16.7.10

...disitulah jatuhnya pandangan ILLAHI

.

.
~ Bismillahirrahmanirrahim ~
.
.
Sabda Rasulullah saw:
"Sesungguhnya Allah tiada melihat kepada rupa kamu dan amalan kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan niat kamu"
.
.
Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.
.
.
Sabda Rasulullah saw:
"Perhatikan! Sesungguhnya di dalam badan seseorang ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh anggota badan dan apabila ia rosak maka akan rosaklah sekalian anggota badan. Ketahuilah, itulah yang dikatakan hati"
(HR Bukhari dan Muslim)
.
.
Justeru manusia melalui pertimbangan akalnya harus berusaha menjuruskan hatinya kearah kebaikan, sebab hati jika tidak dikawal akan menjadi lebih keras daripada batu. Al Quran mengambarkan bahawa hati yang keras dan busuk hati itu merujuk kepada hati bangsa Yahudi.
.
.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah:74,
"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi...
.
.
Hati dibaratkan oleh Rasulullah saw sebagai raja kepada pancaindera iaitu sebagai pemerintah kepada akal dan kehendak. Sebab itu hati penyebab manusia itu menjadi baik atau buruk.
.
.
Hendaklah hati itu menjaga pemikiran akal dan tuntutan kehendak supaya tidak melampaui batas agama Islam untuk menjadikan manusia itu berakal. Jika manusia tidak menggunakan akal dengan sebaik-baiknya, manusia itu selayaknya berstatus haiwan malah lebih rendah dari binatang.
.
.
Firman Allah dalam Surah Al A'raf:179,
"Dan sesungguhnya Kami jadikan neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya bagi memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan bagi melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan bagi mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
.
.
Melalui hati manusia diuji samada menjadi baik atau jahat.
.
"....itulah orang-orang yang diuji hati mereka oleh Allah untuk bertaqwa"
(Surah Al Hujurat :3)
.
"Demikianlah Allah mengunci mati hati orang-orang yang tidak (mahu) memahami"
(Surah Ar Rum :59)
.
.
Sekeras-keras batu lama kelamaan akan berubah bentuk dengan cuma titisan air tetapi bagaimana dengan...
.
.
1- Kekejaman manusia membunuh sesama manusia tanpa belas kasihan dengan menggunakan senjata-senjata yang canggih untuk melawan mereka yang bersenjatakan ketulan batu-batu kecil. Betapa keras dan busuknya hati manusia ini.
.
2- Manusia yang terus melakukan kerja mungkar atau kejahatan hingga ke akhir hayat. Betapa kerasnya hati mereka ini.
.
3- Manusia dari berumur 12 tahun faham bahawa solat itu wajib dan mendengar azan hingga berusia 50 an masih belum menentu ketekunan mendirikan solat.
.
4- Sikap manusia yang tidak mahu memaafkan kerana keras hati.
.
.
Allah swt berfirman menceritakan tentang Nabi Ibrahim a.s :
"Dan janganlah Engkau menghinakan aku pada hari kebangkitan. Iaitu hari yang tiada berguna hartabenda dan anak-anak. Melainkan orang yang mendatangi Allah dengan hati yang bersih"
(Surah As Syu'araak :87-89)
.
.
Pengubat Hati
.
.
Walaupun penawarnya pahit namun semua itu perlu ditempuh jua. Apakah ubat hati?
.
.
1- Hadiri majlis ilmu iaitu ilmu yg memberi manfaat
.
Ilmu adalah cahaya hati. Majlis ilmu adalah ‘taman syurga’ di dunia. Walaupun berat kaki melangkah, gagahilah juga sepertimana pesakit yang terpaksa menelan ubat yang pahit. Terangi hati yang gelap dengan cahaya ilmu.
.
.
2- Amalkan ilmu dan dirikan solat
.
Ilmu adalah imam, amal adalah makmumnya. Mulalah mengamalkan latihan-latihan asas dan teras untuk merawat hati. Ubat hati ialah zikrullah – ingat Allah. Dan cara mengingati Allah yang paling utama ialah mendirikan solat. Solat juga dikatakan berasal dari ‘silah’ (penghubung) antara hamba dengan Tuhan.
.
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Sedangkan merebut cinta makhluk pun susah, apalagi mencari cinta Allah. Tentulah lebih susah. Tidak ada jalan mudah, itulah jalannya… jalan mujahadah.
.
.
3- Berpantang
.
Seperti sakit fizikal yang perlu pada pantang larangnya, begitu jugalah ‘sakit hati’ ada juga pantang larangnya. Dalam usaha penyembuhan ‘sakit hati’ elakkan perkara-perkara yang boleh menyuburkan hawa nafsu.
.
.
4- Cari perkumpulan yang baik
.
Perkumpulan yang mengaturkan program-program yang baik dan Islamik. Ini adalah sebagai alternatif kepada program yang negatif.
.
.
Hati-hati menjaga hati...
Disitulah jatuhnya pandangan ILLAHI...
.
.
.
p/s...ungkapan yang sungguh bermakna...

