19.10.10

Hati Yang Kotor Menghijab Amalan Lahir

.
.
Bila hati bersih, sembahyangnya diterima oleh Allah SWT.
Bila hati bersih, puasanya diterima oleh Allah.
Bila hati bersih, perjuangannya diterima oleh Allah SWT.
Bila hati bersih, wirid dan zikirnya diterima oleh Allah SWT.
Bila hati bersih, pengorbanannya diterima oleh Allah SWT.
Tetapi bila hati tidak bersih, seluruh amalan lahirnya tidak akan diterima.
.
.
Sebuah Hadith yang bermaksud:
"Cukup sembahyang sunat dua rakaat daripada hati yang bertaqwa"
.
Dua rakaat sembahyang seorang yang bertaqwa itu lebih baik daripada seorang yang banyak sembahyang tetapi hati masih kotor.
.
.
Selain sembahyang itu diterima, dua rakaat sembahyang dari hati yang bertaqwa itu akan memberi kesan kepada kehidupan seseorang itu. Sembahyangnya itu bisa mencegah dirinya dari berbuat kemungkaran dan kemaksiatan, lahir dan batin.
.
.
Berdasarkan Hadith di atas, kita cukup bimbang sekiranya selama ini kita telah mengerjakan sembahyang, sudah lama berjuang, sedikit sebanyak sudah berkorban, sudah habiskan masa untuk berdakwah, sembahyang berjemaah, ikut jema’ah Islamiah, yang mana ini semua adalah amalan lahir, tidak terima oleh Allah disebabkan hati kita masih kotor. Roh kita masih tidak bersih.
.
.
Oleh itu dalam kita menunaikan kewajipan yang lahir ini, jangan lupa kita memikirkan roh kita. Kerana roh yang kotor itulah yang akan mencacatkan amalan lahir, mencacatkan sembahyang, mencacatkan segala ibadah dan mencacatkan pahala seluruh kebaikan kita.
.
.
Orang yang banyak amal ibadah, di langit yang pertama sudah tercampak amalannya. Kalaupun bisa naik, di langit yang kedua pula tersekat. Begitulah seterusnya di pintu-pintu langit yang lain hingga sampai ke pintu langit yang ketujuh, tersangkut lagi. Itu bagi orang yang beramal, masih tertolak amalannya. Bagaimana agaknya kalau orang yang tidak beramal langsung?
.
.
Mengapa amalan lahir itu tersangkut? Tersangkutnya amalan itu kerana ia ada hubungan dengan penyakit batin atau roh (hati) kita yang masih kotor.
.
.
Orang yang mengumpat umpamanya, kerana hatinya sakit. Walaupun mengumpat itu nampaknya amalan lahir, mulutnya yang bercakap tetapi ia datang dari hati yang kotor. Sebenarnya hati itulah yang mengumpat. Hasad dengki, riya', kikir, sombong bongkak dan sebagainya, itu semua amalan hati.
.
.
Rupa-rupanya yang menghijab amalan lahir ini adalah mazmumah hati. Amalan hati (roh) ini hendaklah dijaga kerana mazmumah hati inilah yang membatalkan pahala amalan-amalan lahir.
.
.
Oleh yang demikian, sesiapa yang memiliki ilmu tentang roh ini, mudahlah dia mengesan sifat-sifat semula jadi yang ada pada roh itu. Mahmudahnya dapat disuburkan dan yang mazmumahnya dapat ditumpaskan. Maka jadilah roh atau hati seseorang itu bersih dan murni.
.
.
Hati adalah raja dalam kerajaan diri. Bila raja dalam kerajaan diri ini sudah bersih, baik, adil, takut kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul, maka sudah tentu dia akan mendorong rakyat dalam dirinya iaitu anggota ini untuk tunduk dan patuh kepada Allah .
.
.
Mudah untuk membangunkan syariat dan sunnah Rasulullah SAW serta mudah berbuat bermacam-macam bentuk kebaikan lagi.
.
.
Bila baik lahir batin manusia, dia akan menjadi orang yang bertaqwa, maka dia akan dapat pembelaan dari Allah SWT baik di dunia maupun di Akhirat.
.
.
Selagi belum menjadi manusia yang bertaqwa, tidak ada jaminan dari Allah akan dibela sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Kalau sekadar menjadi orang Islam, tidak ada jaminan dari Allah untuk dibela.
.
.
Dalam Al Quran, Allah tidak mengatakan akan membela orang Islam. Tidak ada satu ayat pun yang Allah berjanji hendak membantu orang Islam. Tetapi yang ada dalam ayat Al Quran maupun dalam Hadith, Allah hanya membantu orang-orang mukmin yang bertaqwa.
.
.
Jadi bila jiwa sudah bersih, maka akan bersih lahir dan batin, maknanya orang itu sudah memiliki sifat-sifat taqwa. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam Al Quran yang bermaksud:
.
"Hendaklah kamu berbekal. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa." (Surah Al Baqarah: 197)
.
.
Bila seseorang itu sudah dapat berbekal dengan sifat-sifat taqwa, maka dia akan dapat pembelaan dari Allah SWT. Pembelaan di dunia maupun di Akhirat.
.
.
Sebenarnya, di sinilah rahsia kejayaan dan kemenangan umat Islam. Juga rahsia kehebatan umat Islam hingga berhasil menumpaskan musuh-musuhnya sama ada musuh lahir maupun musuh batin.



8 comments:

  1. Salam kak ariani..moga dijauhkan kita dari mazmumah hati

    ReplyDelete
  2. Salam sahabatku..:)

    Moga sihat hendaknya..

    Hatilah yang dinilai oleh Allah SWT, kerana bila bersih niatnya, maka Allah SWT akan menerima amalannya dan apabila kotor hatinya (niatnya tidak benar atau berbau syirik atau tidak ikhlas), maka dengan sendirinya amal tersebut akan ditolak.

    Sabda Rasûlullah SAW: "Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk tubuh dan rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu sambil Beliau mengarahkan jari-jariNya ke dadanya" (H.R. Muslim dari Abû Hurairah ra).

    ReplyDelete
  3. Salam Imanshah..

    Semoga kita sentiasa dalam bimbingan Allah SWT dan dikurniakan hati yang suci murni dari segala macam kebatilan dan keraguan, bersih dari segala rupa kejahatan dan hati yang sentiasa tunduk kepada yang hak dan petunjukNya..

    ReplyDelete
  4. Salam sahabatku :)

    Pada hatilah tersimpannya semua asas aqidah, akhlak dan budi pekerti, niat yang baik dan niat yang tidak baik. Tiada kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat selagi hati tidak dibersihkan dari sifat-sifat mazmumah dan dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah. Sebab tidak akan selamat di akhirat kelak, melainkan orang yang datang kepada Allah SWT dengan hati yang bersih suci..

    ReplyDelete
  5. Salam kak,

    Terima kasih atas perkongsian ini. Kerja hati~saya suka entri ini kak. Semoga sihat selalu ye.

    ReplyDelete
  6. Salam Iris..

    Sama-sama..moga Iris juga sihat sejahtera selalu..

    Itulah hati.Raja kepada pribadi. Raja itulah yang menentukan sikap. Bahkan raja itulah yang menentukan cara berfikir seseorang..

    ReplyDelete
  7. Moga hati ini sentiasa padaNya ..

    ReplyDelete
  8. ...Dan semoga hati ini sentiasa mengingatiNya kerana disitulah jatuhnya pandangan Illahi..

    ReplyDelete