.
Tingkah laku dan budi pekerti para sahabat seelok-eloknya dijadikan contoh oleh umat Islam semuanya kerana mereka telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjadi sahabat kekasihNya Muhammad s.a.w.
.
.
Saidina Abu Bakar r.a mempunyai seorang hamba yang menyerahkan kepadanya sebagai tuan, sebahagian daripada pendapatan hariannya. Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Saidina Abu Bakar r.a. Hambanya berkata:
.
"Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian."
.
Saidina Abu Bakar r.a menjawab:
.
"Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada aku dimana kamu dapat makanan ini."
.
Hamba: "Sebelum aku memeluk Islam aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepada aku. Mereka berjanji akan membayarnya apabila sahaja memperolehi wang. Aku telah berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."
.
Mendengar kata-kata hambanya Saidina Abu Bakar r.a memekik:
.
"Ah!! Nyaris-nyaris kau bunuh aku."
.
Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini telah diterima dan dilaksanakannya sehinggalah makanan itu dimuntah keluar.
.
Kata seorang pemerhati:
.
"Semoga Allah mencucuri rahmat atas mu. Kamu telah bersusah payah kerana makanan yang sedikit."
.
Kepada orang ini Saidina Abu Bakar r.a menjawab:
.
"Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwa ku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata: "Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."
.
.
Kisah ini mengenai Saidina Abu Bakar r.a yang sangat teliti tentang haram halalnya makanan yang dimakan.
.
Bagaimana kita???
.
Nabi telah menyebut tentang seorang manusia yang permintaannya tidak ditunaikan oleh Allah walaupun dia sering menadahkan tangannya dan menyebut-yebut
"Ya Allah! Ya Allah!" Pada lahirnya doa orang ini sudah sepatutnya diterima oleh Allah. Tetapi apabila diteliti, semua makanannya, minumannya serta pakaiannya telah diperolehi dari sumber-sumber yang haram. Jadi Allah tidak menghiraukan doanya.
.
Oleh itu berhati-hatilah..
Masyaallah...Insaf sangat bila baca entri ni....
ReplyDeleteSalam...jika semua umat Islam hari ni mempunyai sifat seperti Abu Bakar r.a, amanlah dunia ini
ReplyDeleteSalam Ariani..
ReplyDeleteYa... saya juga ada terbaca tentang sebuah hadith yg mengatakan makanan dan rezeki yg didapati dr sumber yg haram akan membuatkan segala doaNya tertolak...
Tp bagaimana jika seseorang hamba itu bila dia sudah bertaubat & kembali ke jalan Allah... adakah doanya masih lagi tidak diterima? sedangkan makanan haram itu sudah menjadi darah dagingnya?
Allah maha Pengampun lg Maha Mengasihi...
salam kembara..
ReplyDeleteDida,anda sendiri tahu Allah itu maha pengampun dan maha mengasihani..
andai orang itu bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan taubatnya diterima Allah..maka pasti Allah mendengar permintaan taubatnya dan permohonannya yang lain
Salam Na Shari..
ReplyDeleteKadang-kadang perkara sebegini berlaku tanpa kesedaran kita.. semoga kita senantiasa beringat dan berhati-hati..semoga jua kita akan diberikan petunjuk dariNya..
W'salam Razak..
ReplyDeleteBilalah dunia ni nak aman ye?? Tapi tiada yang mustahil kan.. Selalu impikan kedamaian.. :)
W'salam Dida..
ReplyDeletePersoalan doa diterima atau tidak bukanlah urusan kita dida.. sebaik-baiknya kita bertaubat dan bersabar kerana Allah s.w.t lebih mengetahui..
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"
(Al Baqarah: Ayat 30)
W'salam Lavender Pelangi..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen.. Semoga Allah s.w.t senantiasa mendengar doa-doa hambanya..Sesungguhnya Dia Maha Mendengar..
Salam ziarah dari Pak Karamu
ReplyDeleteW'salam PakKaramu..
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya ini..amat dialu-alukan..
Salam dik...berkunjung balas. Terima kasih sudi singgah di blog akak...nanti boleh lah akak link blog ni. Teruskan berkarya...bolehlah kita berkongsi.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteW'salam Kak Asyiq..
ReplyDeleteSila sila link ke blog saya.. Berkongsi membawa berkat..
salam ziarah dan kenalan dr akak....para sahabat Rasulullah adalah teladan yg patut dicontohi oleh umat masa kini.....
ReplyDeleteW'salam kak Ummi..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan sudi menjadi follower sy.. memang benar teladan sebeginilah yg patut diikuti oleh umat sekarang..