22.10.09

Tips Murah Rezeki



Disini saya ingin kongsikan beberapa tips dipermudahkan rezeki buat manfaat bersama.


1. Bersedekah


Orang yang pemurah (suka bersedekah, menderma, menolong orang) Allah s.w.t akan murahkan rezekinya. Firman Allah dalam Surah Al Baqarah : 261

"Perumpamaan mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, ibarat menanam sebiji benih akan menumbuhkan tujuh pokok dan tiap-tiap pokok membuahkan seratus biji dan Allah selalu melipat gandakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya dan Allah Maha Luas (anugerahnya) lagi Maha Mengetahui"

2. Memperbanyakkan istighfar dan taubat

Bertaubat dan beristighfarlah kerana dosa itu penghalang rezeki. Daripada Thauban r.a Nabi s.a.w bersabda 

"Sesungguhnya seseorang insan terhalang rezeki lantaran dosa yang dilakukannya"

3. Memiliki sifat taqwa

Sifat taqwa adalah menahan diri dari dosa iaitu meninggalkan segala larangan. Taqwa adalah kunci murah rezeki. Firman Allah s.w.t dalam Surah At Talaq:2-3

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menggandakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki yang tidak disangka-sangka"

4. Mengerjakan ibadah haji dan umrah

Ibadah haji dan umrah sebagai pembuka rezeki. Daripada Ibnu Abbas r.a Nabi s.a.w bersabda:

"Ikutkan antara haji dan umrah. Sesungguhnya keduanya menghapuskan kefakiran dan dosa sebagaimana dapur api membersihkan kotoran besi"

5. Bersilaturahim

Daripada Anas bin Malik r.a Nabi s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang inginkan rezekinya diluaskan dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah hubungan silaturahim (dengan ihsan)"

6. Bertawakal

Tawakal perlu didahului dengan usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh dan sedaya upaya

7. Menyempatkan diri untuk beribadah

Memperuntukkan waktu untuk beribadah walaupun dalam kesibukkan bekerja

8. Berhijrah di jalan Allah s.w.t

Bermaksud keluar daripada kekufuran kepada jalan keimanan

9. Berbuat baik kepada orang yang lemah

10. Mendermakan kepada para penuntut ilmu agama

11. Mengamalkan ayat seribu dinar


Wallahualam