29.7.09

Tips Mengawal Penyakit Hati


Bismillahirrahmanirrahiim

Sabda Nabi s.a.w

"Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila baik daging itu maka akan baiklah pula yang lain. Apabila buruk daging itu. Maka buruklah pula yang lain. Ketahuilah bahwa daging tersebut adalah hati"

"Ketahuilah bahawa penyakit hati itu lebih teruk berbanding penyakit fizikal kerana penyakit fizikal hanya dideritai di dunia tetapi andai penyakit hati yang dihidapi kemelaratannya bukan takat di dunia tetapi bakal dibawa ke akhirat kelak"


Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk dimanfaatkan bersama.


1. Mengurangkan makan dan minum. Kekenyangan yang berlebihan akan menyebabkan kita malas beribadah dan rasa mengantuk. Makanlah untuk hidup bukannya hidup untuk makan.

Sabda Nabi s.a.w

"Jangan kamu tumpaskan kepekaan hati dengan banyak makan dan minum. Sebab hati itu laksana tanaman. Ia boleh mati kalau digenangi air secara berlebihan"

2. Menyibukkan diri kita dengan mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Dhuha, solat Tahajud, solat Taubat, solat Witir dll. Ada pun solat itu penyuluh hati dan menyelamatkan kita dari sifat-sifat keji.

Sabda Nabi s.a.w

"Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar"

3. Mengamalkan membaca zikir harian. Amalan zikrullah adalah jalan yang paling dekat untuk sampai kepada Allah s.w.t. Zikir mampu membersihkan hati daripada karatnya (kekotoran)

Sabda Nabi s.a.w

"Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkannya dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya). Maka demikian itulah pengosok (pembersih) hati iaitu zikrullah"

Lidah yang sentiasa berzikir akan terselamat daripada sifat-sifat keji seperti mengumpat, mencela, berdusta, maki hamun dan bercakap yang sia-sia.

4. Bersabar dalam menghadapi permasalahan, musibah dan tekanan. Sesungguhnya kesabaran itu adalah kekuatan diri yang sebenar.

Sabda Nabi s.a.w

"Bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah"

5. Sentiasa memohon pertolongan daripada Allah s.w.t dan berdoa kepadanya agar kita dipelihara dan terselamat dari perbuatan-perbuatan keji.

Sabda Nabi s.a.w

"Tidak ada suatu yang lebih mulia di sisi Allah melainkan doa"

6. Mengurangkan bercakap kepada benda-benda yang tidak berfaedah. Bercakaplah ketika perlu sahaja. Nabi ada menegaskan bahawa orang yang banyak bercakap, banyak pula kesalahan yang dibuat.

7. Menangislah sepuas-puasnya apabila kita menghadapi tekanan. Tekanan akibat dari cabaran hidup dapat dikurangkan dengan menangis. Ia akan mengembalikan semula ketenangan dan kedamaian dalam diri kita.


.

13.7.09

Abu Bakar Dengan Makanan Tukang Tilik

.

Tingkah laku dan budi pekerti para sahabat seelok-eloknya dijadikan contoh oleh umat Islam semuanya kerana mereka telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjadi sahabat kekasihNya Muhammad s.a.w.

.
.
Saidina Abu Bakar r.a mempunyai seorang hamba yang menyerahkan kepadanya sebagai tuan, sebahagian daripada pendapatan hariannya. Pada suatu hari hambanya telah membawa makanan yang dimakannya sedikit oleh Saidina Abu Bakar r.a. Hambanya berkata:
.
"Kamu selalu bertanya tentang sumber makanan yang aku bawa tetapi hari ini kamu tidak berbuat demikian."
.
Saidina Abu Bakar r.a menjawab:
.
"Aku terlalu lapar sehingga aku lupa bertanya. Terangkanlah kepada aku dimana kamu dapat makanan ini."
.
Hamba: "Sebelum aku memeluk Islam aku menjadi tukang tilik. Orang-orang yang aku tilik nasibnya kadang-kadang tidak boleh membayar wang kepada aku. Mereka berjanji akan membayarnya apabila sahaja memperolehi wang. Aku telah berjumpa dengan mereka hari ini. Merekalah yang memberikan aku makanan ini."
.
Mendengar kata-kata hambanya Saidina Abu Bakar r.a memekik:
.
"Ah!! Nyaris-nyaris kau bunuh aku."
.
Kemudian dia cuba mengeluarkan makanan yang telah ditelannya. Ada orang yang mencadangkan supaya dia mengisi perutnya dengan air dan kemudian memuntahkan makanan yang ditelannya tadi. Cadangan ini telah diterima dan dilaksanakannya sehinggalah makanan itu dimuntah keluar.
.
Kata seorang pemerhati:
.
"Semoga Allah mencucuri rahmat atas mu. Kamu telah bersusah payah kerana makanan yang sedikit."
.
Kepada orang ini Saidina Abu Bakar r.a menjawab:
.
"Aku sudah pasti memaksanya keluar walaupun dengan berbuat demikian aku mungkin kehilangan jiwa ku sendiri. Aku mendengar Nabi berkata: "Badan yang tumbuh subur dengan makanan haram akan merasai api neraka. Oleh kerana itulah maka aku memaksa makanan itu keluar takut kalau-kalau ia menyuburkan badanku."
.
.
Kisah ini mengenai Saidina Abu Bakar r.a yang sangat teliti tentang haram halalnya makanan yang dimakan.
.
Bagaimana kita???
.
Nabi telah menyebut tentang seorang manusia yang permintaannya tidak ditunaikan oleh Allah walaupun dia sering menadahkan tangannya dan menyebut-yebut
"Ya Allah! Ya Allah!" Pada lahirnya doa orang ini sudah sepatutnya diterima oleh Allah. Tetapi apabila diteliti, semua makanannya, minumannya serta pakaiannya telah diperolehi dari sumber-sumber yang haram. Jadi Allah tidak menghiraukan doanya.
.
Oleh itu berhati-hatilah..

