29.7.10

Jagalah...

.
.
.
Nasihat ahli hikmah...
.
.
Jagalah olehmu lapan kalimat, nescaya Allah swt akan menjagamu:
.
.
Pertama
Bila engkau sedang solat,
jagalah hatimu..
.
.
Kedua
Bila engkau sedang berada di rumah orang lain,
jagalah matamu..
.
.
Ketiga
Jika engkau berada di tengah umat manusia,
jagalah lidahmu..

Keempat
Jika engkau berada di meja perjamuan,
jagalah perutmu..
.
.
Kelima & Keenam
Ingatlah akan dua hal iaitu mengingati Allah swt
dan mengingati kematian..
.
.
Ketujuh & Kelapan
Lupakan dua hal iaitu melupakan kebaikanmu
kepada orang lain
dan melupakan
keburukan orang lain kepadamu..

.
.
.
Semoga bermanfaat dan membawa keberkatan bagi
melangkah kehidupan yang masih tersisa ini.

.
.
Semoga Allah swt sentiasa memberi taufik dan hidayahNya
dalam mengamalkannya..
InsyaAllah


6 comments:

  1. Salam sahabatku..:)

    Moga sahabat sihat di sana..

    Kosongkanlah hatimu dari kotoran-kotoran hati nescaya Dia akan mengisinya dengan ma'rifah dan rahsia-rahsia..

    Syukran sahabat..:)

    ReplyDelete
  2. Salam sahabatku :)

    Ya sahabat..hati perlu disucikan dr kotoran2 dan bintik2 hitam agar nampak kebenarannya..krn disitulah tempat kurniaan taufik dan hidayahNya..

    Afwan sahabatku :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt
    Menyebut pesanan pertama ttg solat, firman Allah Taala Surah AlBaqarah:238 ـٰفِظُواْ عَلَى ٱلصَّلَوَٲتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ وَقُومُواْ لِلَّهِ قَـٰنِتِينَ Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.
    Kesungguhan utk mendirikan solat, bukanlah satu perkara yg mudah krn ia melibatkan pentarbiyahan fizikal, mental dan hati.

    ReplyDelete
  4. smoga kita semua dipelihara hatinya dr berkata n melihat laranganNYA.....smoga kita semua dlm perlindungan Allah SWT.....selamat berpuasa Arianni.... :)

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam Pakcik Tajnur..

    Ya benar..sebaiknya berusahalah memelihara solat dgn menghadirkan hati sepenuhnya tulus ikhlas krn disitulah tempat yg diperhatikan Allah swt terhadap setiap hambaNya..

    ReplyDelete
  6. Salam kak..

    Terima kasih atas doa yg ikhlas dari hati..Amin

    Selamat berpuasa juga buat akak dan anak2..jaga diri :):)

    ReplyDelete