18.1.12

DIRI




Telahan Senyum dalam menghukum
Senyum ada pelbagai pengertiannya
Tidak semestinya menyokong
Tidak semestinya membantah
Tidak semestinya mengoda
Zahirnya hanya tanda ceria


Andai Khilaf tidak sempurna
Umpamanya 4 mazhab kita pegang
Jalan tetap sama
Cuma pendapat yang berbeza


Rahsia Kalbun
Hati sukar untuk ditelaah
Hakikat zahirnya dapat dilihat
Hakikat batin itu rahsia-Nya


Zahir Amarah
Marah ada tempatnya
Marah adalah amarah
Amarah adalah nafsu
Nafsu adalah fitrah


Dalam menyeru
Panduannya adalah dakwah
Dakwah itu menyampaikan


Kaitan dan ikatan
Ikatan Dosa dan Pahala
Ikatan Kasih dan Sayang
Ikatan kita milik Allah SWT
Sesama kita biar berpada


Terkhilaf dan  Muhasabah
Hatta Ulama ada khilafnya
Inikan kita sesama manusia
Yakin itu iktikad
Suruhan itu tuntutan


Hakikat  Makrifat Insan
Makrifat kita redha kernanya
Makrifat diri itu ikhlas
Tiada sempurna tanpa ZahirNya
Kita sama disisi-Nya
Baik buruk Dia yang tentukan



12.1.12

Bila Hidayah Menyapa



Assalamualaikum..


Hidayah bermaksud petunjuk jalan. Hidayah adalah peta petunjuk ke jalan yang benar, begitu mahal harganya bahkan tiada yang senilai dengannya daripada isi dunia ini dan hanya dianugerahkan kepada hamba-hamba yang dikehendakinya.


Firman Allah SWT:


"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada siapa yang kamu kasihi, tetapi Allah yang memberi petunjuk kepada siapa yang dia kehendaki. Dan Allah lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk" (Surah Al Qasas: 56)


Orang yang jauh daripada agama dan Al Quran, walau bagaimanapun kesenangan dunia yang diraihnya, dirinya tetap hina. Harta, jawatan, gelaran, kebesaran dan kedudukan dalam masyarakat apabila tidak diiringi dengan ketaatan, pasti menyeksakan.


Apabila kita mendapat hidayah Allah, ibaratnya seperti kita berjalan di tempat yang terang dan jelas pada bahagian depan, belakang, kanan malah kiri juga. Kita tidak merasa gusar dan bimbang kerana kita yakin Allah maha mengetahui apa yang kita perlukan bagi kita sendiri dan Dialah yang maha memenuhi keperluan hambanya.


Jadi, dalam mencari kenikmatan dunia yang tersedia, pastikan kita meletakkan diri dalam kerangka batasan keredhaan Allah SWT dan mematuhi perintah dan laranganNya agar hidup sentiasa dalam suluhan hidayah dan taufikNya.


Sentiasalah mendekatkan diri dengan sumber hidayah dan zat yang maha memberi petunjuk iaitu Allah. Bersesuaian dengan nama indahNya iaitu Al-Hadi, bermaksud yang membimbing ke jalan yang benar.


Wassalam.