12.7.10

Mengapa manusia menentang Allah swt?



~ Bismillahirrahmanirrahim ~

" Sesungguhnya tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah (beribadat) kepadaKu "
(Surah Az Zariyat : 56)


Hakikatnya, manusia diciptakan oleh Allah swt adalah untuk beribadat, untuk mengabdikan diri kepada Allah, dengan kata lain untuk tunduk dan patuh pada perintah Allah swt.

Mari kita menyingkap pandangan ulama berhubung faktor yang menyebabkan penentangan manusia terhadap Allah swt
selaku Pencipta mereka.


1- Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.

2- Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun iman yang enam.

3- Jahil mengenai Allah, suruhan dan laranganNya, pahala dan dosa serta Syurga dan Neraka.

4- Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.

5- Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah swt.


6- Berputus asa dari rahmat Allah (kasih sayangNya).

7- Tidak mempercayai qadha' dan qadar Allah malah mempertikainya.


8- Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya.

9- Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia).

10- Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam.


11- Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak.


12- Terlibat dalam perkara-perkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah swt.


13- Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya.


14- Suka bergaul (bercampur) dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang soleh.


15- Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka.

16- Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep sebenar seperti melabelkan orang Islam yang berjanggut dengan pengganas dan lain-lain.


17- Bergelumang dengan ada-adat yang menyalahi hukum Syariat Islam.


18- Meninggalkan tugas utama Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar.



Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah
Tuhan Semesta Alam

9 comments:

  1. Salam sahabatku..:)

    Moga sihat hendaknya..
    Terima kasih isian rohani..

    Permasalahannya terletak sejauh mana kita memahami suatu perintah dan kemampuan kita hendak menjalankan perintah itu. Kerana pemahaman tak menjamin kita melaksanakan, ilmu pengetahuan tak menjamin kita taat, namun tanpa ilmu pengetahuan kita lebih dekat kepada keingkaran, ilmu pengetahuan dan pemahaman adalah sarana ke arah ketaatan

    ReplyDelete
  2. Salam sahabatku :)

    Setuju dgn pendapat sahabat..ilmu tanpa pengamalan dan pemahaman tanpa penghayatan tidak akan mendekatkan kita kpd Allah swt..

    Selagi manusia ingat akan Allah sbg hambaNya maka selagi itulah manusia akan membawa Allah dlm setiap kehidupannya dan melaksanakan perintahNya..

    Alhamdulillah saya sihat harap sahabat pun sihat juga..
    T/kasih atas pandangannya..

    ReplyDelete
  3. salam

    ermm.. manusia dah mula hilang arah .. kecamuk dan asyik dengan kenikmatan dunia.

    ReplyDelete
  4. Salam Rashid..

    Antara perkara besar yg membinasakan manusia ialah mencintai dunia, mengejarinya dan sentiasa cenderung hatinya kpd dunia..

    Sabda Rasulullah saw:
    "Mencintai dunia itu adalah punca segala kecelakaan"

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt
    Saya lebih suka memulakan tajuk entri dgn membicarakan tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah krn disitulah bermulanya penentangan terhadap Allah SWT. Tauhid Uluhiyyah mmg ada pada semua manusia. Surah ALAnKabut:61 وَلَٮِٕن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَسَخَّرَ ٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُ‌ۖ فَأَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah
    Biarpun mrk menafikannya tetapi diakhir kalamnya tetap mengakui keEsaan Allah SWT spt b/mana Firaun sendiri yg tersgt zalim dan bongkak mengakui keEsaan Allah (Surah Yunus:90 وَجَـٰوَزۡنَا بِبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱلۡبَحۡرَ فَأَتۡبَعَهُمۡ فِرۡعَوۡنُ وَجُنُودُهُ ۥ بَغۡيً۬ا وَعَدۡوًا‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَدۡرَڪَهُ ٱلۡغَرَقُ قَالَ ءَامَنتُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱلَّذِىٓ ءَامَنَتۡ بِهِۦ بَنُوٓاْ إِسۡرَٲٓءِيلَ وَأَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ Begitu juga apabila seseorg itu didatangi bala dan musibah maka ia akan betaqarrub beriman kpd Allah SWT (Surah AlIsra`:67 وَإِذَا مَسَّكُمُ ٱلضُّرُّ فِى ٱلۡبَحۡرِ ضَلَّ مَن تَدۡعُونَ إِلَّآ إِيَّاهُ‌ۖ فَلَمَّا نَجَّٮٰكُمۡ إِلَى ٱلۡبَرِّ أَعۡرَضۡتُمۡ‌ۚ وَكَانَ ٱلۡإِنسَـٰنُ كَفُورًا Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).
    Apa yg jadi masalah skrg,mrk kufur kpd tauhid Rububiyyah (Tuhan yg mengaturkan hidup makhluk dan manusia) dimana manusia suka mengambil petunjuk selain dari Allah SWT dan lari dari peringatan Allah SWT. Mrk ambil juga Allah tetap dgn gandingan2 perkara2 lain spt fahaman (ism2), falsafah2 dan sistem2 sendiri. Surah Ibrahim:30 وَجَعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادً۬ا لِّيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۗ قُلۡ تَمَتَّعُواْ فَإِنَّ مَصِيرَڪُمۡ إِلَى ٱلنَّارِ Dan mereka mengadakan gandingan2 bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah (wahai Muhammad): Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke Neraka
    Begitu juga terjadinya bagi org Yahudi dan Nasaro, mrk telah mengambil ulama dan pendita2 (rahib2) mrk sebagai tuhan2 selain dari Allah dari segi mengubah hukum halal dan haram, yakni rububiyyah!Wallahualam

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam Pakcik..

    Terima kasih atas penjelasannya.. tetapi yg menjadi persoalannya.. Bagaimana manusia boleh menentang Allah swt sedangkan...

    * Allah swt yg menciptakan mereka dan mengurniakan segala keperluan kehidupan

    * Allah swt yg mematikan mereka yg mana manusia tidak boleh menolaknya

    * Manusia percaya bhw mereka akan dikembalikan kpd Allah swt dlm keadaan tidak mengetahui nasib mereka samada baik ataupu buruk, ke syurga atau ke neraka samada mereka diterima atau ditolak oleh Allah swt dengan kemurkaanNya

    Firman Allah:
    "Adakah kamu menyangka bahawa Kami jadikan kamu main-main dan kamu menyangka bahawa kamu tidak akan dikembaikan kepada Aku?"
    (Surah Al Mukminun:115)

    Kalau sudah tahu ada syurga dan neraka mengapa menentang, melawan, menderhaka, menghina hukum serta menolak ajaran Allah swt.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt
    Jazakillah, Arianni. Saya hanya baru menceritakan mengenai sifat manusia yg suka membantah perintah Allah swt spt dlm Surah Alkahfi:54 وَكَانَ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَڪۡثَرَ شَىۡءٍ۬ جَدَلاً۬ Dan adalah sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
    Mrk kufur sifatTauhid Rububiyyah krn mengikuti syaitan yg sgt jahat( Surah AlHajj:3 وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُجَـٰدِلُ فِى ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬ وَيَتَّبِعُ ڪُلَّ شَيۡطَـٰنٍ۬ مَّرِيدٍ۬ Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan dia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam..

    Tak tahu pulak saya ada cerita susulan rupanya :)
    Apa2 pun jazakallah pakcik Tajnur atas perkongsiannya..

    Semoga kita menjadi manusia yg sentiasa mengabdikan diri kpd Allah swt..InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. Assaamualaikum..ilmu yang baik..izinkan ana share di FB dan Blog ana ya..May ALLAH BLESS US

    ReplyDelete