12.4.10

Di Manakah Kita?

.
.
Entri ini bukan untuk mengkategorikan sesiapa tetapi lebih ditujukan kepada diri ini supaya dapat menilaikan tahap solat kita dan menjawab beberapa persoalan. Mengapa solat tidak membangunkan peribadi insan? Mengapa umat Islam terbiar dan tiada pembela? Mengapa umat Islam kini tiada lagi menjadi umat agung seperti dulu?
.
Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat Islam yang tak solat, bahkan ramai juga yang tak tahu nak solat, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak solat tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin solat itu fardu.
.
Golongan 2
Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar solat maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang solat tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah swt.
.
Golongan 3
Orang yang mengerjakan solat, bahkan tahu ilmu mengenai solat, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap solat, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia solat, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak solat. Orang ini jatuh fasik.
.
Golongan 4
Orang yang solat, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada solat yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam solat,orang ini lalai dalam sembahyang.
.
Golongan 5
Golongan yang mengerjakan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
.
Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam solat, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam solat, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba-tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam solatnya. Begitulah sehingga selesai solatnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai solat itu. Ertinya solatnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.
.
Golongan 7
Golongan yang mengerjakan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam solatnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh/golongan abrar/ashabul yamin.
.
Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam solatnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan solatnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam solatnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )
.
Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah solat itu dijiwai didalam solat malahan ia dapat mempengaruhi di luar solat. Kalau ia bermasalah langsung ia solat, kerana ia yakin solat punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan solat. Solat telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti solat Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan solat dulu, maka didalam solat itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak solat makin lazat dirasakan, solatlah cara ia hendak melepaskan kerinduan dengan Tuhannya. Dalam solatlah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
.
.
Jadi nilaikan sendiri dimana tahap solat kita. Sesungguhnya ibadah solat yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Solatnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
.
Soalan yang pertama yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
.
Insya Allah...marilah kita sama bermuhasabah. Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita, penglibatan kita atau tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah. Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin, hari ini dan esok hasil dari kesan solat kita? Moga solat yang kita dirikan itu benar-benar menjadi tiang agama.
.
.
Beberapa hadith Rasulullah saw untuk diperolehi manfaatnya.
.
1. Solat adalah julung2 perintah yang diperintahkan oleh Allah swt dan solatlah pula julung2 perkara yang akan disoal pada hari hisab.
.
2. Takutilah Allah dalam perkara solat! Takutilah Allah dalam perkara solat! Takutilah Allah dalam perkara solat!
.
3. Solat adalah satu-satunya yang membezakan antara Iman dengan Syirik.
.
4. Solat adalah tanda Islam. Seorang yang bersolat dengan ikhlas dan khusyuk apabila masuk waktunya dan memberati segala rukun2nya termasuk rukun2 yg mustahab pastilah ia seorang Mukmin.
.
5. Solat adalah tiang agama Islam.
.
6. Solat menghina Syaitan.
.
7. Solat adalah jihad yang terbaik sekali.
.
8. Apabila sesuatu bencana turun dari langit orang2 yang selalu pergi ke masjid bertebaran dan terselamat.
.
9. Kalau setengah dari dosa2 besar seorang Muslim itu mencampakkannya kedalam Neraka Jahanam, maka api neraka itu tidak membakar bahagian2 badannya yang telah menempuhi bumi semasa ia sujud didalam solatnya.
.
10. Api neraka telah diharamkan keatas bahagian2 badan orang yang telah menempuhi tanah dengan perasaan hina.
.
11. Seseorang dalam keadaan sujud adalah paling dekat kepada Allah swt.
.
12. Solat adalah anak kunci ke Syurga.
.
13. Apabila seseorang berdiri dalam solat, pintu2 Syurga dibuka dan segala tabir antara dia dengan Allah swt disingkap (asalkan dia tidak merosakkan solatnya itu dengan melakukan sesuatu yang makruh)
.
14. Seseorang yang bersolat adalah ibaratnya dia mengetuk pintu rumah Allah swt dan pintu itu adalah sentiasa terbuka untuk orang yang mengetuknya.
.
15. Solat ialah Nur hati. Sesiapa yang mahu biarlah ia suluh hatinya (dengan bersolat)
.
16. Jika seseorang mahu dosa2nya diampuni Allah swt,maka hendaklah ia mengambil wuduk dengan sempurna, solat dengan khusyuk dua atau empat rakaat solat fardhu atau nafil dan kemudaian berdoa kehadhrat Ilahi, maka Allah swt akan mengampuni dosa2nya.
.
17. Syaitan takut akan seorang Muslim selagi dia mengambil berat atas solatnya tetapi apabila saja ia mengabainya maka syaitan itu menguasainya dan berharap akan berjaya menyesatinya.
.
18. Diwaktu fajar setengah orang ke masjid dan setengahnya ke pasar. Mereka yang ke masjid adalah pembawa bendera Iman dan yang ke pasar pembawa bendera Syaitan.
.
19. Solat awal waktunya adalah amalan yang paling baik.
.
20. Solat tengah malam amatlah dihargai tetapi amatlah sedikit bilangan orang yang mengerjakannya.
.
21. Solat dua rakaat di tengah malam adalah lebih berharga dari segala kekayaan di dunia ini. Kalau tidak kerana aku takut ia menyusahkan umatku, akan ku wajibkannya.
.
22. Rahmat Allah swt dicucuri keatas hambaNya yang bersolat.

p/s mohon dimaafkan salah dan silap..

