23.1.10

Wasiat Rasulullah s.a.w

.
.
~ Bismillahirrahmanirrahim ~
.
.
Rasulullah s.a.w bersabda:
.
"Ada enam perkara baik tetapi enam perkara lainnya lebih baik daripadanya.
.
Keadilan itu baik,
tetapi keadilan yang dijalankan oleh seorang pemimpin itu lebih baik.
.
Sabar itu baik,
tetapi sabar yang dilakukan oleh orang fakir itu lebih baik.
.
Wara' itu baik,
tetapi wara' yang dilakukan oleh seorang ulama itu lebih baik.
.
Sifat dermawan itu baik,
tetapi kedermawanan yang dilakukan oleh orang kaya itu lebih baik.
.
Taubat itu baik,
tetapi taubat yang dilakukan oleh seorang pemuda itu lebih baik.
.
Malu itu baik,
tetapi malu yang disandang oleh seorang wanita itu lebih baik.
.
.
Seorang pemimpin yang tidak adil seperti awan tanpa hujan.
Orang fakir yang tidak sabar seperti lampu yang tidak ada sinarnya.
Seorang ulama yang tidak memiliki sifat wara' seperti pohon
yang tidak ada buahnya.
Orang kaya yang tidak dermawan seperti tanah yang gersang.
Pemuda yang tidak mahu bertaubat seperti sungai yang tidak ada airnya.
Dan wanita yang tidak mempunyai sifat malu seperti masakan
yang tidak ada garamnya."
.
.
Rasulullah s.a.w bersabda:
.
"Allah menciptakan malaikat di bawah 'Arasy'. Malaikat tersebut bertasbih dalam seluruh bahasa. Apabila pada malam Jumaat, Allah memerintahkannya
untuk turun dari langit ke bumi dan melihat penduduk bumi sambil berkata:
.
Wahai anak-anak yang berumur dua puluh tahun,
janganlah kalian terpedaya oleh tipuan dunia.
.
Wahai orang yang berumur tiga puluh tahun,
carilah rezeki Allah dan pergunakanlah akalmu.
.
Wahai orang yang berumur empat puluh tahun,
berbuatlah baik dan berusahalah bersungguh-sungguh.
.
Wahai orang yang berumur lima puluh tahun,
tidak ada lagi uzur bagimu.
.
Wahai orang yang berumur enam puluh tahun,
apa yang telah engkau siapkan untuk bekal akhiratmu?
.
Wahai orang yang berumur tujuh puluh tahun,
sudah dekat waktu panen bagi orang yang menanam tanaman.
.
Wahai orang yang berumur lapan puluh tahun,
taatilah Allah di bumiNya.
.
Wahai orang yang berumur sembilan puluh tahun,
telah tiba waktunya untuk sampai pada akhir perjalanan,
maka persiapkanlah bekal.
.
Wahai orang yang berumur seratus tahun,
Hari Kiamat telah datang kepadamu, tetapi kamu tidak menyedarinya.
.
.
Kemudian malaikat itu berkata: "Kalaulah bukan kerana orang tua yang rukuk, para pemuda yang khusyuk dan anak-anak kecil yang sedang menyusu ibunya, pasti azab telah ditimpakan kepada kalian sekeras-kerasnya."
.
.
.
~ Wallahualam ~

.

16.1.10

Jom Charge Our Iman!

.


Bismillahirrahmanirrahim


Rasulullah s.a.w bersabda:

"Iman akan lusuh sepertimana pakaian menjadi lusuh, oleh itu hendaklah kamu sentiasa memohon kepada Allah supaya Allah memperbaharui iman kamu"


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sentiasalah memperbaharui iman kamu". Para sahabat bertanya, "Bagaimana kami memperbaharui iman kami ya Rasulullah". Baginda bersabda, "Perbanyakkanlah ucapan
LAA ILAAHA ILLALLAH "


Iman itu bagaikan tanaman, apabila dipelihara dengan baik
tanaman akan tumbuh dengan baik.
Sebaliknya, apabila dibiarkan
tanaman akan layu dan lama kelamaan mati.


Justeru itu iman haruslah dipupuk
dijauhkan daripada pelbagai penyakit yang merosakkan
Apabila dibiarkan , kualiti iman akan berkurangan
Oleh itu langkah-langkah menyuburkannya
memeliharanya daripada pelbagai ancaman penyakit
haruslah dilakukan dengan konsisten
Jangan biarkan tanaman keimanan kita mati.


