    "Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepadamu"

    ReplyDelete
  8. W'salam Atie,

    Sperti kata Saidina Ali..sebaik-baik hati ialah yg bersih, tegas dan lunak..
    Maksudnya bersih dlm keyakinan, tegas dlm urusan agama dan lunak dlm pergaulan dgn kaum muslimin..

    ReplyDelete
  9. sumber pemakanan yg syubhat juga akan menggelapkn hati....sbb tu kena berhati2...

    ReplyDelete
  10. salam..:)
    Sesungguhnya sekeping hati yg ada ini bagaikn raja..andai baik maka baiklh segalanya...
    Moga Allah sentiasa melimpahi rasa takut padaNya di hati ini...dan tidak menyimpang jauh drNya..

    ReplyDelete
  11. Salam..:)

    Bila hati kita itu menjadi keras macam batu perhatikan dosa kecil yang berterusan dilakukan, maka semua amalan tidak akan terkesan di hati. OLeh itu sucikan hati itu dgn berzikir kepadaNYA serta kikiskan segala dosa kecil yg sering kita lakukan.

    ReplyDelete
  12. Salam Ibuhani,

    Berkata Imam Ghazali..Perut yang kenyang dari yang halal adalah punca segala kecelakaan. Apatah lagi jika dikenyangkan perut itu dengan yang haram..
    Jadi perut yg diisi dgn yg haram dan syubhat akan menimbulkan bencana dan bahaya..

    ReplyDelete
  13. W'salam Pn Kartini :)

    Hati adalah amanah yg wajib dijaga..sekiranya berlaku kerosakan pd hati..kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia..
    Maka lahirlah penyakit2 hati..

    ReplyDelete
  14. W'salam Razak :)

    Bila hati sudah menjadi keras.. kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dpt dirasakan..
    Ia menjadi penghalang kpd nur iman dan ilmu..

    ReplyDelete
  15. salam

    Moga hati sentiasa mengingatinya.

    Ari, teringat kelmarin, ada ustaz bercerita, bagaimana ia tiba-tiba terlelap ketika memandu. Tapi oleh kerana hatinya sentiasa berzikir.. so masa nak bertembung ngan kereta di depan ia terus tersedar..

    Subhanallah..

    ReplyDelete
  16. W'salam Rashid,

    Zikir membawa kita kpd penyerahan diri sebulat-bulatnya kpd Allah..
    Jadi dlm apa jua keadaan hanya Allah s.w.t menjadi pelindung kita..

    ReplyDelete
  17. mudah2an hati kita sentiasa kepada Allah ...sentiasa mengamalkan membaca ayat2 suci AlQuraan dan menghayati kandungan AlQuraan insyallah hati tidak akan sekeras batu

    ReplyDelete
  18. Salam! Dari Pakcik Tajnur,
    Sekeras2 batu pun akhirnya hancur dan keluar air mengalir kerana takutkan Allah!
    Surah AlBaqarah:74,`Kemudian sesudah itu hatimu keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. padahal dicelah2 batu2 itu ada yg mengali sungai2 drpdnya dan diantaranya ada yg terbelah lalu keluar airmata air dan ada yg meluncur jatuh, kerana takut pada Allah... Wallhualam.

    ReplyDelete
  19. Salam Idalara,

    Betul tu kak Ida..selalu amalkan doa dari Surah Al Imran:8..
    Semoga hati kita sentiasa di jalan yg lurus lagi benar..

    ReplyDelete
  20. W'salam Pakcik Tajnur,

    T/kasih sekali lagi atas perkongsian ayat Al Quran..
    Batu yg keras pun blh terbelah krn takutkan Allah..apakah hati manusia lebih keras drp batu hingga tidak blh menerima petunjuk dan hidayah drp Allah s.w.t..

    ReplyDelete
  21. Salam kak,

    Terima kasih kak.

    Teringat 1 lagu, batu yang keras air yang lembut...dua kejadian amat berbeza...hati diumpamakan sekeras batu...zikir seumpama air mengalir.

    ReplyDelete
  22. W'salam Iris,

    Menurut sepotong hadith bahawa tanda mencintai Allah ialah mencintai zikirNya dan tanda membenci Allah ialah membenci zikirNya..
    Maka berzikirlah dgn penuh keikhlasan..

    ReplyDelete
  23. Saya adalah salah satunya..kawan saya selalu kata saya ni hati batu..tapi saya selalu mengalah dengan orang..buat baik ngan orang..senyum depan orang..tp saya ego,saya x suka minta maaf orang,saya x suka memujuk orang,saya rasa semuanya yang saya lakukan betul dan bukan salah saya..saya tak ada rasa sayang kat sesapa..kalau sayang pun sekejap je rasa lepastu hilang..saya x de rasa rindu kat sesapa..saya rasa hidup saya ni cukup untuk saya berseorangan pun tak pe..saya x tahu nak ckp apa dh..ni luahan dan saya x tahulah saya nak atasi macam mna lagi..

    ReplyDelete