Sesungguhnya perjalanan ke syurga itu penuh ranjau. Untuk melayakkan diri kita ke syurga
pelbagai ujian dan cabaran harus ditempuhi. Dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t dan
Rasulnya serta menjauhi larangannya kita memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Kewajipan mengerjakan solat, puasa, haji, zakat dan amalan baik amatlah susah kecuali bagi mereka yang beriman.
Pesanan Nabi s.a.w
" Jalan ke syurga dikelilingi dengan kepayahan manakala jalan ke neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat "
Syaitan sentiasa membisikkan manusia supaya mengikut hawa nafsu menuju kearah kejahatan lagi menyesatkan. Terpulanglah kepada kita untuk memilih jalan yang mana untuk diikuti. Tepuk dada tanya iman.
Wallahualam.
p/s Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat rakan-rakan blogger
Salam...
ReplyDeleteSalam aidil fitri...maaf andai ada silap dan salah
salam ,
ReplyDeletelama ya akak tak update blog ..
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT AKAK SEKELUARGA..
Salam Arianni...
ReplyDeleteMmg benar kita manusia sering kalah pada hawa nafsu..terutamanya ketika berada dipasar ramadan dibulan ramadan..beli makanan berbungkus2 akhirnya terbuang begitu sahaja...
W'salam Razak,
ReplyDeleteSalam kemaafan dan salam aidil fitri dari saya juga..
W'salam Auna,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya buat adik Auna juga.. cantik gambar..cute!!
W'salam Kak Zai,
ReplyDeleteJangan biarkan nafsu mengawal kita kerana nafsu tidak akan kenyang.. salam aidifitri kak..
Salam...
ReplyDeleteLamanya dia tak update blog...
Moga kita berjaya menempuh semua kesusahan dan kepayahan kerana jalan ke syurga itu memang telah ditakdirkan begitu...
Susah2 dulu senang2 kemudian. Dunia ini penjara kita...akhirat nnti kita bebas.
Maaf zahir batin juga.
W'salam Kak Asyiq,
ReplyDeleteKepayahan itulah yang meninggikan darjat kita.Seseorang itu tidak akan diberi pahala jika tidak bersusah payah menempuh dugaan dan cabaran. Jadi utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga.
Salam kemaafan dari Ari juga..