.
Bismillahirrahmannirrahim
Hayatilah kata-kata dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani agar sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang
Maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkanlah dalam hatimu
"Mungkin kedudukannya disisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku"
Jika engkau bertemu dengan anak kecil
Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini lebih baik dariku"
Jika engkau bertemu dengan orangtua
Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku"
Jika engkau bertemu dengan orang yang berilmu
Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku"
Jika engkau bertemu dengan seorang yang bodoh
Maka katakanlah dalam hatimu
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku"
Jika engkau bertemu dengan orang kafir
Maka katakanlah dalam hatimu
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk"
Wallahualam