25.6.09

Abu Ubaidah Kehilangan Giginya

Buat teman teman yang suka membaca kisah -kisah para sahabat r.a... ikutilah salah satu kisah yang bagi saya amat menyentuh hati..

Semasa peperangan Uhud, pada suatu ketika Rasulullah (s.a.w) telah diserang dengan hebatnya oleh pihak musuh di mana dua lengkaran di topi besi baginda dipukul dengan kerasnya lalu terlekat di kepala (atau muka) baginda. Abu Bakar dan Abu Ubaidah (r.a) telah berkejar untuk menolong baginda. Abu Ubaidah segera menarik lengkaran -lengkaran itu dengan gigi beliau. Semasa mengeluarkan lengkaran besi yang pertama itu salah satu daripada gigi beliau telah tercabut. Tanpa mengindahkan giginya itu, beliau sekali lagi menggunakan giginya untuk mengeluarkan lengkaran itu tetapi satu lagi giginya tercabut semasa usaha ini. Sebaik sahaja lengkaran itu dapat dikeluarkan darah mulai keluar dari tubuh Nabi (s.a.w). Malik bin Sanan (r.a) ayah kepada Abu Said Khudri (r.a) menjilat darah itu dengan bibir-bibirnya. Ketika itu Rasulullah (s.a.w) bersabda:

" Api Neraka tidak akan menyentuh orang yang mempunyai darah saya bercampur dengan darahnya "

Persoalannya....

Sejauh manakah kasih sayang kita kepada Rasulullah (s.a.w) ?

Layakkah kita untuk mendapatkan syafaatnya ?

6 comments:

  1. semuga hari2 seterusnya kita dirahmatiNya dan digolongkan dikalangan umat-umatNya yg dijanjikan kebahgian dunia dan akhirat....

    N3 yg menarik

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita yang sangat bermanfaat ni... :)

    ReplyDelete
  3. Na Shari..

    ~ berkongsi membawa berkat ~

    ReplyDelete
  4. Tersentuh baca N3 ni...

    Thanks for sharing..... moga kasih sayang kita pada Baginda Rasullullah s.a.w sentiasa tersemat di hati kita semua...

    ReplyDelete
  5. dida..
    saya pun tersentuh..terus sebak..

    ReplyDelete