4 comments:

  1. Salam sahabatku..:)

    Moga sihat hendaknya..

    Hati adalah sumber akhlak, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, dan tentu saja tempat iman dan taqwa. Dalam meraih sukses, maka langkah pertamanya ialah memperbaiki hati.

    Memang tidak mudah menjaga keteguhan hati. Dan, salah satu cara untuk menjaganya ialah dengan memohon kepada Pemilik hati kita.

    ReplyDelete
  2. Salam sahabatku :)

    Memang benar..memohonlah pada Pemilik mutlak hati kita ini supaya diberikan keteguhan, kejernihan dan kebersihan hati..

    Hanya pada hati yang bersih, iman dapat kekal didalamnya..

    T/kasih atas doanya..syukurlah diberikan kesihatan yg baik..harap sahabat pun begitu juga..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt
    Berdasarkan ayat AlQuran dlm Surah AlA`raaf:179 لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ Dan bagi mrk (manusia) yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya ....
    Sebab itu, kefahaman seseorg itu beriman atau tidak bergantung kpd hati. Hatilah yg menentukan samada beriman atau kufur. Namunbegitu, Allah SWT bersifat Maha Pemurah memberi kpd manusia 2 pilihan hidup semasa didunia dan tidak ada dakwaan lagi semasa diakhirat nanti berdasarkan Surah AlBalad:10 وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. Dan Surah AlInsaan::3 إِنَّا هَدَيۡنَـٰهُ ٱلسَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرً۬ا وَإِمَّا كَفُورًا Sesungguhnya Kami telah menunjukkinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.
    Perlu seseorang itu tahu bahawa Allah SWT tidak kurniakan dlm manusia ada 2 jenis hati dgn iman dan kufur pd satu ruang jasad. Surah AlAhzaab:3 ) مَّا جَعَلَ ٱللَّهُ لِرَجُلٍ۬ مِّن قَلۡبَيۡنِ فِى جَوۡفِهِ Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya;
    Ada pun bagi mrk melakukan maksiat (bukan kufur aqidah)dan menzalimkan dirinya, maka ruang keampunan masih terbuka. Nak cerita pun pjg sgt, InsyaaLlah ada ruang dan masa, kita boleh bermuzakarah. Wallahualam

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam..

    Terima kasih atas perkongsian ayat2 Al Quran dan pandangan..saya benar2 menghargainya..

    Betul tu..ruang keampunan masih terbuka krn Allah swt tidak akan menutup pintu keampunanNya..

    Kunci pintu itu adalah harapan.. Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan utk melawan bisikan syaitan dan hawa nafsu..

    Pesan Imam Ghazali:
    “Carilah hatimu di tiga tempat iaitu hatimu ketika mendirikan solat, hatimu ketika membaca Al Quran dan hatimu ketika mengingati mati. Tetapi jika tak ditemui hatimu di tiga tempat ini maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

    Tidak ada jalan lain kecuali mujahadah..

    ReplyDelete