18.3.10

Menjadi Muslim Terbaik

.
.
.
~ Bismillahirrahmanirrahim ~
.
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:
.
Telah datang seorang Arab desa kepada Rasulullah s.a.w yang mana dia telah menyatakan tujuannya :
.
"Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat".
Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya : "Tanyalah apa yang engkau kehendaki"
.
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim.
Baginda s.a.w menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.
.
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya.
Baginda s.a.w menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.
.
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil.
Baginda s.a.w menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.
.
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik.
Baginda s.a.w menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.
.
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah.
Baginda s.a.w menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.
.
Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku.
Baginda s.a.w menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.
.
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).
Baginda s.a.w menjawab: Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.
.
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Baginda s.a.w menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.
.
Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa.
Baginda s.a.w menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.
.
Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya.
Baginda s.a.w menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.
.
Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat.
Baginda s.a.w menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat.
.
Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku.
Baginda s.a.w menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.
.
Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.
Baginda s.a.w menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.
.
Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.
Baginda s.a.w menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.
.
Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Baginda s.a.w menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.
.
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya.
Baginda s.a.w menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.
.
Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.
Baginda s.a.w menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya
.
Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku.
Baginda s.a.w menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.
.
Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.
Baginda s.a.w menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.
.
Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda s.a.w menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.
.
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda s.a.w menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).
.
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda s.a.w menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.
.
Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat.
Baginda s.a.w menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.
.
Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat.
Baginda s.a.w menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah.
.
.
Al Quran menjelaskan, umat Islam laksana bintang yang bertaburan di langit. Umat Islam adalah umat yang terbaik. Semua muslim dan muslimah adalah BINTANG. Bukan bintang di pentas, bukan bintang di televisyen tetapi bintang di hadapan Allah s.w.t.
.
Namun tidak semua bintang mendapat perhatian Allah s.w.t, hanya bintang yang paling indah, paling cerah dan paling hebat sinarannya sahaja yang akan mendapat sepenuh perhatian, rahmat dan keredhaanNya. Bintang itu adalah MUSLIM TERBAIK
.
Mudah-mudahan kita menjadi muslim yang terbaik disisiNya...InsyaAllah
.
.
~ Wallahualam ~
.
.
.

11 comments:

  1. ...menjlnkan segala amanah yg diberi Allah SWT juga akan menjdkan kita muslim yg baik :)

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat..:)

    Taat kepada perintah Allah dengan melaksanakan hukum-hakam Allah dan ikhlas dalam mentaati Allah.

    Taat kepada Rasul dan mengikuti Sunnahnya. Rasulullah SAW merupakan utusan Allah yang membawa contoh dan akhlak yang baik.

    ReplyDelete
  3. Salam! dari pakcik,
    Dlm keadaan skrg ni, cuba kita renungkan sejauh manakah kita telah mempelajari kefahaman AlQuran (30 juzuk) dan Hadis Rasulullah saw serta kaitan diantara kedua2nya. Jauh, terlalu jauh sekali lebih2 lagi setelah mrk mendirikan rumahtangga, maka tamatlah perjuangan persis laila dan Majnun, Uda dan Dara, Romeo and Juliet dsb, dimanakah cerita penghujungnya?? Bunyinya mmg `ada` tapi realitinya tak mcm tu. masih ada kesempatan utk kita mempelajari AlQuran sebagai panduan hidup. `Ibnu Mas`ud telah berkata,Rasulullah saw bersabda,`Tiadalah seseoramg kamu itu ditanya dari dirinya melainkan AlQur`an, maka jika ia kasih akan AlQuran, maka bermakna ia kasih akan Allah dan jika ia menggenggam AlQuran, bermakna ia menggenggam Allah dan RasulNya`Dlm Kitab AlQur1an diantara Pimpinan ArRahman (Allah) dan pimpinan syaitan oleh Ibnu Taimiah

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Ada award utk sahabat, tgklah di blog saya bertajuk 'Doa dan anugerah'

    ReplyDelete
  5. Salam Ibuhani,

    Betul tu..:):)
    Moga kita dpt menunaikan amanah yg diberikan sebaik mungkin krn semuanya akan dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan kelak..

    ReplyDelete
  6. W'salam sahabatku :)

    Dua perkara yg menjadi kunci bagi mengukuhkan keyakinan dan keimanan kita..

    Andai kedua2nya lemah maka kehebatan kita sbg seorg muslim hanya di mulut shj..

    Ada award utk saya ke..ok nanti saya tgk yer..:):)

    ReplyDelete
  7. W'salam Pakcik Tajnur,

    Drp Huzaifah bin Al Yaman r.a berkata:
    Rasulullah saw bersabda: "Islam akan luntur spt lusuhnya corak pakaian (bila ia tlh lama dipakai) sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yg dimaksudkan dgn puasa dan apa yg dimaksudkan dgn sembahyang dan apa yg dimaksudkan dgn nusuk(ibadat) dan apa yg dimaksudkan dgn sedekah.
    Al Quran akan dihilangkan kesemuanya pd suatu malam shj maka pada hari esoknya tidak tinggal di permukaan bumi drpnya walaupun hanya satu ayat.
    Maka yg tinggal hanya beberapa kelompok drp manusia diantaranya org2 tua, laki2 dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata: "Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimah "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya juga.

    Maka berkata Shilah (perawi hadis dari Huzaifah), "Apa yg dpt dibuat oleh "La ilaha illallah" terhadap mereka sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yg dimaksudkan dgn sembahyang, puasa, nusuk dan sedekah?"

    Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimah itu dpt menyelamatkan mereka drp api neraka" (HR IBNU MAJAH)

    Bahawasanya Al Quran akan hilang suatu masa nanti, yg tinggal hanyalah beberapa istilah2 Islam yg tidak difahami olh org ramai. Kalimah "La ilaha illallah hanya mampu diucap tanpa memahami apa tuntutan kalimah suci itu. Walaubagaimanapun Allah swt dgn belas kasihan masih menghargai keimanan mrk yg sedikit itu dan memasukkan mrk ke dlm syurga.

    ReplyDelete
  8. Salam Maiyah,

    ...dan moga kita mencapai kesempurnaan diri sbg seorg muslim..InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum wbt dari pakcik,
    SubhanaAllah, sukanya saya melihat anak2 muda mempelajari Islam. Mengenai hadis yg dibawa, matan yg saya terima dari Riwayat Ibnu Majah dari Abu Huzaifah ra, Rasulullah saw bersabda,`Seeorang itu mempelajar1 (yudrason) Islam sebagai mana ia belajar menenun / mencorakkan pakaian (wahyuthaubi) itu sehingga tiada ia mengetahui apakah itu puasa, solat... sehingga akhirnya. Maknanya, skrg ni berlaku kerosakan sistem sebagaimana berlakunya dizaman Makiyyah ketika Rasulullah saw berdakwah membetulkan akidah bagi mrk yg menyeleweng dari syariat Nabi Allah Ibrahim as. Wallahualam.

    ReplyDelete
  10. Waalaikumussalam Pakcik Tajnur,

    T/kasih krn masih sudi ke sini berkongsi ilmu..amat2menghargainya :)
    Setuju dgn pandangan pakcik.. rasanya byk perkara yg menyumbang kpd kepincangan dan kerosakan sistem..Wallahualam

    ReplyDelete