8.8.10

Hadiah & Bonus Hebat !! Menangilah...

.
.
.

~ Bismillahirrahmanirrahim ~
.
.
Sabda Rasulullah saw
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan, akan diampun dosa-dosa yang terdahulu"
.
Sheikh Yusuf al-Qardhawy dalam buku "Fiqh as-Siyam"nya menjelaskan ada tujuh hikmah dan maslahah Allah swt mensyariatkan puasa.
.
.
1. Pembersihan jiwa dengan mentaati perintah Allah swt dan meninggalkan laranganNya serta menjadikan ibadat sempurna. Semuanya itu kerana umat Islam menunaikan ibadat puasa dengan meninggalkan keinginan syahwat mereka daripada makan dan minum serta perkara-perkara lain yang ditegah.
.
Allah berfirman dalam hadith Qudsi yang bermaksud:
"Setiap amal anak Adam baginya kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu bagi Aku dan Akulah yang akan membalasnya."
.
2. Para ahli perubatan mengakui dengan berpuasa akan mengimbangi kesihatan badan.
.
3. Melalui berpuasa akan mentarbiyah dan mujahadah diri, mempertingkatkan kesabaran dan menjadikan dirinya mampu meninggalkan maksiat.
.
4. Ibadah puasa boleh menundukkan nafsu syahwat. Ini bertetapan dengan seruan Nabi kepada golongan pemuda yang tidak berkemampuan untuk berkahwin supaya berpuasa kerana ia menundukkan syahwat kepada wanita.
.
5. Memperlihatkan nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt kepada makhlukNya. Ini dikesan dengan kelaparan mengingatkan nikmat kenyang, dahaga kepada nikmat mendapat air.
.
6. Hikmah dari segi sosial ialah puasa Ramadhan mampu memaksa umat Islam merasai lapar sekalipun mereka mampu menyediakan makanan. Maka Allah swt samakan di antara mereka supaya mereka yang kaya turut merasai sebagaimana yang dirasai oleh mereka yang fakir miskin atau golongan yang derita dengan kelaparan.
.
7. Hikmah yang terpenting yang menghimpunkan kesemuanya ialah ketaqwaan manusia menerusi ibadah puasa. Sesungguhnya puasa Ramadhan adalah institusi pembezaan yang dikurniakan Allah swt setiap tahun sebagai tarbiyah kepada manusia. Maka sebaik puasa adalah sebagaimana yang disuruh Allah swt. Bagi golongan yang mengikut arahan tersebut mendapat keuntungan yang sangat besar.
.
Walau apapun hikmah puasa yang kita fikirkan, pastinya kita akan beriman dan melaksanakan puasa sebagaimana yang diperintahkan. Kerana kita adalah orang-orang yang beriman.
.
Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (Surah Al Baqarah :183)
.
.
.
p/s... ayuh kita 'upgrade' kan diri kita...


11 comments:

  1. salam kak..selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  2. Salam sahabatku..:)

    Semoga sahabat sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik terutamanya ketika menjalankan ibadah puasa kelak.

    Moga kita semua Allah sampaikan umur kita ke Ramadhan nanti.

    Selamat berpuasa dan maafkan segala silap dan salah saya ya!

    ReplyDelete
  3. Salam Imanshah..

    Selamat menjalani ibadah puasa buat anda juga..

    ReplyDelete
  4. Salam sahabatku :)

    Selamat berpuasa dan terima kasih atas doanya..Moga sahabat pun begitu juga..

    Semoga kita beroleh kemenangan sebagai insan bertaqwa dalam menghadapi hawa nafsu..

    Saya pun sama...maaflah atas silap dan salah saya ya..

    ReplyDelete
  5. Salam Ibuhani :)

    Salam Ramadhan buat akak juga dan family..

    Mudah-mudahan kita beroleh kurniaan Allah swt permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dosa dan penutupnya bebas daripada api neraka..

    ReplyDelete
  6. salam,
    selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat anda sekeluarga, semoga sentiasa berada dalam keberkatan dan kegembiraan ,Amin

    ReplyDelete
  7. Salam Cikgu Zam..

    Selamat menyambut Ramadhan buat cikgu juga..semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna sbg insan yg bertaqwa..Amin

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadhan almubarak. Semoga dikurniakan keafiatan dan kekuatan menjalani ibadah di bulan yang mulia ini.

    ReplyDelete
  9. Salam Dr Sam..

    Salam Ramadhan Al Mubarak buat Dr dan family..semoga kita menjadi umat yang bersabar dan bersyukur..

    ReplyDelete
  10. salam...
    terima kasih...sangat bermanfaat

    selamat menjalani ibadah puasa dan semoga ibadah kita tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya...
    semoga sentiasa mendapat bekerkatanNya

    ReplyDelete