Assalamualaikum...
Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad
Taqwa seorang mukmin itu ada 3 perkara,
* Bagus TAWAKALnya pada apa yang tidak dapat dicapainya
* Bagus REDHAnya pada apa yang dicapainya
* Bagus SABARnya pada apa yang hilang daripadanya
Sabda Rasulullah SAW,
"Taqwa itu disini (Nabi SAW mengisyaratkan jarinya ke arah hati). Apa yang dikatakan taqwa ialah perasaan yang terdetik di dalam hati yang orang lain tidak melihatnya, hanya orang itu dan Tuhan sahaja yang tahu. Oleh yang demikian perbetulkanlah hati terhadap Allah SWT termasuk soal perasaan gerun dan merasa gentar hati kepada-Nya"
Nota diri:
Jangan sesiapapun merasai dirinya lebih baik dari orang lain, jangan puji dan angkat diri sendiri. Orang tidak tahu siapakah yang paling bertaqwa di kalangan manusia kerana siapapun tidak boleh meletakkan pangkat dalam masalah taqwa itu, yang boleh meletakkannya ialah Allah SWT. INGAT ^_^
La haula wala quwwata illa billah..
Assalamualaikum sahabat...
ReplyDeleteMoga sahabat sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT..
Taqwa itu ada di hati dan keberhasilan dari sifat taqwa yang ada di dalam akan melahirkan akhlak yang baik kepada seseorang pada luarannya..
Waalaikumussalam sahabat..
ReplyDeleteMoga sahabat Abd Razak juga sentiasa dalam rahmat kasihsayang Allah SWT..
Betul tu, andai dalamannya (hatinya) baik, maka baiklah luarannya (perbuatan dan amalan).