14 comments:

  1. Salam sahabatku..:)

    Terima kasih untuk peringatan kali ini.

    Untuk kita meningkat mutu solat kita haruslah kita melihat dari segi makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya berasal dari punca atau sumber yang halal tanpa syubhah.

    Mendirikan solat di awal waktu atau sekurang-kurangnya di pertengahan waktu supaya tidak melakukan solat secara tergopoh-gapah kerana mengejar masa yang hampir habis.

    Rasa malu (haya') kepada Allah dan rasa takut (khauf) kepada kekuasaan Allah semasa melakukan solat.

    Moga ada manfaatnya ya sahabat..

    ReplyDelete
  2. solat x sempurna lagi.. moga Allah menerima solat kita.. makasih info ni

    ReplyDelete
  3. Smoga kita dlm golongan yg solatnya diterima oleh Allah SWT..............

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt
    Sebenarnya Arianni, kesembilan golongan yg kita baca itu adalah berasaskan kepada amali solat tersebut, tetapi dlm Islam perkara yg lebih penting adalah Rasulullah saw menanam sifat2 orang yg bersolat dimana solat itu sendiri ada hubungan dgn amalan2 lain spt dlm Surah AlMaarij:22-34 dan Surah AlMukminun:1-10. Apabila telah sempura sifat2 tersebut, maka barulah sempurna solatnya jika tidak mrk ni samalah spt dlm Hadis Rasulullah saw,` Akan datang keakhir zaman, mereka bersolat tetapi yg sebenarnya tidak bersolat` Wallahualam. Salam dari pakcik.

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Akak terpaksa tutup blog akak dan buka blog baru. Linkkan blog akak yg baru http://duniacik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Moga segalanya akan berikan kita sinar.. berada dalam laluanNya..

    ReplyDelete
  7. W'salam sahabatku :)

    T/kasih sahabat..

    Hanya orang2 yg benar2 takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah seorg hamba yg hina..yang akan patuh apa saja yg diperintahkan..

    Firman Allah swt,
    Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang2 yang khusyuk. (Yakin) orang2 yang menyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya (Surah Al Baqarah: 45-46)

    ReplyDelete
  8. Salam Maiyah,

    Semoga solat yg didirikan dilakukan dgn penuh rasa khusyuk, tawadhuk dan ikhlas..InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. Salam Ibuhani,

    Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,
    "Apabila seseorang bersolat pada waktu2 yang telah ditetapkan dengan wudhuk yang sempurna, dengan rasa penuh hina dan tawadhuk dan dengan qiam, rukuk dan sujud dilakukan dengan memuaskan, maka solat yang sedemikian itu akan naik dengan rupa yang bercahaya dan indah serta mendoakan orang itu dengan kata2 ini, "Semoga Allah peliharamu sebagaimana kamu memeliharaku"

    ReplyDelete
  10. salam kak arianni

    dimanalah agaknya AllahSWT menilai solat kita ye....

    ReplyDelete
  11. W'salam Pakcik Tajnur,

    Sifat2 itu hanya terserlah apabila solat yg didirikan adalah sempurna iaitu dengan menjaga rukun hatinya..Bila hati sudah betul, percakapan dan tindakan kita akan betul juga..

    Disini kita nampak bagaimana besarnya hikmah solat utk memperbaiki budi pekerti seseorang. Tetapi ini hanya bagi orang yg sebenar2nya solat, bukan semata2 tegak, rukuk dan sujud saja, sedang hati melayang entah kemana, tidak menghadap Allah..

    Berkata Saidina Umar Al Khattab,
    "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala tapi khusyuk itu dalam hati"

    Menghadirkan hati dgn penuh keyakinan sesungguhnya Allah tidak jauh dari urat lehermu. Mengerjakan solat dgn penuh penyerahan diri kpd Allah dan juga dgn penuh kesedaran tanpa paksaan..

    ReplyDelete
  12. W'salam Shaniza,

    Nanti saya linkkan ye kak..TQ

    ReplyDelete
  13. Salam Rashid,

    Semoga kita berusaha seikhlas-ikhlasnya dlm bersolat dan mengikrarkan bacaan solat kita..

    ReplyDelete
  14. W'salam Atie,

    Sebenarnya kita sendiri boleh menilainya..Kalau ia dikerjakan dengan tertib akan berhasil dengan tercegahnya segala yg tidak diingini. Kalau hasil ini tidak tercapai maka yakinlah bahwa ada sesuatu yg kekurangan dlm mengerjakan solat yg sempurna..

    Sabda Rasulullah saw,
    "Solat itu bukanlah solat kalau ia tidak mencegah fahsya dan munkar"

    ReplyDelete