26.12.09

Tuhan Tidak Berbuat Aniaya



Jika anda tahu bahawa dilangit terdapat Tuhan Yang Maha Adil dan Penguasa yang bijaksana, bahkan Dia memasukkan seorang wanita ke syurga hanya kerana anjing dan memasukkan wanita ke neraka kerana kucing, seharusnya anda berbahagia, menjadi tenang dan yakin akan janji Allah.

Disebutkan bahawa ada seorang wanita pelacur dari Bani Israel yang memberi minum seekor anjing yang kehausan. Kerana ia berbuat hal itu dengan ikhlas semata-mata kerana Allah, Allah pun mengampuni dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.
Sementara itu ada seorang wanita yang mengurung seekor kucing di dalam sebuah sangkar. Kucing itu tidak diberinya makan dan minum dan tidak pula diberikannya mencari makanan sendiri berupa serangga yang ada di tanah. Kerana perbuatannya, Allah memasukkannya ke dalam neraka.
Kejadian tersebut cukup memberi manfaat kepada kita kerana kita tahu bahawa Allah s.w.t pasti akan membalas setiap perbuatan baik walaupun kebaikan seremeh apa pun serta memberi balasan kepada hambaNya atas kebaikan sekecil apa pun.

Sabda Nabi s.a.w :
"Ada 40 kebaikan, yang paling besar, diantaranya adalah meminjamkan kambing perahan kepada orang lain (untuk diambil susunya). Tidak ada seorang pun yang melakukan salah satu dari semua kebaikan tersebut kerana mengharap janji Allah dan meyakini balasannya, kecuali Allah akan memasukkanya ke dalam syurga"
(HR Al Bukhari)

Firman Allah s.w.t :
Barangsiapa yang berbuat kebaikan meskipun sebesar biji zarah, maka ia akan melihat (balasannya). Barangsiapa yang berbuat keburukan meskipun sebesar biji zarah, maka ia akan melihat (balasannya) pula.
(Az Zalzalah : 7-8)


Bantulah orang yang sedang mengalami kesulitan
Berilah orang yang tidak pernah mahu memberi kepada anda
Tolonglah orang yang dianiaya
Berilah makan orang yang kelaparan
Berilah minum orang yang kehausan
Jenguk orang yang sakit
Hantarkanlah jenazah
Layanilah dengan baik orang yang tertimpa musibah
Tuntunlah orang yang buta
Berilah petunjuk orang yang bingung
Muliakanlah tetamu
Berbuat baik kepada tetangga
Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda
Bahagikanlah makanan yang anda miliki kepada orang lain
Sedekahkanlah wang anda
Berbicaralah dengan kata-kata yang baik
Kekanglah diri anda agar tidak sampai menyakiti orang lain sebab hal itu sedekah bagi anda


Betapa indahnya akhlak sebegini yang menggambarkan pekerti-pekerti yang tinggi , yang mendatangkan kebahagiaan dan melapangkan dada serta mengusir kesusahan, kesedihan, kekuatiran dan kedukaan


21.12.09

Subhanallah...Sungguh Menakjubkan!!

.








.
Masih boleh menulis ayat-ayat Al Quran pada usia 97 tahun
Subhanallah..
.

11.12.09

Renungan Sejenak..

.


Bismillahirrahmannirrahim

Hayatilah kata-kata dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani agar sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang

Maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkanlah dalam hatimu
"Mungkin kedudukannya disisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku"

Jika engkau bertemu dengan anak kecil

Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini lebih baik dariku"

Jika engkau bertemu dengan orangtua

Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku"

Jika engkau bertemu dengan orang yang berilmu

Maka ucapkanlah dalam hatimu
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku"

Jika engkau bertemu dengan seorang yang bodoh

Maka katakanlah dalam hatimu
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku"

Jika engkau bertemu dengan orang kafir

Maka katakanlah dalam hatimu
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk"

Wallahualam





4.12.09

Satu Penghinaan!!!

.



Bismillahirrahmanirrahim


Daripada Tsauban r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi menjawab: "Cinta pada dunia dan takut pada mati"
(HR Abu Daud)


Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w akan keadaan umat Islam pada hari ini. Walaupun mereka mempunyai bilangan yang ramai tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya.


Dunia luar datang mengepung
Dunia Islam sudah terkurung
Ibarat buih hanyut terapung
Dipukul ombak besar menggulung

Bilangan banyak tidak berguna
Bila 'wahan' penyakit kita
Takutkan mati, cintakan dunia
Sangat rosak iman di dada


SEDARLAH DAN BANGKITLAH ISLAM