Wallahualam


11.1.10

Siapakah Kita Sebenarnya?

.

.
Siapakah kita, kita tidak hidup untuk bersendirian kerana Tuhan itu ada?
.

Siapakah kita, kadang kita membuat jalan sendiri sedangkan jalan terbaik telah tersedia?
.

Siapakah kita, kita hanya pandai mengeluh sedangkan nikmat Tuhan sentiasa ada?
.

Siapakah kita, kita selalu lupa padaNya sedangkan Dia tidak pernah lupa memberi denyutan pada nadi kita?
.

Siapakah kita yang mahu membanggakan diri dengan kemewahan sedangkan semuanya itu berasal dariNya?
.

Siapakah kita yang sering menyuarakan kekecewaan padaNya sedangkan saat kegembiraan sedikit pun tidak teringat padaNya?
.

Siapakah kita yang sering melanggar batas yang sudah ditetapkan, sedangkan Tuhan telah mencipta hukumNya dengan sempurna dan menjanjikan redha pada yang mahu mengikutiNya?
.

Siapakah kita mahu menentukan nasib ditangan sendiri sedangkan pancaindera pun kurnia yang diberikanNya?
.

Siapakah kita yang selalu membezakan miskin dan kaya, pandai dan bodoh, cantik dan buruk, sedangkan Tuhan memandang kita sama dan hanya iman juga ketaqwaan yang membezakannya?
.

Siapakah kita mahu membenci makhluk lain sedangkan kita juga makhluknya?
.

Siapakah kita mahu melawan takdir sedangkan kita belum tahu apa yang berlaku dihadapanNya?
.

Siapakah kita untuk diberi pujian sedangkan pujian kita untukNya pun masih belum mencukupi?
.

Siapakah kita untuk merasa sempurna sedangkan diri masih berdoa meminta padaNya?
.

Siapakah kita yang mahu hidup tanpaNya sedangkan Dia tidak pernah lari dari mendengar rintihan dan doa hambaNya?
.

Siapakah kita yang mahu berputus asa dari rahmatNya sedangkan kita terus diberi nafas agar segera bertaubat kepadaNya?
.

Siapakah kita mahu menganiayai orang lain dengan kejam sedangkan setiap perbuatan kita akan dihakimiNya?
.

Siapakah kita yang mahu meninggalkan sujud kepadaNya sedangkan dosa tidak pernah lari dari hambaNya?
.

Siapakah kita mahu meletak harapan pada manusia sedangkan harapan dari Allah s.w.t tidak pernah mengecewakan?
.

Siapakah kita untuk terus menuruti kehidupan nafsu dunia sedangkan Allah s.w.t menetapkan mati itu pasti dan akhirat akan menanti?
.

Siapakah kita untuk berbahagia di dunia tanpa mengenang dosa sedangkan Tuhan tidak pernah lupa?
.

Siapakah kita untuk terus berlagak biasa tanpa memikirkan dimana tahap iman kita?
.

Bukankah kita cuma hambaNya...yang tercipta dari tanah?
Tuhan kurniakan agama sebagai petunjuk jalan manusia
Namun manusia sentiasa menganggap remeh agamanya
Tuhan kurniakan akal untuk berfikir kekuasaannya
Namun manusia sentiasa lupa
Janji Allah pasti terlaksana!
Hukum Allah tetap berlaku!
Tatkala Allah berkata "Kun fa ya kun"
Maka bila jadi akan jadilah!
.


Kita cuma HAMBA ALLAH
Apabila maut datang tiba-tiba
Solat adalah tiang penyangga
Berukhwah mengingatkan kita
Syahadah membetulkannya
Zakat membersihkan kita
Keampunannya insyaAllah pada taubat nasuha
Kita memang lemah kerana Allah kekuatan kita
Lalu tanyakanlah dirimu
Siapakah kita di mataNya?


.

6.1.10

Mazhab Kristian Yang Mirip Islam

.


Bahaya mazhab Kristian yang 'mirip' Islam - BAHAYA BETUL

Sebuah sketsa dalam agama Kristian cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan Kristian gaya baru.

Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum muslimin yang sedang menunaikan kewajipan solat Maghrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab sketsa ini memang sangat mirip Islam.

Bukan saja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya nyaris sama. Tengokkan saat mereka solat, selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila berjamaah mereka memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada rukuk dan sujud.

Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian Ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam, masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya : sa'atul awwal (fajar/subuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (zuhur), sa'atut tis'ah (asar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (isya') dan sa'atul layl (tengah malam)

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun pada bulan Ramadhan. Sedang pada Kristian Ortodok puasa 40 hari berturut-turut yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin dan Khamis, pada Kristian Ortodok dilakukan pada Rabu dan Jumaat, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.

Selain solat dan puasa, jamaah Ortodok juga mengenal zakat. Zakat dalam ajaran Ortodok adalah satu persepuluh dari pendapatan.

Gambar-gambar ajaran Ortodok yang mungkin kita keliru. Semoga kita semua berhati-hati. Jangan biarkan kita diperbodohkan orang-orang KAFIR





1.1.10

12 Barisan Di Akhirat

.
Bismillahirrahmanirrahim

Firman Allah s.w.t

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan"(Surah Al Hasyr : 18)

Suatu ketika Muadz b. Jabal r.a menghadap Rasulullah s.a.w dan bertanya, "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s.w.t, "Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekelian datang berbaris-baris" (Surah An Naba': 18). Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan airmata lalu menjawab, "Wahai Muadz engkau telah bertanya kepadaku, perkara amat besar, bahawa umatku akan diiring dan dikumpul berbaris-baris ". Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut.

Barisan pertama
Mereka akan diiring dari kubur mereka tanpa tangan dan kaki, kemudian ada suara menyatakan, "Mereka adalah orang yang selalu menyakiti tetangga, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka "

Barisan kedua
Mereka diiring dari kubur dengan bentuk seperti babi hutan kemudian terdengar suara menyatakan, "Mereka adalah orang yang meremehkan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka"

Barisan ketiga
Mereka diiring dari kubur dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking, maka terdengar suara yang menyatakan, "Mereka adalah orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat, maka inilah balasannya dan nerakalah tempat kembali"

Barisan keempat
Mereka diiring dari kubur mereka dan mengalir dari mulutnya darah, maka terdengarlah suara yang menyatakan,"Mereka adalah orang yang curang dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka"

Barisan kelima
Mereka diiring dari kubur seperti hembusan angin dengan bau busuk, lebih busuk daripada bangkai, maka terdengarlah suara yang menyatakan, "Mereka adalah orang yang selalu berbuat maksiat kerana takut kepada manusia bukan kerana Allah, kemudian mati. Maka inilah pembalasannya dan neraka adalah tempat mereka kembali"

Barisan keenam
Mereka diiring dari kubur dengan leher dan tengkuk terputus, maka ada suara Yang Maha Pemurah, "Mereka adalah orang yang memberikan saksi palsu dan inilah balasannya serta nerakalah tempat kembali mereka"

Barisan ketujuh
Mereka diiring dari kubur tanpa mempunyai mulut dan dari tempat mulutnya keluar muntah dan darah, maka terdengarlah suara, "Mereka adalah orang yang tidak mahu bercakap benar, maka inilah balasannya dan nerakalah tempat kembali mereka"

Barisan kelapan
Mereka adalah orang yang berbuat zina dan mereka diiring dengan kaki keatas, kepala kebawah dan neraka adalah tempat kembali mereka.

Barisan kesembilan
Mereka diiring dengan wajah hitam, mata biru dan perut penuh dengan api, maka terdengarlah suar Yang Maha Pemurah, "Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim"

Barisan kesepuluh
Mereka diiring dengan penuh penyakit kusta, maka terdengar suara, "Mereka adalah orang yang derhaka kepada kedua-dua orangtua mereka"

Barisan kesebelas
Mereka diiring dalam keadaan buta mata, hati dan giginya seperti tanduk kerbau, bibirnya memanjang sampai dada, lidahnya menjulur panjang dan isi perutnya keluar kotoran, kemudian terdengar suara dari sisi Allah s.w.t, "Mereka adalah orang yang minum arak"

Barisan keduabelas
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan, "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat kebaikan. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih"

Semoga kita semua di barisan yang ke 12 yang mendapat rahmat dari Allah s.w.t....Amin