12.4.11

Pertembungan Dua Golongan




Bismillahirrahmanirrahim...


"Dan Nabi Nuh pun membuat bahtera itu dan tiap-tiap kali sepuak dari kaumnya melalui tempat ia membina bahteranya , mereka mengejek-ejeknya. Nabi Nuh menjawab: Jika kamu memandang kami bodoh (kerana membuat bahtera ini), maka sesungguhnya kami juga memandang kamu bodoh (kerana keingkaran kamu), sebagai (balasan) ejekan kamu"
(Surah Hud: 38)


Dalam kehidupan seharian, untuk melakukan perkara yang baik, pasti akan ada tentangan dari sebilangan manusia. Tentangan itu berlaku, kerana perkara baik ini adalah perkara yang bercanggah dengan hawa nafsu.


Nafsu ini perkara yang tidak boleh berenggang dalam tubuh manusia. Ia wujud, tetapi tidak dapat dinilai dengan mata kepala. Sama seperti wujud roh, tetapi tidak dapat dilihat. Bukti kewujudan roh adalah wujudnya orang hidup dan orang mati.


Begitu jugalah nafsu manusia. Ia wujud, tetapi tidak dapat dilihat dengan mata kepala manusia. Dalil wujudnya nafsu ini adalah ada manusia yang melakukan perkara yang baik dan ada manusia yang berbuat perkara jahat. Malahan dalam diri seseorang manusia itu sendiri, kadangkala kedua-dua perbuatan ini akan berlaku. Mereka buat benda baik dan kadangkala mereka buat benda jahat.


Manusia yang hanya mengikut hawa nafsu sahaja, pasti akan terdorong untuk melakukan perbuatan jahat. Pun begitu, nafsu ini tidak boleh dibuang dari diri manusia. Tidak ada manusia yang membuang hawa nafsu. Lantaran itu kalau ada orang yang mendakwa telah membuang nafsunya, itu adalah penipu dan perkara mustahil. Tetapi, apa yang sebenarnya berlaku adalah adanya manusia yang boleh mengawal nafsunya.


Bagaimana cara untuk mengawal nafsu? Jawabnya adalah dengan menggunakan akal fikiran yang dipimpin oleh Al Quran dan As Sunnah. Sebab itu, manusia yang mengikut Al Quran dan As Sunnah adalah manusia yang berusaha mengawal nafsunya. Apabila mereka telah berjaya mengawal nafsu, ketika itulah mereka akan menjadi seorang manusia yang baik.


Dalam keadaan wujudnya manusia yang sentiasa melakukan perkara yang baik, mesti ada manusia yang mengikut hawa nafsu. Apabila itulah tindakan mereka, sudah pasti wujud pertembungan, perbalahan dan perselisihan. Pertembungan ini adalah pertembungan antara golongan yang benar dan golongan yang jahat; golongan yang mengikut hawa nafsu dan golongan yang mengawal hawa nafsu.


Melaksanakan perintah ALLAH SWT , merupakan tindakan yang bercanggah dengan kehendak hawa nafsu. Nabi Nuh a.s diarahkan oleh ALLAH SWT untuk membina kapal. Walau susah, penat, dahaga, haus dan sebagainya, malah tanpa mengetahui sebab di sebalik suruhan ALLAH SWT itu, Nabi Nuh a.s tetap patuh dan baginda meneruskan juga usaha membina kapal tersebut. Nabi Nuh a.s patuh dengan perintah tersebut kerana baginda tidak mengikut kehendak hawa nafsunya.


Pada masa yang sama wujud juga manusia yang mengikut hawa nafsunya. Mereka melihat tindakan Nabi Nuh a.s sebagai perbuatan yang sia-sia, lantas mereka memperlekehkan, malahan mereka mengatakan tindakan Nabi Nuh a.s itu adalah bodoh kerana tidak pernah dilakukan manusia yang lain.


Mereka mengatakan Nabi Nuh a.s seorang yang bodoh, sebab mengikut perintah ALLAH SWT dan melanggar kehendak hawa nafsu, walhal orang yang mengikut hawa nafsulah sebenarnya orang yang bodoh. Mereka ini bodoh kerana mereka tidak sedar bahawa mereka akan didatangkan azab oleh ALLAH SWT, ekoran keingkaran mereka terhadap perintah-Nya.


