" Tidak ada hari yang Allah membebaskan ramai hamba-hambanya dari api neraka lebih ramai dari hari Arafah. Allah hampir dengan hambanya dan berbangga-bangga dengan mereka kepada malaikat dengan firmannya, "Apakah yang mereka mahu"
* Limpahan rahmat dan pengampunan dosa
"Wukuf yang kamu lakukan pada hari Arafah, sesungguhnya Allah Taala turun ke langit dunia (paling bawah) dan berbangga-bangga dengan kamu kepada malaikat dengan firmannya, "Hamba-hambaku yang datang dari segenap pelusuk dunia yang jauh, dalam keadaan tidak terurus dan berdebu-debu tubuh mereka, semata-mata mengharapkan SyurgaKu. Jika mereka datang dengan dosa sebanyak bilangan pasir, titisan hujan atau buih di lautan nescaya akan Ku hapuskan kesemuanya.
Allah Taala berfirman, "Keluarlah kamu dari Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan bagi sesiapa yang kamu meminta ampun untuk mereka"
* Kelebihan berpuasa pada hari Arafah
Diriwayatkan dari Qatadah bahawa seorang lelaki telah berkata. "Wahai Rasulullah, beritahu kami mengenai kelebihan berpuasa pada hari Arafah". Baginda telah bersabda bermaksud, "Aku berharap agar Allah Taala akan menghapuskan dosa pada tahun yang sebelum dan selepasnya"
* Sebaik-baik doa, doa hari Arafah
"Sebaik-baik doa adalah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan bagiNya kepujian dan Dia berkuasa keatas setiap sesuatu"
* Wasiat Rasulullah SAW di Arafah
السلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteMoga sahabat sihat hendaknya dengan izin~Nya...aamiin
Indahnya segala nikmat yang diberikan oleh Pemilik Alam ini. Yang wukuf di padang arafah diampunkan dosa dan yang tidak berpeluang menghadirkan diri di sana, dapat berpuasa dengan janji~Nya ampunan dosa setahun sebelum dan sesudah...Allahu Akhbar
Waalaikumussalam..
DeleteAllahu Akhbar..betapa kasih dan sayangnya Pemilik Alam ini terhadap hamba-hambaNya. Moga kita diberikan kekuatan, taufik dan hidayah supaya sentiasa memperbaiki diri dalam mencari redhaNya..
Terima kasih sahabat doanya..moga Allah memberkatimu
Selamat berpuasa dan salam Aidil Adha!
AS salam. K.ani x berkesempatan berpuasa pd 9 zulhijjah yg lepas....smoga diberi kesempatan tahun mendtg. Insyaallah!
ReplyDeleteWaalaikumussalam..moga Allah dapat memberikan kesempatan buat kak Ani pada tahun hadapan..InsyaAllah
Delete