14.11.10

Inikah hakikat solat ??

.
(difahamkan mereka sedang menunaikan solat tarawih)
.
.
~ Bismillahirrahmanirrahim ~
.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sembahyanglah sebagaimana kamu lihat aku sembahyang"
(HR Bukhari dan Muslim)

.
.
Sabda Nabi SAW:
"Sesungguhnya solat itu adalah ketenangan hati dan kerendahan diri dan permohonan jiwa"
.
.
Sabda Nabi SAW lagi:
"Ketika kau berdiri untuk solat, ucapkan takbir lalu bacalah (surah dari Al-Quran) kemudian rukuklah hingga kau merasa tenang (tuma'ninah). Kemudian angkatlah kepalamu dan berdiri lurus, lalu sujudlah hingga kau merasa tenang selama sujudmu, kemudian duduklah dengan tenang dan kerjakanlah hal yang sama dalam setiap solatmu." (HR Bukhari & Muslim)
.
.
Sabda baginda Rasulullah SAW:
"Jangan kamu mencuri di dalam solat.." Lalu bertanya para sahabat,"Bagaimana dikatakan mencuri di dalam solat itu ya Rasulullah". Baginda menjawab "Orang yang mencuri dalam solat itu ialah orang tidak sempurna rukuk dan sujudnya".
.
.
Ulama fiqh mengatakan, tidak sempurna rukun maka tidak sempurnalah solat nya..
.
.
Dalam video ni, kalau begitulah rukun Fe'linya bagaimana agaknya rukun Qalbinya? Dapatkah mereka menghadirkan hati dan khusyuk ketika tu...? wallahu'alam (semoga Allah mengampunkan mereka)
.
.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan sembahyanglah kamu untuk ingat pada Ku."
.
Kerja 'ingat' ini, alatnya adalah Hati, maka rukun hati itu juga dikatakan oleh Imam Ghazali, 'Khusyuk Hati' itu sebagai ruh solat. Jasad tanpa ruh adalah mati (mayat tidak bernyawa).
.
.
Orang yang mencapai kepada hakikat solat berdasarkan pada ayat di atas adalah orang yang hadir ingatan hatinya kepada Allah ketika solat, dan rasa tawadu' dan rendah hatinya, akan dapat dilihat pada zahir perbuatan solatnya yang sempurna rukun fe'linya, tertib, bersederhana, dan tenang pergerakannya.
.
.
Sehingga akan terbit kehidupan seseorang itu, natijah dari solat yang sempurna zahir dan batin itu mencapai kepada firman Allah SWT:
" Inna solata tanha a'nil fahsa i wal munkar"
Sesungguh solat itu (solat yang mencapai hakikat solat) dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

.
.
Maka akan lahirlah perasaan kehambaan pada orang yang solat itu, merasa dirinya sentiasa di lihat oleh Allah dalam kehidupannya bahkan dia memandang alam ini adalah Asma' asma dan sifat-sifat Allah SWT yakni mencapai ia kepada martabat "Ihsan".
.
.
Maka, marilah kita merenung.. Apakah solat kita, sudah mencapai hakikat solat yakni dapat mencegah diri kita dari perbuatan keji dan mungkar, yakni mencegah ia akan kita daripada dosa-dosa zahir dan dosa-dosa batin yang penuh dengan mazmumah dan kesombongan.
.
.
Semoga Allah melimpahkan rahmatNya buat kita semua. InsyaAllah...

.

10 comments:

  1. salam kak

    kat sekolah saya kadang2 bila kita datang bertarawikh, memang tak khusyuk sebab selalu kena jaga budak2 ni. ada yang kacau kawan, ada yang semayang duduk..Tapi itulah cabaran sebenarnya nak mendekatkan didir sendiri serta anak2 di bawah tanggungjawab kita kepada Pencipta

    ReplyDelete
  2. Assalamaulaikum sahabatku..

    Moga sahabat sihat hendaknya..:)

    Sukar utk menterjemahkan video tersebut samada di rakam dengan laju atau dlm keadaan biasa. Namun jika keadaannya biasa sudah pastilah solat itu tidak mendatangkan apa-apa melainkan penat lelah sahaja.

    Moga Allah membuka pintu hati mereka utk kembali kepada jalan yang sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt
    Kalau ternyata benarlah tayangan video tersebut (rakaman audiovisual boleh dimanipulasi), maka Rasulullah saw pernah bersabda,`Akan datang ke suatu zaman terdapat prang bersolat tetapi mereka tidak bersolat` Riwayat Muslim.
    Mereka tidak tahu apa tuntutan solat, hubungan solat Allah, hubungan solat dgn ibadah2 lain dan hubungan solat dgn rukun2 yg lain. Jika mrk lakukan tanpa ada apa2 hubungan, maka penat dan lelah aahajalah yg diperolehi. Wallahualam

    ReplyDelete
  4. Salam Imanshah..

    Cabaran juga tu..mudah mudahan Imanshah dpt bersabar menghadapi karenah mereka..:)

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam sahabatku :)

    Alhamdulillah saya sihat, t/kasih atas doanya..

    Kalau begitulah cara solat mereka maka tiadalah kualiti solat itu..

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam Tajnur..

    Kita sudah berada di akhir zaman jadi macam2 perkara pelik dan aneh yg berlaku..

    ReplyDelete
  7. salam.. mudah- mudahan solat kita di terima hendaknya :)

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah...

    Khuyuk itu penting dlm kehidupan, khusyuk itu apabila kite merasakan Allah nampak kita di depan kite... kadang2 kite solat semata2 solat, tanpa menghadirkan rasa khusyuk.. jadi mcm mane solat itu mau sempurnakan? he3

    silap kite: menjadikan solat itu rutin, bukan kewajipan ibadat... mcm kite makan, ianya rutin, dan kadang2 kite makan yg elok2, kadang2 yg x elok/syubhah... solat ni kalo kite anggap rutin semata2 tu yg jadi caca marba, kejap okey, kejap x okey, kejap awal waktu, kejap akhir waktu, hu3...

    ReplyDelete
  9. Salam Maiyah..

    Ya, mudah-mudahan..:)
    Yang penting kita berusaha utk cuba melakukannya dgn khusyuk dan sempurana..

    ReplyDelete
  10. Salam Hasrul Nizam..

    Sebenarnya solat bukan sekadar ritual tetapi penyembuhan kepada jasmani dan rohani. Banyak sangat perkara yg kita tidak sedar boleh berlaku ketika solat (dari kajian sains)

    Contohnya bila tuma'ninah (tempuh bertenang) segala urat, sendi dan perjalanan darah dalam keadaan paling stabil. Tiap pergerakkan hatta lipatan jari jemari kaki itu memberi impak kepada urat dan saraf dalam jasad termasuklah merawat penyakit jantung dan memperbaiki fungsi organ dalaman.

    Mudah-mudahan kita dpt menjaga solat kita sebaik-baiknya bukan hanya sekadar rutin.

    ReplyDelete