Keadaan sebegini, sebenarnya bukan hanya berlaku pada zaman Nabi Nuh a.s sahaja, malah pada zaman sekarang pun banyak berlaku kejadian sebegini.



Wallahualam...



6 comments:

  1. Assalamualaikum sahabatku..

    Moga sahabat sihat hendaknya serta sentiasa di dalam perlindungan Allah Taala..

    Kebaikan itu semuanya ada dalam diri seseorang yang bisa menguasai nafsunya dan kecelakaan itu terletak pada diri seseorang yang dikuasai oleh nafsunya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt
    Satu perkara lain yang kita perlu tahu ialah bahawa pertembungan dua golongan ini ada kalanya datang dari keluarga kita sendiri. Begitulah terjadi pada peristiwa Nabi Nuh a.s. dgn anak dan isterinya dimana hubungan keluarga bukanlah berasaskan pada pertalian darah tetapi ikatan sesama Islam, ikatan teguh yang tidak akan putus.
    Surah Hud:45-46وَنَادَىٰ نُوحٌ۬ رَّبَّهُ ۥ فَقَالَ رَبِّ إِنَّ ٱبۡنِى مِنۡ أَهۡلِى وَإِنَّ وَعۡدَكَ ٱلۡحَقُّ وَأَنتَ أَحۡكَمُ ٱلۡحَـٰكِمِينَ (٤٥) قَالَ يَـٰنُوحُ إِنَّهُ ۥ لَيۡسَ مِنۡ أَهۡلِكَ Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu dari keluargaku sendiri dan bahawa janjiMu itu adalah benar dan Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan seadil-adilnya. (45) Allah berfirman: Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana dia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya)
    Pada zaman Rasulullah saw, sekali dibuktikan oleh para sahabat r.anhum ajmain dimana berlakunya pertembungan dua golongan iaitu anak sanggup membunuh bapa dan begitulah sebaliknya demi keran cintanya pada Allah SWT sehingga turunnya Surah AlMujadilah:22 لَّا تَجِدُ قَوۡمً۬ا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٲنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَہُمۡ‌ۚ
    Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka.
    Perjuangan Islam bukanlah berdasarkan kepada logik krn peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh a.s. berlaku kerana air yang datang adalah dari AtTanuur iaitu ditafsirkan tempayan atau tempat pembakar roti (macam roti naan). Manalah logiknya tetap itulah hakikatnya. Surah AlMukminun:27أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡهِ أَنِ ٱصۡنَعِ ٱلۡفُلۡكَ بِأَعۡيُنِنَا وَوَحۡيِنَا فَإِذَا جَآءَ أَمۡرُنَا وَفَارَ ٱلتَّنُّورُ
    Lalu Kami wahyukan kepadanya: Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari AtTannur.
    Tetapi perjuangan umat sekarang telah tersimpang jauh sebagaimana yg dikehendaki oleh Allah SWT. Apa yang berlaku sekarang mereka menggunakan AlQuran dan Hadis semata2 utk membenarkan sistem sedia ada dan mengubahsuaikan mengikut sistem tersebut. Wallahualam

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam sahabatku :)

    Terima kasih atas doanya..itulah yg kita sentiasa harapkan iaitu perlindungan-Nya...

    Nafsu yang dimiliki boleh membawa kita kearah kebaikan dengan hanya didikan ibadah dan zikir.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Tajnur..

    Bila berlakunya pertembungan dua golongan ini..yang pasti golongan Allah iaitu golongan yang beriman, yang berjuang kerana Allah bukan menurut kehendak nafsu akan beroleh kemenangan. Kerana Allah telah menetapkan dengan firmannya: "Sungguh Aku mesti menang, begitu juga Rasul-rasulKu"

    Semoga kita dapat mengambil pengajaran dari peristiwa Nabi Nuh a.s ini..keimanan dan ketaqwaan mengatasi segalanya..

    ReplyDelete
  5. Salam, dapatkan segera buku Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara di http://www.faridrashidi.com/2011/04/19/buku-pertama-tdk1000m-sudah-terbit/

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam Farid Rashidi..

    Terima kasih sudi singgah sini..

    ReplyDelete