28.9.10

Tuhan Tidak Ada

.
.
.
Pada suatu hari seorang pelanggan masuk ke kedai gunting. Si tukang gunting mula memotong rambut pelanggannya, lalu mereka mula berbual. Mereka membicarakan banyak hal dan berbagai variasi topik pembicaraan, lalu sesaat topik pembicaraan beralih tentang Tuhan.
.
.
Si tukang potong rambut tiba-tiba berkata ,"Saya tidak percaya Tuhan itu ada". "Kenapa anda berkata begitu ?” tanya si pelanggan. “Begini, cuba anda perhatikan di depan sana , di jalanan… untuk menyedari bahwa Tuhan itu tidak ada. Katakan kepadaku, jika Tuhan itu ada, Ada kah yang sakit? Ada kah anak terlantar? Ada kah kemiskinan yang melarat? Ada kah kekejaman berlaku? Jika benar Tuhan ada, tidak akan ada sakit ataupun kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan Tuhan yang dikatakan Yang Maha Penyayang akan membiarkan ini semua terjadi."
.
.
Si pelanggan diam sambil berfikir, tapi tidak menjawab terus kerana tidak mahu memulakan perdebatan.
.
.
Si tukang gunting menyelesaikan pekerjaannya dan si pelanggan pergi meninggalkan tempat si tukang gunting.
.
.
Beberapa saat setelah dia keluar dari kedai gunting itu, dia melihat seorang pengemis di jalan dengan rambut yang panjang, bergumpal, kumal yang tidak dicukur. Orang itu kelihatan kotor dan tidak terurus.
.
.
Si pelanggan masuk semula ke kedai gunting lalu berkata, "Kamu nampak lelaki di hujung jalan itu" tanya si pelanggan kepada tukang gunting.
.
.
"Yang mana, pengemis comot itukah? Ye, kenapa?" tanya si tukang gunting.
.
.
"Kamu tahu, sebenarnya TIDAK ADA TUKANG GUNTING" kata si pelangan selamba.
.
.
Si tukang gunting tidak terima,"Mana boleh! Kamu tak boleh kata begitu ?" "Saya disini dan saya tukang gunting, bukankah saya baru saja memotong rambut kamu".
.
.
"Tidak!" bantah si pelanggan. "Tukang gunting itu tidak ada, sebab jika ada, tidak akan ada orang dengan rambut panjang yang kotor dan tidak terurus seperti orang yang di luar sana" tambah si pelanggan.
.
.
"Mana boleh, tidak kah kamu lihat aku disini. Ah tidak, tapi tukang gunting tetap ada!" sanggah si tukang gunting.
.
.
"Apa yang kamu lihat itu adalah salah mereka sendiri, kenapa mereka tidak datang kepada saya, tak kan saya harus pergi berjumpa dengan mereka semua, satu persatu, mana boleh, kalau mereka mahu kelihatan kemas dan bersih, seharusnya mereka yang datang kepada saya, bukan saya yang harus mencari mereka", jawab si tukang gunting membela diri.
.
.
"Tepat sekali!!" kata si pelanggan menyetujui. "Itulah point utamanya!! Sama dengan Tuhan, TUHAN ITU JUGA ADA ! Tapi apa yang terjadi… orang-orang TIDAK MAU DATANG KEPADA-NYA, dan TIDAK MAU MENCARI-NYA.
.
.
Oleh kerana itu banyak yang sakit dan ditimpa kesusahan di dunia ini, banyak kekejaman dan perkara dahsyat berlaku kerana kita tidak datang kepada Tuhan, tidak mahu mengenali dan menghayati apa yang disuruh dan diajar Tuhan kepada kita. Kita menguruskan diri dan masalah dengan cara dan acuan kita. Akibatnya berlakulah perkara yang samasekali berlawanan, dengan apa yang Tuhan sediakan untuk orang-orang yang sentiasa mendekatkan diri dengan-Nya" Balas si pelanggan dengan yakin dan tersenyum.

.
.
Si tukang gunting tertunduk malu, dalam hati dia membenarkan kata-kata pelanggan nya itu.
.
.
.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku" (Surah Az-Zariyat: 56)
.
.
Kadangkala Allah sengaja meletakkan kita dalam keadaan yang sukar agar kita menyedari bahawa kita punya Tuhan. Hanya pada Allah SWT tempat kita mengadu, merujuk, berserah, bergantung harap dan meminta pertolongan.



5 comments:

  1. Salam sahabatku...:)

    Moga sahabat sihat hendaknya..

    Hanya Allah tidak pernah meninggalkan kita sesaat pun, dalam keadaan apapun, namun kita yang selalu sahaja lupa kepada~Nya.

    Kisah yang menarik untuk direnungkan..terima kasih sahabat..

    ReplyDelete
  2. salam kak arianni..

    kisah yang baik untuk kita renungi terima kasih kak.... untuk peringatan yang sanggat baik...

    ReplyDelete
  3. Salam sahabatku :)

    Sama-sama Abd Razak,sahabatku..
    Renungan buat kita agar tidak meninggalkan Allah SWT..

    Bilamana manusia melupakan Allah dan memutuskan hubungan mereka dengan Allah, maka Allah pun melupakan dan berlepas diri dari mereka. Tinggallah manusia terumbang-ambing dalam arus kehidupan dunia.

    Alhamdulillah saya sihat, harap sahabat pun begitu juga..

    ReplyDelete
  4. Salam Atie :)

    Sama-sama Atie..peringatan buat saya juga..

    Semoga kita sentiasa membawa Allah SWT dlm kehidupan kita agar hidup kita terpimpin dan teratur berteraskan syariat Allah..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt
    Tauhid Uluhiyyah mmg ada pada semua manusia biar betapa kufur mrk sekalipun sehingga sanggup mengakui tiada Tuhan. Firaun laknatullah, telah memerintah Haman supaya membina menara tinggi dan mencabar bhwa disitu tiada Tuhan dgn membodohkan rakyatnya supaya mengakui dialah tuhan yg tertinggi! Surah AlQasas:38 فَأَوۡقِدۡ لِى يَـٰهَـٰمَـٰنُ عَلَى ٱلطِّينِ فَٱجۡعَل لِّى صَرۡحً۬ا لَّعَلِّىٓ أَطَّلِعُ إِلَىٰٓ إِلَـٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّى لَأَظُنُّهُ ۥ مِنَ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (
    Dan Firaun pula berkata: Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu) dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta
    ۥ مِنَ ٱلۡكَـٰذِبِينَ
    وَجَـٰوَزۡنَا بِبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱلۡبَحۡرَ فَأَتۡبَعَهُمۡ فِرۡعَوۡنُ وَجُنُودُهُ ۥ بَغۡيً۬ا وَعَدۡوًا‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَدۡرَڪَهُ ٱلۡغَرَقُ قَالَ ءَامَنتُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱلَّذِىٓ ءَامَنَتۡ بِهِۦ بَنُوٓاْ إِسۡرَٲٓءِيلَ وَأَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ (٩٠) ءَآلۡـَٔـٰنَ وَقَدۡ عَصَيۡتَ قَبۡلُ وَكُنتَ مِنَ ٱلۡمُفۡسِدِينَ (٩١) فَٱلۡيَوۡمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنۡ خَلۡفَكَ ءَايَةً۬‌ۚ وَإِنَّ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ عَنۡ ءَايَـٰتِنَا لَغَـٰفِلُونَ (Allah berfirman): Adakah sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?. (91) Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda-tanda kekuasaan Kami!
    Wallahualam

    ReplyDelete