10.7.09

Kelebihan Umat Nabi Muhammad s.a.w

.
Umat Nabi Muhammad s.a.w Adalah Pejuang Kebenaran
.
.
Sabda Nabi s.a.w :
.
.
"Sekumpulan daripada umatku akan berterusan menzahirkan kebenaran. Walaupun terdapat orang yang mengecewakan (tidak membela dan menolong) mereka, sehinggalah tiba hari kiamat, mereka tetap dalam keadaan demikian"
.
.
Umat Nabi Muhammad s.a.w adalah semaian Allah
.
.
Sabda Nabi s.a.w :
.
.
"Allah akan terus 'menyemai' di dalam agama ini suatu 'semaian' yang Allah menggunakannya untuk ketaatan kepadaNya"
.
.
.
Umat Nabi Muhammad s.a.w Akan Mendapat Kekuasaan Di Muka Bumi
.
.
Sabda Nabi s.a.w :
.
.
"Berilah khabar gembira kepada umat ini dengan keagungan, ketinggian, kemenangan dan kekuasaan di bumi. Sesiapa yang mengamalkan amalan akhirat kerana dunia, ia tidak mendapat bahagian (ganjaran baik) di akhirat"
.
.
.
Tiada Perbezaan Darjat Antara Umat Nabi Muhammad s.a.w
.
.
Sabda Nabi s.a.w :
.
.
"Perumpamaan umatku adalah seperti hujan, tidak diketahui sama ada awalnya atau akhirnya yang baik"
.
.
.
Umat Nabi Muhammad s.a.w Akan Mendapat Hikmah Berkasih Sayang
.
.
Sabda Nabi s.a.w :
.
.
."Seorang itu adalah bersama dengan orang yang ia kasihi"
.
.

