Labbaika Allahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innal hamda wanni'mata
Laka wal Mulk La Syarikalak
Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana memberiku kesempatan untuk menunaikan haji tahun ini. Insya Allah akan berangkat ke Tanah Suci pada 4 Oct ini. Perasaan masih bercampur baur antara rasa tidak sabar untuk menjadi tetamu Allah dengan rasa takut tidak dapat beribadat dengan sempurna.
Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan untuk menjadi tetamu-Nya yang paling istimewa. Moga perjalanan ini satu ibadah ku untuk mencari keredhaan-Nya.
Ya Allah..ampunilah dosa-dosaku, berkati dan rahmatilah aku sepanjang masa. Amin Ya Rabb..
Ya Allah..ampunilah dosa-dosaku, berkati dan rahmatilah aku sepanjang masa. Amin Ya Rabb..
Doakan agar ibadah saya diterima dan dikurniakan haji yang mabrur, tiada balasan dan ganjaran kecuali syurga-Nya. Saya doakan sahabat2 dan semua pengunjung blog ini sentiasa dalam limpahan rahmat kasih sayang Allah Taala.
Mohon kemaafan andai blog ini tidak akan diupdate untuk beberapa lama.
Doakan saya...
Doakan saya...