11.9.14

Kenapa Allah Taala hidupkan aku pagi ini?

Assalamualaikum...



Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad

"Aku hidup pagi ini adalah kerana banyaknya dosa yang aku lakukan lalu Allah beri kesempatan untuk aku bertaubat kepada-Nya"
~ Imam Ghazali ~

"Kalau inilah jawapan kita.. sudah pasti kita tidak akan menambah dosa yang sedia ada dan  pasti hidup kita akan terkawal. Ingat syarat mati bukan mesti tua dan bukan juga mesti ada penyakit"
~ Ustaz Kamal Asyaari ~

Nota diri:
Kenangkan dosa hari ini, dosa semalam dan hari-hari yang telah berlalu kita lakukan. Alangkah banyaknya sehingga tidak terhitung namun Allah SWT tidak pernah menarik balik nikmat penglihatan, pendengaran dan percakapan yang telah melakukan dosa malah Allah SWT sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui oleh orang lain. Allah Allah Allah..INGAT ^_^

La haula wala quwwata illa billah..


2 comments:

  1. Wa'alaikumusalam sahabatku...

    Moga dirimu sentiasa dalam redha dan diberkati Allah SWT..

    Ya, kita tidak dapat lari berbuat dosa dan sebaiknya kita sentiasa memohon ampun dari Allah SWT..

    ReplyDelete
  2. Sahabat..

    Terima kasih atas doanya..moga redha dan rahmat Allah SWT sentiasa bersamamu..

    Hakikatnya kita manusia lemah.. justeru itu jadikan taubat dan istighfar amalan rutin memohon keampunanNya..

    ReplyDelete