15.9.14

Bila Allah SWT kirimkan musibah

Assalamualaikum...



Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad

Dalam musibah itu terdapat empat seni 
* Mencari pahala dari Allah SWT
* Berkawan dengan kesabaran
* Berzikir dengan baik 
* Menunggu kelembutan dari Allah SWT

"Andaikata tidak ada musibah di dunia, tentu kita datang pada hari akhirat tanpa membawa pahala!"
~ Ulamak salaf ~

Sufiyan Al-Thauri bertanya kepada Rabiatul Adawiyah,
"Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk menyembuhkan kamu?
Wanita sufi itu menjawab,
"Kenapa aku perlu merungut sedangkan ia adalah hadiah Allah untukku. Bukankah satu kesalahan jika kita tidak mahu menerima hadiah dari Tuhan?"

Nota diri:  Maha Suci Dia, yang mendekatkan hamba-hambanya yang lalai kepada Nya melalui musibah. Kebahagiaan membuat kita tertidur sementara musibah membangunkan kita. INGAT  ^_^


La haula wala quwwata illa billah..


2 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Moga dirimu sentiasa dalam redha Allah SWT serta dikurniakan kesihatan yang baik...aamiin

    Musibah adalah teguran sekaligus bukti kecintaan Allah pada kita dan merupakan tanda bahawa Allah SWT akan mengampuni dosa-dosa kita.

    Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapus sebagian dosanya." (HR Bukhari dan Muslim)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam..

    Moga redha Allah SWT sentiasa bersamamu jua serta dikurniakan kesihatan yang baik..aamiin

    Betul tu sahabat..melalui musibah kita mendapat didikan langsung daripada Allah SWT untuk kita kembali bermuhasabah..

    ReplyDelete