Marah itu umpama api di dapur hati..
Jangan terlalu nanti hangus, jangan tiada nanti dayus..
Setiap orang pasti ada rasa marah. Marah itu fitrah manusia yang dibekalkan Allah swt dalam setiap diri manusia. Cuma apakah marah itu akan membawa kepada kebaikan kalau kita dapat mengawalnya. Apakah ia membawa kepada kemusnahan kalau kita gagal mengawalnya.
Rupa-rupanya marah itu bukan untuk dihapus tetapi marah itu untuk diurus.
Bagaimana kita menguruskan kemarahan kita?
Marah itu adalah perasaan, sebab itu untuk berjaya dalam hidup ini, kita mestilah mencuba bersungguh-sungguh supaya perasaan bekerja untuk kita bukan kita bekerja untuk perasaan kita.
Ada kajian yang menunjukkan perasaan marah itu akan lebih memudaratkan dalam diri kita sendiri berbanding dengan orang yang kita marah. Sebab itu awas kalau kita terlalu marah-marah kita sebenarnya membakar diri kita sendiri. Kita akan lebih terbakar berbanding dengan orang yang kita marahkan.
Marah itu daripada api. Sifat tabie kemarahan itu ialah ia membakar dan panas. Dalam kajian sains, apabila sesuatu benda bersifat pepejal, cecair atau gas dipanaskan, molekul-molekul didalamnya akan berlaga sesama sendiri dan menjadi tidak stabil.
Begitulah juga dengan hati kita, ia menjadi tidak stabil semasa kita marah. Oleh sebab itu apabila marah ini berasal daripada api dan syaitan juga berasal daripada api, maka itu kita mudah dikuasai syaitan.
Jadi berhati-hatilah dalam mengawal kemarahan. Jangan kita terlalu nanti hangus, jangan tiada nanti kita menjadi dayus.
Mengapa Allah swt mengurniakan rasa marah ini didalam diri manusia. Rupa-rupanya marah itu juga satu anugerah daripada Allah kerana dengan adanya rasa marah, timbul dalam diri kita hendak memperjuangkan sesuatu.
Dalam Islam misalnya ada perkara-perkara yang sangat penting seperti agama, nyawa, harta, keturunan dan sebagainya. Kalau perkara-perkara ini diperkotak-katikkan dan diancam, kita mesti rasa marah.
Apabila agama Islam dihina, syariat diperkotak-katikkan dan umat Islam ditindas, marah kerana benar dan besar adalah marah yang terpuji.
Tapi sayangnya kita selalu marah pada perkara-perkara yang kecil dan remeh temeh. Kita akan menjadi marah bila diri kita dikritik atau dikata. Ini adalah marah yang dikeji.
Padahal menurut Imam Ghazali, salah satu cara kita melihat aib kita ialah dengan mendengar apa kata musuh kita. Seharusnya kita membuka pintu hati kita dan menilai kritikan atau kejian musuh kita.
Apakah benar ada pada diri kita. Kalaulah kritikan itu sesuatu yang benar, Alhamdulillah..hakikatnya Allah menegur kita melalui musuh kita.
Selagi kita ada ruang untuk menegur, selagi itulah kita ada ruang untuk memperbaiki diri kita.
Namun mungkin kita ada berhadapan dengan kritikan yang tidak benar atau tidak adil iaitu kritikan yang bukan membina tetapi meruntuh.
Maka anggaplah ia sebagai ujian. Sebenarnya orang itu hendak menguji kita.
Jadi marilah kita mengenalpasti kemarahan kita.
Apakah marah yang terpuji yang patut diteruskan atau marah yang dikeji yang bersifat peribadi lagi remeh temeh yang harus dihentikan dengan serta merta.
Mari kita tuluskan marah kita kerana Allah swt.
Mari kita luruskan marah kita berpandukan syariat yang dibenarkan oleh Allah.
Mari kita uruskan marah kita pada tahap dan kadar mengikut batas-batas akhlak Islamiah.
Salam sahabatku...
ReplyDeleteMoga sihat hendaknya..:)
Marah itu diharuskan kena pada tempatnya. Janganlah tumpahkan kemarahan. Larangan ini bukan tertuju kepada rasa marah itu sendiri. Kerana pada hakikatnya marah adalah tabi’at manusia, yang tidak mungkin boleh dihilangkan dari perasaan manusia.
W'salam sahabatku :)
ReplyDeleteTabiat yg bukan utk dihapuskan tetapi sebaiknya diuruskan dgn kesabaran dan kebijaksanaan..
Alhamdulillah saya sihat..harap sahabat begitu juga..
salam kenal buat saudari arianni..
ReplyDeletemarah memang sangat tidak bagus..
tak pasal cepat dapat darah tinggi kan??
senyum selalu..
salam singgah! :)
ReplyDeletemarah itu menyusahkan,tetapi selalu je hadir dalam hati kan?
W'salam Cik Amy Sensei..
ReplyDeleteSalam perkenalan dr saya juga..
Sememangnya tak bagus kalau keterlaluan tanpa kawalan..bukan saja blh dpt darah tinggi silap2 blh kena serangan jantung..
Tq singgah sini :)
W'salam Iktiraf :)
ReplyDeleteMarah itu fitrah..marah itu juga anugerah..
Jgn biarkan ia mengawal diri kita tetapi sebaliknya kita yg perlu mengawalnya..
Tq singgah sini..
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteIslam merupakan agama fitrah manusia. Marah juga merupakan fitrah manusia tetapi mesti bertepatan dgn org dan ketika. Surah Ghafir:35 ٱلَّذِينَ يُجَـٰدِلُونَ فِىٓ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ بِغَيۡرِ سُلۡطَـٰنٍ أَتَٮٰهُمۡۖ ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ وَعِندَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْۚ Iaitu) orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah dengan tidak ada sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). (Bantahan yang demikian) besar kebenciannya dan kemurkaannya di sisi hukum Allah dan di sisi bawaan orang-orang yang beriman.
Bila Allah murka akan sesuatu,org2 beriman mesti turut marah. Begitu juga terdpt dlm byk hadis dimana Rasulullah SAW dan para Sahabat r.ah memaki yahudi dan org2 kafir tetapi tak bolehlah pakcik cerita pjg disini, nanti org tak suka dengar. Wallahualam
Waalaikumussalam..
ReplyDeleteSeharusnya kita menteladani kisah Sayidina Ali r.a dlm satu peperangan yg begitu hebat. Sayidina Ali mampu membezakan 'jenis' marahnya. Sewaktu dia hendak memancung kepala musuhnya org Yahudi tiba2 dia diludah olh musuhnya. Sayidina Ali tiba2 berhenti justru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi olh sbb kebencian yg lebih bersifat peribadi..
Tulislah panjang2..takper..saya suka dan sudi utk membacanya :)