.
.
Mungkin kita tidak akan percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong dalam golongan fakir miskin, namun mampu membangun sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu "Shanke Yadem" (Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh bukan? Di sebalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut berselindung kisah yang sangat menarik dan mengandungi pelajaran yang sangat berharga buat kita. .
.
Ceritanya begini :
.
.
Di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggiran kota Istanbul ada seorang yang warak dan sangat sederhana, namanya Khairuddin Afandi. Setiap kali ke pasar dia tidak membeli apa-apa. Ketika merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti buah, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: "Anggap saja sudah makan" dalam bahasa Turkinya "Shanke Yadem".
.
.
Apa yang dia lakukan selepas itu? Wang yang sepatutnya digunakan untuk membeli keperluan makanannya itu dimasukkan ke dalam sebuah tabung. Begitulah yang dia lakukan pada setiap bulan dan sepanjang tahun. Dia mampu menahan dirinya untuk tidak makan dan berbelanja sesuka hati kecuali cukup untuk membeli sedikit makanan bagi meneruskan kehidupannya.
.
.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun Khairuddin Afandi tetap istiqamah dengan amal dan niatnya yang kuat untuk mewujudkan impiannya membangun sebuah masjid. Tanpa disedari, akhirnya Khairuddin Afandi mampu mengumpulkan dana untuk membangun sebuah masjid kecil di daerah tempat tinggalnya. Bentuknya sangat sederhana. Sebuah pagar persegi empat, ditandai dengan dua menara di sebelah kiri dan kanannya, sedangkan di sebelah arah kiblat ditengahnya dibuat seperti mihrab.
.
.
Bentuknya boleh dikatakan sederhana, namun jama’ah yang datang dari seluruh pelosok desa memenuhi masjidnya menunggu waktu solat masuk.
.
.
Akhirnya, Khairuddin berjaya mencapai cita-citanya yang amat mulia itu. Masyarakat di sekitarnya pun turut berasa hairan dan kagum. Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, yakni membangun sebuah masjid. Khairudin ternyata orang yang sangat luar biasa dan mempunyai tahap keimanan yang tinggi. Ramai lagi orang yang kaya-raya tetapi tidak mampu berbuat kebaikan seperti yang dilakukan oleh Khairuddin Afandi.
.
.
Masyarakat kagum dengan Khairuddin Afandi. Mereka kagum bagaimana seorang yang fakir miskin boleh membangunkan masjid. Mereka pun sepakat memberi namanya dengan "Shanke Yadem" (Anggap Saja Sudah Makan).
.
.
Subhanallah!! Jama’ah yang melimpah, tanda keberkatan dan amal soleh dari harta yang halal dan bersih.
Salam sahabatku...
ReplyDeleteSelamat berpuasa dan semoga sahabat sihat hendaknya...
Hebat manusia Khairudin itu..
Salam sahabatku..
ReplyDeleteSememangnya hebat!!
Selamat berpuasa buat sahabat juga..
Terima kasih atas doanya :)
x tahu knp sayunya hati baca entry ni...........Khairuddin Afandi seorg manusia yg sgt hebat! TQ kongsi citer ni :)
ReplyDeleteSalam Ibuhani :)
ReplyDeleteSama2 kak..sesuatu yg perlu difikirkan...sejauhmanakah kecintaan kita terhadap Pencipta kita?
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteSubhanallah! Ditengah2 zaman dimana kerosakan dan kemungkaran manusia, ada segolongan manusia yg sanggup berkorban dgn apa cara sekalipun w/pun dlm keadaan susah utk menghidupkan sunnah Rasulullah samada yg wajib atau sunat. Dalam tafsir Surah Yunus:62 orang2 bertaqwa kpd Allah SWT ini dicemburui oleh para Nabi dan para syuhada`. Ini dinyatakan dlm hadis Rasulullah SAW yg diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abu Hurairah r.a,`Sesungguhnya diantara hamba2 Allah ada org2 yg dicemburui oleh para Nabi dan para syuhada`. Siapakah mereka ya Rasulullah? tanya seseorang. Beliau menjawab, Mrk itu adalah sekolompok org yg saling berkasih-sayang krn Allah, tidak krn harta atau hubungan keluarga, wajah2 mrk bercahaya atas mimbar2 yg bcahaya, mrk itu tidak merasa takut bila org2 lain takut dan tidak pula merasa sedih hati, bila org2 lain sedih hati.
Semoga Khairuddin Afandi termasuk didalam golongan ini, InsyaAllah
Waalaikumussalam wbt..
ReplyDeleteBegitulah manusia yg bernama Khairuddin Afandi yg sanggup berkorban atas dasar keimanan dan ketaqwaan kpd Allah SWT..
Terima kasih.. :)