11.10.09

Khusyuk Dalam Solat

.
.
Bismillahirrahmanirrahim
.
Sabda Nabi s.a.w :
.
"Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah"
.
"Lima kali solat setiap hari itu umpama sebuah anak sungai yang dalam mengalir di depan pintu rumah seseorang yang mandi di dalamnya lima kali sehari"
.
Firman Allah dalam surah Al Baqarah:45
.
"Dan carilah pertolongan dengan sabar dan solat, dan bahawasanya memohon pertolongan dengan sabar dan solat itu sungguh berat dan sukar kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
.
Imam Ghazali mengatakan
.
"Engkau menjaga jiwa solat iaitu ikhlas dan kehadiran hati dalam segala bahagiannya. Maka janganlah engkau sujud dan rukuk melainkan apabila hati engkau sudah bersedia melainkan khusyuk, dengan apa yang dikerjakan oleh anggota zahir engkau kerana yang dikehendaki solat ialah kepatuhan hati, bukan kepatuhan anggota badan"
.
Anggota yang zahir dan yang batin iaitu hatinya, jiwanya, perasaannya, fikirannya mestilah sama-sama mendirikannya barulah sempurna pengertian solat yang sebenar.
.
Cara mencapai solat yang khusyuk adalah seperti berikut:
  • YAKIN - Seratus peratus sesungguhnya Allah tidak jauh dari urat lehermu
  • SABAR - Mengerjakan solat tidak tergopoh gapah
  • REDHA - Mengerjakan solat dengan penuh penyerahan diri kepada Allah s.w.t
  • IKHLAS - Mengerjakan solat dengan penuh kesedaran tanpa paksaan
  • IMAN - Segala tentuan Allah Qada' dan Qadar datang dari Allah s.w.t
  • ILMU - Mengetahui tentang syarat dan rukun solat yang sebenar
  • AKAL - Sihat dan waras tidak gila atau mabuk
.
1. Matikan dirimu sebelum mati
.
Sewaktu berdiri tegak lurus untuk mengerjakan solat, niatlah dihati bahawa solat ini adalah solat yang terakhir di dalam hidup kita dan apabila selesai solat ini seolah-olah kita akan mati menghadap Ilahi. Disamping itu datanglah perasaan bahawa kita tidak berpeluang lagi untuk mendirikan solat ini dan tidak berpeluang untuk menebus dosa dan kesilapan yang telah dilakukan semasa hidup didunia ini. Inilah cara yang paling afdhal untuk mematikan diri di dalam solat yang khusyuk
.
2. Butakan matamu sebelum buta
.
Pertama, kedua biji mata hendaklah dipejamkan. Pandanglah keatas, kemudian kedua kelopak mata setengah tertutup. Satukan pandangan ke tengah-tengah batang hidung
.
3. Pekakkan telingamu
.
Sewaktu membaca surah atau ayat hendaklah hati dahulu yang membacanya seolah-olah mulut mengikut hati membacanya. Ketika itu pendengaran zahir tidak kita hiraukan, malah pendengaran batin sahaja yang kita tahu iaitu suara hati yang membacanya.
Untuk mempraktikkannya kita boleh cuba dengan menutup kedua mata. Kemudian baca Surah Al Fatihah di dalam hati dan dengarkan dengan pendengaran batin tentu kita akan mendengar hati kita membaca ayat. Itulah suara hati.
.
4. Sedari dirimu dhaif tidak berilmu melainkan Allah
.
Kita menyedari hakikat diri kita seorang hamba yang dhaif dan tidak mempunyai ilmu yang dapat mengatasi Kudrat Allah s.w.t
.
5. Jangan bercakap perihal dunia dalam solat
.
Kita menyedari bahawa kita sedang solat dan ketika sedang solat tidak boleh bercakap tentang hal-hal keduniaan. Di saat kita solat, tarik nafas dari pusat (perut) secara perlahan-lahan sambil hati membaca ayat dan sampai terasa berdenyut-denyut di ubun-ubun. Kemudian tahan sejenak. Nafas turun barulah lisan (mulut) membacanya.
.
Untuk mendapatkan solat yang lebih khusyuk lamakan masa sewaktu rukuk dan sujud. Jadi selamat menjalani solat semoga akan menjadi lebih khusyuk.
.
Wallahualam
.

8 comments:

  1. Salam..:):)
    Tksh ats perkongsian ilmu yg menarik Semoga sama2 menghayatinya..:):)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...:)

    Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."

    ReplyDelete
  3. W'salam Pn Kartini,
    Sama2 kasih..semoga sama2 beroleh manfaat darinya..:):)

    ReplyDelete
  4. W'salam Razak,
    Sesungguhnya beruntunglah orang yg khusyuk dan menjaga solatnya.. kerugian besarlah org yg lalai dan tidak menjaga solatnya..:):)

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Sewaktu sujud adalah masa yg paling hampir kepada Yang Maha Esa.. doalah pada ketika sedang hampir kepada Allah..insyaAllah, doa akan dimakbulkan.

    ReplyDelete
  6. W'salam Shaniza,
    Memang benar sujud adalah keadaan paling dekat kpd Allah.. Sesungguhnya Allah s.w.t paling suka apabila kita dalam sujud, dahi kena pada tanah dengan perasaan hina..

    ReplyDelete
  7. Salam..

    Ari, satu perkongsian yang baik.. cukup bermakna sekali. Moga solat kita sentiasa diterimaNya.

    ReplyDelete
  8. W'salam Ckg Rashid,
    T/kasih yer sudi singgah..akan terus berkongsi selagi org x jemu membacanya..mudah-mudahan solat kita akan lebih khusyuk,ikhlas dan tawaduk..InsyaAllah

    ReplyDelete