5.7.09

Bila Orang Islam Tidak Kenal Agamanya

Artikel ini ditulis oleh Ustaz Zainuddin Hashim
Di kalangan umat Islam terbahagi kepada kategori yang boleh dibezakan antara satu sama lain dari sudut kekuatan kefahaman terhadap ajaran agama, iltizam dengannya, jahil mengenainya dan lain lain.
  1. Orang Islam yang tidak mengenali agamanya akibat tidak bersedia untuk mendalami ilmu ilmu agama kerana alasan sibuk dengan tugasan harian.
  2. Orang Islam yang tidak minat terhadap agamanya sendiri kerana tidak diasuh sejak kecil lagi amalan-amalan keagamaan.
  3. Orang Islam yang menjadikan agamanya sebagai bahan sampingan, jika perlu kepadanya diambil jika rasa menyusahkan diri dipinggirkan dari kehidupan.
  4. Orang Islam yang malu untuk menyatakan Islam melalui perwatakan, pemikiran, pakaian, akhlak dan lain lain lantaran terlalu kagum dengan kehidupan masyarakat Barat kononnya membawa kemajuan.
  5. Orang Islam yang suka mempersenda-sendakan agamanya, sama ada melalui tulisan, ungkapan, tindakan dan lain lain.
  6. Orang Islam yang hanya menerima Islam apabila terdesak seperti nikah kahwin, kenduri arwah, kematian, ketika sakit dan lain lain. Ustaz, tok imam dan bilal hanya akan diundang untuk menyempurnakan majlis mereka, lepas daripada itu kesemua mereka tidak dalam senarai untuk diundang.
  7. Orang Islam yang beranggapan bahawa Islam seolah olah milik tok-tok guru, imam, bilal, ustaz dan sebagainya hingga malu untuk menyatakan Islam seperti pemakaian kopiah.
  8. Orang Islam yang tidak ada perasaan sensitiviti terhadap agama apabila ia dihina atau dimahkamahkan seperti tidak mahu turut serta dalam menyatakan sikap terhadap kebiadapan musuh musuh Islam yang dengan sengaja menghina Rasulullah, isteri baginda, ahli keluarganya dan lain lain.
  9. Orang Islam yang tidak menepati janji hingga dikenali dalam masyarakat dengan istilah janji Melayu. Budaya memungkiri janji ini bukanlah budaya yang baik kerana ia adalah antara sifat nifak(munafik) yang semestinya disisihkan dalam kehidupan.
  10. Orang Islam yang hanya berbangga dengan perkara-perkara luaran seperti menganjurkan musabaqah Al-Quran, membina banyak surau dan masjid. Sepatutnya kita berbangga dengan banyak pengisian ilmu di masjid-masjid atau surau-surau, samada ceramah, kuliah, forum agama yang boleh membina jati diri orang-orang Islam.
  11. Orang Islam yang banyak menghabiskan masa bukan untuk tujuan kebaikan agama dengan lepak di warung dan kedai kopi bersembang perkara yang mungkin sesuatu yang tidak elok pada pandangan agama. Justeru kurangkan bercakap jika tidak perlu, kerana baginda ada menegaskan bahawa orang yang banyak bercakap banyak pula kesalahan yang dibuat.
  12. Orang Islam yang seolah olah tidak ada hubungan dengan Allah swt dengan tidak banyak berzikir, bermunajat, solat fardu dibuat kalau ada waktu, kalau tidak solat tak perlu, kurang nak membaca Al-Quran apatah lagi berdiskusi mengenai isi-isi kandungannya.
  13. Orang Islam yang tidak bersangka baik terhadap Islam dengan perasaan tidak baik khususnya apabila ada cadangan nak melaksanakan undang-undang Islam, prejudis terhadapnya dengan pelbagai gambaran yang sempit.
  14. Orang Islam yang tidak mahu duduk dalam majlis-majlis ilmu.
  15. Orang Islam yang memandang kecil akan dosa-dosa besar seperti penglibatan mereka dalam jenayah pembunuhan, ragut hingga membawa kepada kematian, merogol, sumbang mahram dan lain lain, mereka yang melakukannya tersenyum di mahkamah seolah-olah ia bukan satu jenayah.
  16. Orang Islam yang tidak mengetahui secara mendalam konsep kehidupan jahiliyah, apabila ini berlaku, mereka akan ditimpa bahaya dan kemudaratan dalam kehidupan.
  17. Orang Islam yang melakukan apa yang tidak disuruh oleh Islam dan meninggalkan apa yang diperintahkannya seperti meninggalkan solat sudah menjadi fenomena biasa dan penglibatan kegiatan judi juga dianggap kecil.
  18. Orang Islam yang menjadikan TV sebagai Al Quran dan surat khabar sebagai galang ganti kepada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w hingga ada kesanggupan memiliki TV yang bersaiz besar tetapi nak beli naskhah Al Quran atau kitab-kitab hadis Nabi sangat berkira.
  19. Orang Islam yang tidak yakin kepada undang-undang Syariat Islam dengan mencemuh cadangan untuk melaksanakan hukum Hudud, Qisas dan sebagainya.
  20. Orang Islam yang tidak memperuntukkan masa untuk Allah khususnya dalam perkara ibadat. Ini jelas berlaku apabila duduk dalam majlis ilmu baru setengah jam sudah rasa gelisah tetapi kalau menonton AF tiada masalah.
  21. Orang Islam yang suka mengejar populariti dengan menyertai pertandingan hiburan keterlaluan dan sebagainya.

6 comments:

  1. Salam Arianni,
    Seronok betul ziarah rata-rata dalam blog ni.
    Tahniah.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Moga kita jgn tergolong dlm golongan org Islam seperti yg tersenarai itu... Islam hanya pada nama.. tp pd hakikat.. roh Islam dlm diri tiada...

    ReplyDelete
  3. hakikat yg seperti menjadi budaya sekrg ni.

    ReplyDelete
  4. W'salam pengasas..
    Terima kasih atas kunjungan ke blog saya yang tak seberapa ini..

    ReplyDelete
  5. w'salam dida..
    Memang benar..berpeganglah pada ajarannya bukan hanya pada nama sahaja..

    ReplyDelete
  6. salam ain..
    Budaya yang tidak akan membawa kita kemana mana..ambillah Islam secara keseluruhannya bukan cuma sebahagian sahaja..

    ReplyDelete