16.1.10

Jom Charge Our Iman!

.


Bismillahirrahmanirrahim


Rasulullah s.a.w bersabda:

"Iman akan lusuh sepertimana pakaian menjadi lusuh, oleh itu hendaklah kamu sentiasa memohon kepada Allah supaya Allah memperbaharui iman kamu"


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sentiasalah memperbaharui iman kamu". Para sahabat bertanya, "Bagaimana kami memperbaharui iman kami ya Rasulullah". Baginda bersabda, "Perbanyakkanlah ucapan
LAA ILAAHA ILLALLAH "


Iman itu bagaikan tanaman, apabila dipelihara dengan baik
tanaman akan tumbuh dengan baik.
Sebaliknya, apabila dibiarkan
tanaman akan layu dan lama kelamaan mati.


Justeru itu iman haruslah dipupuk
dijauhkan daripada pelbagai penyakit yang merosakkan
Apabila dibiarkan , kualiti iman akan berkurangan
Oleh itu langkah-langkah menyuburkannya
memeliharanya daripada pelbagai ancaman penyakit
haruslah dilakukan dengan konsisten
Jangan biarkan tanaman keimanan kita mati.


Wallahualam


18 comments:

  1. perkongsian yg baik.. makasih

    ReplyDelete
  2. Salam Maiyah,

    Sama2 kasih..:)

    ReplyDelete
  3. Salam...:)

    Iman adalah diyakini dalam hati, diucapkan dengan lisan, dan dilaksanakan dengan perbuatan. Jadi, iman adalah satunya antara keyakinan, kata dan perbuatan.

    Tak cukup hanya diucap dan diyakini tetapi juga diamalkan dgn perbuatan seluruh tuntutan dari kalimah “laa ilaaha illallah…”

    ReplyDelete
  4. salam

    Tiba-tiba teringat lagu..
    "iman adalah mutiara. Dalam hati manusia..

    iman itu tak dapat diwarisi..'

    Ari, nampaknya sayapun kena charge juga ni. adoii..

    ReplyDelete
  5. betul tu arianni....iman kena jugak di charge agar sentiasa kuat dr dipengaruhi alam sekeliling kita yg byk unsur2 -ve....

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Iman hanya diperoleh melalui amalan yg ikhlas semata2 kerana Allah dan meyakini Allah.

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Arianni..

    Terima kasih atas perkongsian nie.. semoga kita sentiasa dilandasan yg diredhai AllahSWT... dan memelihara kita dalam iman sehinga ke akhirnya..

    ReplyDelete
  8. salam

    tq singgah rumah biru

    betulllllllll
    tq for sharing dan peringatan ini
    terasa memang saya insan yg lemah
    teringin jadi yg baik

    heeeeeeee

    ReplyDelete
  9. Salam sis,

    Teringat lagu Raihan,

    'Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa....'

    InsyaAllah, mencuba sebaiknya menjadi manusia yang layak dipanggil manusia.

    Thanks sis.

    ReplyDelete
  10. W'salam Razak :)

    Ketaatan demi ketaatan perlu diamalkan agar keimanan kita tetap terpelihara..
    T/kasih byk sudi berkongsi pandangan.. :)

    ReplyDelete
  11. W'salam Rashid,

    Jangan lupa charge iman k..

    Tq singgah..

    ReplyDelete
  12. Salam Ibuhani,

    Sekarang ni byk sgt perkara2 yg blh merosakkan iman kita..
    Kena lebih berhati2 kan kak..

    ReplyDelete
  13. W'salam Kak Shaniza,

    Memang benar..keikhlasan adalah kunci segala-galanya..

    ReplyDelete
  14. W'salam Atie,

    Sama2 kasih Atie..moga keimanan kita tetap terjaga dan terpelihara..InsyaAllah

    ReplyDelete
  15. W'salam bluecity,

    Sama2 biru..moga biru menjadi insan yg terbaik..InsyaAllah

    ReplyDelete
  16. W'salam Iris,

    Sama2 Iris..Iris mampu utk melakukannya..akak doakan moga Iris berjaya..

    ReplyDelete
  17. salam taaruf
    tu lah kan iman tu kena charge selalu
    macam hp, lappy kita gak kan
    kalau makan nasi tsk boleh miss
    cam tu juga kan dgn iman

    ReplyDelete
  18. W'salam Um Masyitah,

    Hadis Rasulullah s.a.w yg bermaksud:
    "Iman bukanlah perkara yg boleh diangan-angankan, tetapi iman itu ialah apa yg ada dlm diri dan dibuktikan dgn amalan"

    T/kasih sudi singgah :)

    ReplyDelete