21.4.10

Tukang Kapak Dan Munkar Nakir

.
.
Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti. Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.
.
Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."
.
Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah."
.
Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diuar-uarkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.
.
Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.
.
Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.
.
Isterinya berkata, "Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan"
.
Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.
.
Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.
.
Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Munkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.

Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Munkar dan Nakir.
.
Tetapi sebaliknya yang berlaku, Munkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.
"Apa yang kau buat di sini?"
"Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya"
" Apa harta yang kau ada sekarang?" "
"Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki"
"Dari mana kau dapat kapak ni?"
"Aku membelinya"
Lalu hilanglah Munkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.
.
Hari kedua di tanya pula,
"Apa yang kau buat dengan kapak ni?"
" Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual"
.
Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut.
"Pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?"
'Kat hutan mana ada orang punya pokok"
"Adakah kau pasti?"
Lalu hilang lagi Munkar dan Nakir.
.
Hari ke empat ditanya lagi,
"Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?"
"Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata"
Lalu hilang dan muncul Munkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.
.
Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Munkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak terebut.
.
Berkata Munkar dan Nakir , "Hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini" Belum sempat Munkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut. Lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.
.
Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata, "Ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi"
.
Sesampai di rumahnya lalu si isteri bertanya "Wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut?"
.
Maka jawab si Tukang Kapak, "Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Munkar dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya"
.
p/s samada kisah ini betul atau rekaan saya tidak pasti tetapi apa yg pasti ia membuat kita berfikir sejenak dan merenung perjalanan kehidupan ini..

6 comments:

  1. salam kak arianni...

    saya faham apa yang akak ingin sampaikan... terima kasih atas n3 yang baik untuk jadi panduan...

    ReplyDelete
  2. Salam sahabatku..:)

    Moga sihat hendaknya.

    Pesanannya sungguh berkesan bahawa setiap apa yang kita lakukan di dunia ini pasti akan ditanya dan tidak akan terlepas satu pun. Waspadalah dalam setiap gerak dan tutur kata kita.

    Terima kasih sahabat..:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt dari pakcik,
    Dari segi usul AlFikh, dgn tanpa ragu2 kita tidak boleh mengambil cerita tersebut sbg pegangan krn bercanggah dari keterangan AlQuran. Nas AlQuran bagi siksaan qubur (kubur)terdapat dlm Surah AtTaubah: 101 ...سَنُعَذِّبُہُم مَّرَّتَيۡنِ ثُمَّ يُرَدُّونَ إِلَىٰ عَذَابٍ عَظِيمٍ۬ (١٠١)
    `Akan Kami (Allah) azabkn mereka sebanyak dua kali ( didunia dan dikubur) kemudian mrk akan dikembalikan kpd azab yg lebih besar (diakhirat). Malaikat2 yang menjaga dgn mengikut perintah Allah tanpa tangguh2 dan cuai spt dlm Surah AlHijr:8 مَا نُنَزِّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةَ إِلَّا بِٱلۡحَقِّ وَمَا كَانُوٓاْ إِذً۬ا مُّنظَرِينَ
    Lagi pun dlam Surah AtTahrim:8, malaikat2 yg ditugaskan dgn kasar dan bengis menurut perintah Allah SWT. Nau`zubillahiminzaalik.

    ReplyDelete
  4. salam..
    Dah pernah baca cerita ni. Ada ikhtibar yg boleh diambil krn setiap apa yg dimiliki oleh kita akan ditanya kembali diakhirat nanti. Semoga apa yg kita miliki di dunia tidak akan menyusahkan kita di akhirat nanti...

    ReplyDelete
  5. setiap apa yg dimiliki n diperbuat di dunia akan disoal nanti.....smoga menjd ikhtibar pd kita semua. TQ Arianni :)

    ReplyDelete
  6. Salam semua..

    T/kasih Atie, sahabatku Abd Razak, kak Acik, kak Ibuhani krn tak jemu2 bertandang ke sini dan tak lupa pd pakcik Tajnur atas perkongsian ayat2 Al quran..

    Sabda Rasulullah saw,
    "Kubur itu pertama tempat yang menuju akhirat, maka bila selamat dalam kubur maka yang dibelakangnya lebih ringan dan jika tidak selamat dalam kubur maka yang dibelakangnya lebih berat daripadanya"

    3 perkara yg harus dilalui oleh manusia dlm perjalanan menuju alam akhirat iaitu kesepian di alam kubur, siksaan dan himpitan kubur dan pertanyaan malaikat Munkar Nakir.

    Jadi seharusnya seorg muslim memohon perlindungan drp Allah swt dari siksa kubur dan bersiap sedia utk menghadapi kubur dgn amal soleh.

    ReplyDelete