8.6.10

...damai yang hilang


Hujan di Palestin

Hidup Palestin!!
.
.
~ Bismilahirrahmanirahim ~
.
Sabda Rasulullah saw
.
"Sebahagian dari umatku tidak akan berhenti berjihad di pintu-pintu Dimashq (Damsyik) dan di pintu-pintu Al Quds (Palestin) dan di sekelilingnya. Pengkhianatan dan pembelotan bagi sesiapa yang berkhianat tidak akan menyakiti mereka sedikitpun. Mereka akan tetap menang, mempertahankan
kebenaran sehingga saat datangnya kiamat"
(HR At Tabarani)
.
"Allah Maha Besar akan memberi kamu kekuatan untuk menawan As Syams (Palestin) selepas kewafatanku. Orang laki-laki dan wanita akan bertahan di sana sampai kiamat. Sesiapa dikalangan kamu yang memilih salah satu dari pantai-pantai As Syams (termasuk Gaza) atau Baitul Maqdis adalah mereka itu berada didalam jihad sehingga hari pengadilan"
.
"Mereka dan isteri-isteri mereka, anak-anak mereka dan hamba (pembantu-pembantu mereka - lelaki dan perempuan) adalah didalam 'ribat' (pengawal pada kubu) pada jalan Allah"
(HR At Tabarani)
.
.
Hadis-hadis yang terbit dari lidah Rasulullah saw adalah bukti bahawa apa yang berlaku pada hari ini adalah satu kebenaran yang telahpun disusun oleh Allah swt. Para sahabat hanya mendengar beritanya dari Rasulullah saw sedangkan kita menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri. Jadi sama-samalah kita mengambil iktibar dari peristiwa ini untuk menyuburkan iman kita dan keyakinan kita untuk berjuang pada jalan Allah.
.
Hari ini kita melihat pemimpin-pemimpin negara Islam telah mengkhianati perjuangan Islam dan umat Islam seperti apa yang dilakukan oleh Mesir. Namun kita yakin dengan Allah swt, bahawa pengkhianatan dan pembelotan mereka tidak akan mampu mengoyah perjuangan rakyat Palestin bahkan umat Islam dimana jua. Sesungguhnya Allah telah menjamin keselamatan tanah suciNya dengan meletakkan jundullah, tentera-tentera dari kalangan para mukmin yang ikhlas berjihad pada jalan Allah.
.
Marilah kita berdoa untuk saudara seagama kita dengan membacakan Surah Al Fath ayat 26-27 dan Surah Yunus ayat 85,86 dan 88 agar regim Israel dihancurkan.
.
Firman Allah dalam Surah Al Hujurat : 10
.
"Orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu damaikanlah di antara saudara-saudaramu dan tunaikanlah tanggungjawabmu kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"





p/s salam kerinduan...

6 comments:

  1. Salam sahabatku ^_^

    Moga sihat hendaknya..

    Hakikatnya, Jihad adalah satu amal yang difardhukan Allah dan RasulNya hingga ke Hari Kiamat. FirmanNya bermaksud, “Diwajibkan kamu berperang, sedang kamu tidak menyukainya. Mungkin kamu tidak suka sesuatu sedang ia baik untuk kamu. Mungkin kamu suka sesuatu sedang ia buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Quran)

    Jihad inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya bermaksud, “Sesiapa yang mati, sedang dia tidak pernah berperang atau dia tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian jahiliyah” (Hadis Sahih).

    ReplyDelete
  2. W'salam sahabatku ^_^

    Alhamdulillah saya sihat..

    Betul tu..begitulah ketentuanNya dan apa yang termampu kita lakukan hanyalah berdoa..

    T/kasih krn masih sudi ke sini ^_^

    ReplyDelete
  3. Assalaualaikum wbt, dari pakcik...
    Sejak runtuhnya Daulah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924, mana mungkin kita umat Islam mendiamkan diri krn kedamaian telah lenyap, penindasan,pgkhianatan, maksiat, pembunuhan, pengguguran bayi2, ksengsaraan keatas umat Islam berlaku disana sini dan begitu juga gejala murtad menjadi2 spt terdapat dl Surah AlMaidah:56
    Selagi kita redha dgn kedamaian yg sedia ada, selagi itulah kita berdosa melihat saja apa yg berlaku keatas nasib umat Islam sekitar kita. Kita tak perlu menunggu dgn tidak membuat apa2 spt Bani Israel yg menunggu nabi akhiruzaman dikalangan bangsa mrk. Kita ada tugas utk membina kembali Daulah dgn menghidupkan AlQuran dan Sunah Rasululah saw terlebih dahulu.Janji Allah SWt akan menghidupkan semula khalifah spt terdpt Surah AnNur:55 وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ dan begitu juga dlm hadis Nabi saw yg diriwayatkan:
    Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian." Beliau kemudiannya diam. [HR Ahmad dan al-Bazar]
    Wallahualam

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Pakcik Tajnur..

    T/kasih atas ulasan yg begitu mendalam..

    Umat Islam akan terus ditindas dan dizalimi kecuali mereka bersatu dan kembali kpd ajaran Islam yg sebenarnya..

    Janji Allah akan tetap berlaku bagi orang-orang yg benar-benar beriman..

    Semoga Allah swt mengembalikan semangat perjuangan umat Islam spt mana dizaman Rasulullah saw dan para sahabat..Amin

    ReplyDelete
  5. Salam..
    Semoga kebangkitan Islam akan menjelma kembali setelah sekian lama tertindas..
    Semoga umat Islam kembali bersatu padu dijalan Allah tanpa mementingkan diri atau bangsa sahaja.

    ReplyDelete
  6. W'salam Acik..

    Sama2 kita berdoa utk kebangkitan umat Nabi Muhammad saw...umat pejuang kebenaran..

    ReplyDelete