4.8.10

Air mata Penyelamat

.

~ Bismillahirrahmanirrahim ~


Sabda Rasulullah saw:

"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka"


Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan

* Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
* Menangis kerana rasa takut.
* Menangis kerana cinta.
* Menangis kerana gembira.
* Menangis kerana menghadapi penderitaan.
* Menangis kerana terlalu sedih.
* Menangis kerana terasa hina dan lemah.
* Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
* Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
* Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan.

Sabda Rasulullah saw:
"Seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah tidak akan masuk ke dalam neraka, meskipun susu dapat kembali ke dalam tetek, ataupun unta bisa masuk ke dalam lubang jarum"


Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda lagi:
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur"


Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut- takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Sabda Rasulullah saw:
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis"

Kenangilah air mata taubat Nabi Adam. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum pernah Aku menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
"Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu"

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya:
"Kenapa engkau menangis? Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang", jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata:
"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu"

Tanyailah orang-orang soleh mengapa mereka tidak berhibur:
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH"

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


p/s   hiba...





5 comments:

  1. Assalamualaikum wbt
    Diantara airmata yg dpt meyelamatkan dr azab api neraka ialah kerana takutkan Allah SWT. Takut dlm ertikata diantaranya tidak dapat berjihad ke jalan Allah dgn jihad yg paling besar( Surah AlFurqa:52. فَلَا تُطِعِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ وَجَـٰهِدۡهُم بِهِۦ جِهَادً۬ا ڪَبِيرً۬ا
    Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah (dengan hujah-hujah Al-Quran dan kekuatan Daulah) menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.
    Kesemua perjuanga memerlukan pengorbanan diri, harta, masa dsb sehingrggakan ada segolongan org mukmin yg mengalirkan air mata kerana tidak dpt pergi berjuang krn masalah tiada kenderaan dan bekalan. Buka semua org mampu tetapi kecintaan utk berjuang krn Allah SWT Surah AtTaubah:92
    وَلَا عَلَى ٱلَّذِينَ إِذَا مَآ أَتَوۡكَ لِتَحۡمِلَهُمۡ قُلۡتَ لَآ أَجِدُ مَآ أَحۡمِلُڪُمۡ عَلَيۡهِ تَوَلَّواْ وَّأَعۡيُنُهُمۡ تَفِيضُ مِنَ ٱلدَّمۡعِ حَزَنًا أَلَّا يَجِدُواْ مَا يُنفِقُونَ
    Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu", mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah). Wallahuala

    ReplyDelete
  2. Salam sahabatku..

    Moga sahabat sihat hendaknya..

    Tangisan itu membawa satu janji untuk hidup lebih bererti dan ia mampu mencelikkan pandangan mata hati meneroka alam lebih jauh lagi. Alam ghaib tidak nampak di mata kasar, hanya hati yang beriman boleh merasai kebenarannya. Tangisan itu dianugerahkan kepada Nabi dan Rasul, syuhada dan orang salih. Mereka berhak mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan, selain perlindungan-Nya.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan seseorang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sendirian, lalu berlinanganlah air matanya kerana takutkan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam wbt..

    Ya benar..jihad yg paling besar iaitu jihad meninggikan kalimah Allah swt..

    Sabda Rasulullah saw:
    "Ada dua titisan yang Allah cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH"

    Syukran atas penjelasannya..

    ReplyDelete
  4. Salam sahabatku..

    Begitulah perlindungan Allah swt kepada para Nabi dan RasulNya, para syuhada dan hamba yg soleh..

    Yang memiliki hati yg hiba iaitu khusyuk di dalam hati dan sentiasa menangis krn takutkan Allah swt..

    Firman Allah swt:
    "Ketika dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Maha Pengasih, mereka lalu tunduk bersujud dan menangis" (Surah Maryam:58)

    Alhamdulillah saya sihat..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah..moga aku juga begitu..
    cik mohon share tuk disebar ok?thanks..

    ReplyDelete