29.7.09

Tips Mengawal Penyakit Hati


Bismillahirrahmanirrahiim

Sabda Nabi s.a.w

"Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baik daging itu maka akan baiklah pula yang lain. Apabila buruk daging itu. Maka buruklah pula yang lain. Ketahuilah bahwa daging tersebut adalah hati"

"Ketahuilah bahawa penyakit hati itu lebih teruk berbanding penyakit fizikal kerana penyakit fizikal hanya dideritai di dunia tetapi andai penyakit hati yang dihidapi kemelaratannya bukan takat di dunia tetapi bakal dibawa ke akhirat kelak"


Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk dimanfaatkan bersama.


1. Mengurangkan makan dan minum. Kekenyangan yang berlebihan akan menyebabkan kita malas beribadah dan rasa mengantuk. Makanlah untuk hidup bukannya hidup untuk makan.

Sabda Nabi s.a.w

"Jangan kamu tumpaskan kepekaan hati dengan banyak makan dan minum. Sebab hati itu laksana tanaman. Ia boleh mati kalau digenangi air secara berlebihan"

2. Menyibukkan diri kita dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Dhuha, solat Tahajud, solat Taubat, solat Witir dll. Ada pun solat itu penyuluh hati dan menyelamatkan kita dari sifat-sifat keji.

Sabda Nabi s.a.w

"Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar"

3. Mengamalkan membaca zikir harian. Amalan zikrullah adalah jalan yang paling dekat untuk sampai kepada Allah s.w.t. Zikir mampu membersihkan hati daripada karatnya (kekotoran)

Sabda Nabi s.a.w

"Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkannya dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya). Maka demikian itulah pengosok (pembersih) hati iaitu zikrullah"

Lidah yang sentiasa berzikir akan terselamat daripada sifat-sifat keji seperti mengumpat, mencela, berdusta, maki hamun dan bercakap yang sia-sia.

4. Bersabar dalam menghadapi permasalahan, musibah dan tekanan. Sesungguhnya kesabaran itu adalah kekuatan diri yang sebenar.

Sabda Nabi s.a.w

"Bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah"

5. Sentiasa memohon pertolongan daripada Allah s.w.t dan berdoa kepadanya agar kita dipelihara dan terselamat dari perbuatan-perbuatan keji.

Sabda Nabi s.a.w

"Tidak ada suatu yang lebih mulia di sisi Allah melainkan doa"

6. Mengurangkan bercakap kepada benda-benda yang tidak berfaedah. Bercakaplah ketika perlu sahaja. Nabi ada menegaskan bahawa orang yang banyak bercakap, banyak pula kesalahan yang dibuat.

7. Menangislah sepuas-puasnya apabila kita menghadapi tekanan. Tekanan akibat dari cabaran hidup dapat dikurangkan dengan menangis. Ia akan mengembalikan semula ketenangan dan kedamaian dalam diri kita.


.

16 comments:

  1. perkongsian yg amat2 menarik.
    nak pinjam untuk buat tazkirah minggu ni.....

    ReplyDelete
  2. Salam Jinggo..
    Silalah jgn segan2..perkongsian membawa berkat..

    ReplyDelete
  3. Menangis bila ada masalah??? Betul sekali, kita akan rasa lapang dan lega.

    Alangkah manisnya kalau dpt menangis dpn Allah Taala di 2/3 malam....keindahan dan kelapangan yg sukar digambarkan!

    ReplyDelete
  4. Salam...nice article kak,

    Memiliki hati yang tenang sebenarnya transformasi kepada kecerahan wajah yang dibaluti Nuur Iman (cahaya iman) pada setiap wajah setiap umat Islam. Ini jelas terbukti sekiranya seseorang itu menghadapi masalah, sudah pasti wajahnya juga secara fizikal akan turut terkesan seperti kemurungan dan dahi berkerutan. Akan tetapi sebaliknya jika seseorang itu, memiliki hati yang tenang, pasti akan mudah dan murah untuk berkongsi senyuman dengan orang lain-lain.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Asyiq..
    Sesungguhnya mata yang tidak disentuh oleh api neraka ialah mata yang menangis kerana takutkan Allah..

    ReplyDelete
  6. W'salam Razak..
    Terima kasih dik..sekadar berkongsi apa yg tahu dari ilmu yg sedikit dlm diri ini..memang benar wajah yg tenang terpancar dari hati yang tenang dan bersih.. itulah iman yg sempurna..

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Arianni,
    N3 yang dapat menilai hati kita...
    terima kasih

    ReplyDelete
  8. Salam Atie..
    Sama2 Atie.. semoga apa2 yg dipaparkan dpt dimanfaatkan buat kita bersama..

    ReplyDelete
  9. Salam...

    point2 yg bagus diamalkan... yg akhir sekali tu saya dah cuba.. mmg berkesan.... bila stress je... bangun malam.. buat solat taubat, solat tahajjud, solat hajat minta pada Allah spy dikurangkan perasaan tekanan itu.. dan menangislah sepuas2nya... sambil tu kenang balik dosa2 yg pernah kita lakukan dulu...
    lepas tu hati mmg akan rasa lega dan tenang setenangnya.... Alhamdulillah... terima kasih krn berkongsi maklumat yg amat baik ini...

    ReplyDelete
  10. W'salam Dida..
    Sama2..kita org perempuan memang mudah sgt menitiskan airmata kan.. memang berkesan..terasa lega dan lapang dada ini..

    ReplyDelete
  11. salam..
    zikir dan selawatlah banyak2 nescaya menjadi ubat bagi hati yang 'sakit'. Selamat menyambut Ramadhan dan selamat menjalani pesta ibadah.

    ReplyDelete
  12. salam...dik..santapan yang cukup enak mohon copy ya dik..untuk menjadi peringatan semasa bertugas.

    ReplyDelete
  13. Salam Arianni..

    Kemana kamu menghilang? terasa rindu pula dengan sahabat saya yg seorang ni...

    Harap, semua2nya baik2 sahaja...

    ReplyDelete
  14. W'salam Ummi Shaniza,
    Jika kita mengamalkan zikir dan selawat hati yg sakit akan menjadi tenang..

    ReplyDelete
  15. W'salam Anak Muallaf,
    Silalah copy.. berkongsi membawa berkat

    ReplyDelete
  16. W'salam Dida,
    Terima kasih kerana bertanyakan saya..Terharu rasanya..sememangnya Dida seorg sahabat yg baik..Ari pun rindu kat Dida..lama tak jenguk blog Dida dan sahabat lain..masih ada yg ingat lagi ke..

    ReplyDelete