5.7.09

Bila Orang Islam Tidak Kenal Agamanya

Artikel ini ditulis oleh Ustaz Zainuddin Hashim
Di kalangan umat Islam terbahagi kepada kategori yang boleh dibezakan antara satu sama lain dari sudut kekuatan kefahaman terhadap ajaran agama, iltizam dengannya, jahil mengenainya dan lain lain.
  1. Orang Islam yang tidak mengenali agamanya akibat tidak bersedia untuk mendalami ilmu ilmu agama kerana alasan sibuk dengan tugasan harian.
  2. Orang Islam yang tidak minat terhadap agamanya sendiri kerana tidak diasuh sejak kecil lagi amalan-amalan keagamaan.
  3. Orang Islam yang menjadikan agamanya sebagai bahan sampingan, jika perlu kepadanya diambil jika rasa menyusahkan diri dipinggirkan dari kehidupan.
  4. Orang Islam yang malu untuk menyatakan Islam melalui perwatakan, pemikiran, pakaian, akhlak dan lain lain lantaran terlalu kagum dengan kehidupan masyarakat Barat kononnya membawa kemajuan.
  5. Orang Islam yang suka mempersenda-sendakan agamanya, sama ada melalui tulisan, ungkapan, tindakan dan lain lain.
  6. Orang Islam yang hanya menerima Islam apabila terdesak seperti nikah kahwin, kenduri arwah, kematian, ketika sakit dan lain lain. Ustaz, tok imam dan bilal hanya akan diundang untuk menyempurnakan majlis mereka, lepas daripada itu kesemua mereka tidak dalam senarai untuk diundang.
  7. Orang Islam yang beranggapan bahawa Islam seolah olah milik tok-tok guru, imam, bilal, ustaz dan sebagainya hingga malu untuk menyatakan Islam seperti pemakaian kopiah.
  8. Orang Islam yang tidak ada perasaan sensitiviti terhadap agama apabila ia dihina atau dimahkamahkan seperti tidak mahu turut serta dalam menyatakan sikap terhadap kebiadapan musuh musuh Islam yang dengan sengaja menghina Rasulullah, isteri baginda, ahli keluarganya dan lain lain.
  9. Orang Islam yang tidak menepati janji hingga dikenali dalam masyarakat dengan istilah janji Melayu. Budaya memungkiri janji ini bukanlah budaya yang baik kerana ia adalah antara sifat nifak(munafik) yang semestinya disisihkan dalam kehidupan.
  10. Orang Islam yang hanya berbangga dengan perkara-perkara luaran seperti menganjurkan musabaqah Al-Quran, membina banyak surau dan masjid. Sepatutnya kita berbangga dengan banyak pengisian ilmu di masjid-masjid atau surau-surau, samada ceramah, kuliah, forum agama yang boleh membina jati diri orang-orang Islam.
  11. Orang Islam yang banyak menghabiskan masa bukan untuk tujuan kebaikan agama dengan lepak di warung dan kedai kopi bersembang perkara yang mungkin sesuatu yang tidak elok pada pandangan agama. Justeru kurangkan bercakap jika tidak perlu, kerana baginda ada menegaskan bahawa orang yang banyak bercakap banyak pula kesalahan yang dibuat.
  12. Orang Islam yang seolah olah tidak ada hubungan dengan Allah swt dengan tidak banyak berzikir, bermunajat, solat fardu dibuat kalau ada waktu, kalau tidak solat tak perlu, kurang nak membaca Al-Quran apatah lagi berdiskusi mengenai isi-isi kandungannya.
  13. Orang Islam yang tidak bersangka baik terhadap Islam dengan perasaan tidak baik khususnya apabila ada cadangan nak melaksanakan undang-undang Islam, prejudis terhadapnya dengan pelbagai gambaran yang sempit.
  14. Orang Islam yang tidak mahu duduk dalam majlis-majlis ilmu.
  15. Orang Islam yang memandang kecil akan dosa-dosa besar seperti penglibatan mereka dalam jenayah pembunuhan, ragut hingga membawa kepada kematian, merogol, sumbang mahram dan lain lain, mereka yang melakukannya tersenyum di mahkamah seolah-olah ia bukan satu jenayah.
  16. Orang Islam yang tidak mengetahui secara mendalam konsep kehidupan jahiliyah, apabila ini berlaku, mereka akan ditimpa bahaya dan kemudaratan dalam kehidupan.
  17. Orang Islam yang melakukan apa yang tidak disuruh oleh Islam dan meninggalkan apa yang diperintahkannya seperti meninggalkan solat sudah menjadi fenomena biasa dan penglibatan kegiatan judi juga dianggap kecil.
  18. Orang Islam yang menjadikan TV sebagai Al Quran dan surat khabar sebagai galang ganti kepada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w hingga ada kesanggupan memiliki TV yang bersaiz besar tetapi nak beli naskhah Al Quran atau kitab-kitab hadis Nabi sangat berkira.
  19. Orang Islam yang tidak yakin kepada undang-undang Syariat Islam dengan mencemuh cadangan untuk melaksanakan hukum Hudud, Qisas dan sebagainya.
  20. Orang Islam yang tidak memperuntukkan masa untuk Allah khususnya dalam perkara ibadat. Ini jelas berlaku apabila duduk dalam majlis ilmu baru setengah jam sudah rasa gelisah tetapi kalau menonton AF tiada masalah.
  21. Orang Islam yang suka mengejar populariti dengan menyertai pertandingan hiburan keterlaluan dan sebagainya.

3.7.09

Dunia Dalam Kaca Mata Orang Mukmin

.
DUNIA BUKAN MATLAMAT TERAKHIR
.
"Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai matlamat dan cita cita hidupnya, nescaya Allah mencerai beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan menghantui dirinya serta tidak akan datang keduniaan kapadanya melainkan sekadar yang ditetapkan. Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai niatnya, nescaya Allah menghimpunkan segala urusannya serta mendatangkan kepuasan dalam hatinya, sementara dunia tunduk kepadanya"
.
DUNIA PINJAMAN YANG HARUS DIKEMBALIKAN
.
"Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita cita yang terbesar dalam hidupnya, maka Allah akan memberikan empat perkara dalam hatinya; kesusahan, yang tiada putus putusnya untuk selama lamanya, kesibukan, yang tiada akan selesai selama lamanya, kemiskinan yang tidak akan berkesudahan dan angan angan yang berkepanjangan"
.
DUNIA ADALAH PERSINGGAHAN
.
"Dunia ini penuh ranjau dan dugaan, dunia ini penuh tipu daya dan syaitan, jangan anda lalai tanpa tujuan kerana dunia yang indah ini adalah persinggahan sementara untuk insan, dunia yang indah ini adalah ujian"
.
SANDIWARA DUNIA
.
"Jangan terpedaya oleh dunia kerana dunia ini bohong dan sandiwara, yang daki dunia, harta bayang bayang, wang akan hilang, sedangkan hidup di dunia ini hanya sementara jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat kelak"
.