.
Bismillahirrahmanirrahim...
Firman ALLAH SWT :
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)" (Surah Ar Rum: 41)
Azab akan diturunkan oleh ALLAH SWT kepada manusia sekiranya manusia ingkar terhadap perintahNya. Azab yang akan diturunkan itu pula, kadangkala diturunkan di akhirat. Akan tetapi di dunia pun sudah ditunjukkan penurunan azab tersebut.
Sebarang azab yang diturunkan, tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada ALLAH SWT. Ini bermakna kita tidak boleh menganggap sesuatu azab itu adalah semata-mata kerana ketentuanNya, tanpa ada kaitan dengan apa yang telah kita lakukan semasa hidup ini. Sebaliknya, azab yang diturunkan itu merupakan peringatan kepada manusia agar kembali bertaubat, kembali kepada ALLAH SWT.
Sesuatu azab, apabila diturunkan, ia akan melata kepada semua makhluk. Samada orang jahil mahupun orang alim, baik kaki maksiat mahupun kaki melakukan ketaatan kepada ALLAH SWT, semuanya tidak terkecuali daripada menerima dan merasainya. Orang jahil dikenakan azab kerana kejahilan mereka. Adapun orang alim dikenakan azab kerana mereka tidak berusaha hendak menghilangkan kejahilan pada sahabat mereka. Kaki maksiat dikenakan azab kerana maksiat yang dilakukannya. Kaki taat dikenakan azab kerana merasakan ketaatan mereka itu sudah cukup untuk diri mereka, sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
Justeru, sifat mahu mencegah kemungkaran dan mahukan orang melakukan makruf perlu disuburkan dalam diri setiap orang Islam. Tanpanya, pasti dunia ini akan ditimpa pelbagai kerosakan. Kerosakan samada dalam bentuk penurunan bala bencana ataupun berbentuk kerosakan moral dan sosial masyarakat seperti penipuan, anak-anak zina, pembunuhan dan sebagainya.
Wallahualam
.
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteMoga sahabat sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasih sayang~Nya..
Semua bencana alam dan musibah yang menimpa adalah berpunca daripada kesilapan dan kesalahan manusia itu sendiri. Bukan alam yang menjadi punca kepada semua bencana itu. Bukan pula hujan bersalah yang menyebabkan berlakunya banjir besar dan jangan pula disalahkan pada angin yang menderu.
Waalaikumussalam sahabatku..
ReplyDeleteAlhamdulillah saya sihat..diharap sahabat pun begitu juga hendaknya.
Memang benar, bahananya kita akan dikenakan azab yang setimpal dengan perbuatan itu.
Moga manusia mengambil iktibar dan pelajaran dari musibah menimpa.
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteAllah SWT mewariskan bumi ini HANYA utk org beriman saja (Surah AlAnbiyaa:105 وَلَقَدۡ ڪَتَبۡنَا فِى ٱلزَّبُورِ مِنۢ بَعۡدِ ٱلذِّكۡرِ أَنَّ ٱلۡأَرۡضَ يَرِثُهَا عِبَادِىَ ٱلصَّـٰلِحُونَDan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur [1] sesudah [Kami tulis dalam] Lauh Mahfuzh, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh) tetapi selama ini kita tidak buat sesuatu perkara utk merebut kembali Daulah. Apabila org2 kufr menguasai bumi mereka akan melakukan kerosakan di bumi Allah dan mengubah fitrah kehidupan. Semua makhluk berjalan mengikut fitrah Allah kecuali manusia dan jin yg mengingkari perintah Allah SWT. Surah ArRum:30فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬اۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡہَاۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِۚ maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu. Apa yg berlaku skrg kerja2 tangan manusia telah merosakkan pergerakan bumi, dan tarikan gravit bulan dan matahari menyebabkan berlakunya bencana lari dari rail mereka. Ditambah pula dgn kemurkaan Allah SWT terhadap kesyirikan dan kemungkaran manusia.Surah Maryam:90 تَڪَادُ ٱلسَّمَـٰوَٲتُ يَتَفَطَّرۡنَ مِنۡهُ وَتَنشَقُّ ٱلۡأَرۡضُ وَتَخِرُّ ٱلۡجِبَالُ هَدًّا Langit hampir-hampir pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap.
Bila ini berlaku berpanjangan, maka bertepatanlah terjadinya spt ternyata dlm Surah AtTakwir:1-6 Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). (1) Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. (2) Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu). (3) Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar. (4) Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan. (5) Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur.
Tidakkah ini tanda2 berlaku sekarang yg menghampiri kiamat? Yang sedikit ketara skrg apabila lautan membuak2 disebabkan pergerakan plat tetonik dibawah lautan bergerak atau berlakunya letusan lava menyebabkan tsunami yg dahsyat sehingga melumpuhkan aktiviti manusia! Subhanallah, nauzubillahi minzaalik. Wallahualam
SALAM KAK SEMOGA SIHAT DAN BAHAGIA SELALU................
ReplyDeleteWaalaikumussalam Tajnur..
ReplyDeleteSubhanallah..menitis airmata saya masa baca komen ni..
"Segala puji bagi-Mu. Engkau adalah cahaya langit dan bumi. Engkaulah yang mengatur segala urusan makhluk di langit dan di bumi. Segala puji hanyalah bagi-Mu. Engkau adalah Tuhan di langit dan bumi serta semua yang terkandung diantara keduanya. Engkau adalah benar. Janji-Mu adalah benar. Firman-Mu adalah benar. Syurga adalah benar. Neraka adalah benar. Hari kiamat adalah benar. Ya ALLAH! Hanya kepada-Mu jugalah aku berserah"
Semoga kita tidak tergolong dalam umat manusia yang melawan Tuhan, berbuat maksiat dan menderhaka kepada-Nya..
assalam..
ReplyDeletemenperingti sesama kita amat perlu, tp ada yg x bleh di ingtkan.. tu yg mslh.. separuh msih ttp dlm kabur tp perjuangan hrus di teruskan
Waalaikumussalam Atie :)
ReplyDeleteAlhamdulillah sihat..moga Atie juga sentiasa sihat dan bahagia selalu dalam rahmat kasih sayang-Nya..
Waalaikumussalam Maiyah..
ReplyDeleteYa benar tu..Semoga kita istiqamah dalam menyeru kepada kebaikan (amar makruf) kerana ia adalah sesuatu yang amat besar nilainya disisi ALLAH SWT waima hanya dengan sepatah kata.