23.6.09

Pendinding Diri

Pendinding diri bertujuan untuk mengelakkan diri dari gangguan makhluk halus, sihir orang dan santau. Di sini ada beberapa tip yang boleh dikongsi yang saya dapatkan dari seorang ustazah.

1. Amalkan memakan buah kurma ajwa (buah kurma nabi) sebanyak 7 biji setiap hari.

2. Amalkan berwudhu sebelum tidur.

3. Jangan meninggalkan solat.

4. Mengamalkan solat tahajud.

5. Amalkan membaca doa perlindungan sebelum masuk tandas.

6. Amalkan membaca Al Fatihah, Al Kursi, Al Ikhlas, Al Falaq dan An Nas sebelum tidur.

Diharap rakan rakan blogger dapat menambah beberapa tip lagi buat manfaat kita bersama.
Semoga kita senantiasa mendapat perlindungan dari yang Maha Melindungi.
InsyaAllah...

13 comments:

  1. Terima kasih bg tip pendinding yg sgt berguna ni

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana perkongsian yg menarik

    ReplyDelete
  3. Ibuhani..
    Ini cuma merupakan ikhtiar kita..selebihnya terserahlah..

    ReplyDelete
  4. jinggo..
    ~ berkongsi membawa berkat ~

    ReplyDelete
  5. ilmu yg bagus ni. mudah pun mudah utk diamalkan.

    ReplyDelete
  6. Thanks for da info...

    Saya baru je selesai terima rawatan dari Darussyifa'. Ustaz ada berkongsi sedikit tips...Insyaallah nanti saya post entri berkaitan pendinding diri ni...

    ReplyDelete
  7. Arianni...

    Tips ni boleh di guna pakai sebab ustaz yg membawa rombongan umrah tahun 2006 dulu juga memberi tips yg agak sama dgn tips ni..

    Kurma Ajwa adalah kurma Nabi yg mmg agak terkenal di sini dan harganya pula paling mahal.. sekilo boleh dpt paling murah 60 riyal.. itu di Madinah.. jika di tempat lain.. boleh cecah dlm 80-100 lebih riyal...

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  8. Rahman,Ahchong,Muniandy..
    Terima kasih atas kunjungan..harap dapat dimanfaatkan bersama..

    ReplyDelete
  9. Ain..
    Memang mudah..harap2 kita sama2 dpt mengamalkannya..

    ReplyDelete
  10. Na Shari..
    Terima kasih krn sudi berkongsi tip pendinding diri ini..

    ReplyDelete
  11. Dida..
    Walaupun mahal tp org tetap membelinya disebabkan khasiatnya kan..

    ReplyDelete
  12. Salam...semoga dapat kita amalkan setiap masa

    ReplyDelete