30.10.12

Ampunan Allah teramat luas




Sabda Rasulullah SAW:

Ketika Allah SWT selesai mencipta makhluk, Allah menulis dalam kitab-Nya, Dia menulis untuk Dzat-Nya sendiri dan kitab itu diletakkan disisi-Nya diatas Arasy dan isi tulisan-Nya adalah: Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku.  (HR  Bukhari)

Sesungguhnya Allah lebih gembira atas taubatnya seorang hamba daripada orang yang kehausan lalu menemukan air, dan lebih gembira dari wanita mandul yang dapat melahirkan anak, dan lebih gembira dari orang yang kehilangan barang lalu menemukannya. Barangsiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatat amalnya, semua anggota tubuhnya, dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang telah dikerjakannya.  (HR  Abu Abbas)

Raih dan capailah pintu taubat selama pintu itu terbuka bagimu, kerana dalam waktu dekat pintu itu akan tertutup.

Raihlah kebaikan selama mampu melakukannya dan masuklah kedalamnya dengan membawa hati yang bertaubat, kemudian berlarilah kepintu doamu kerana pintu itu ada untukmu.

Janganlah putus asa dari rahmat Allah, kerana sesuatu yang sedikit namun mencukupi, itu lebih baik daripada sesuatu yang banyak tetapi melalaikannya. Itulah bukti bahwa kebaikan tidak akan rosak dan dosa tidak akan dilupakan.

Jangan lalai dari memohon ampunan setiap saat kepada Allah, dimana kezaliman yang tidak diampuni Allah adalah syirik.

Kezaliman yang tidak akan dibiarkan tanpa ditanyai adalah kezaliman yang dilakukan terhadap hamba Allah lainnya.

Dan kezaliman yang diampuni tanpa ditanyai adalah kezaliman atas dirinya sendiri dengan dosa-dosa kecilnya.



4 comments:

  1. Smoga kita sempat melakukan taubat nasuha sebelum ajal kita n jauhi syirik......nauzubillahminzalik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang sering kita panjatkan doa kepadaNya..taubat sebelum mati dan keampunan selepas mati

      Delete
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

    Kosongkanlah hati kita dari kotoran-kotoran hati nescaya Allah akan mengisinya dengan ma'rifah dan rahsia-rahsia.

    Moga sahabat sihat hendaknya dengan izin~Nya...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..

      Benar sahabat, jika hati sudah bersih dan suci pasti sifat ketaatan dan pengabdian akan lahir. Kebaikan-kebaikan yang ikhlas akan timbul melenyapkan kegelapan maksiat dan akhirnya memancarkan cahaya ketaatan.

      Moga sahabat juga diberikan kesihatan yang baik dengan izinNya..aamiin

      Delete